backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

5 Punca Mulut Anda Berdarah Secara Tiba-Tiba Selain Tergigit Lidah Sendiri!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/05/2023

    5 Punca Mulut Anda Berdarah Secara Tiba-Tiba Selain Tergigit Lidah Sendiri!

    Pernahkah anda mengalami situasi di mana mulut berdarah saat bangun tidur atau pada waktu yang lain? Buat anda yang mungkin pernah atau sedang melalui tapi tidak tahu puncanya, jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.

    Mulut berdarah tiba-tiba, apa anda kena tahu?

    Kondisi hidung berdarah dikaitkan dengan terdedah kepada cuaca panas terlalu lama manakala kalau telinga berdarah pula dikaitkan dengan pendarahan dalam otak. Bagaimana pula jika ia berlaku pada mulut?

    Untuk pengetahuan anda semua, pendarahan pada mulut turut boleh berlaku meskipun ia bukan merupakan sesuatu kondisi yang lazim. Dalam erti kata yang lebih mudah, ia mungkin amat jarang terjadi.

    Ketika masalah ini terjadi, anda mungkin menyangka bahawa darah itu datangnya daripada lidah, gusi, tekak, lelangit, kerongkong dan lain-lain bahagian dalam oral sekali gus membuat anda menjadi panik.

    Selain darah yang keluar daripada mulut, berikut adalah antara simptom yang mungkin berlaku dalam masa sama:

    mulut berdarah

    Adakah masalah di atas memerlukan individu untuk berjumpa doktor segera? Sebenarnya, itu amat bergantung kepada sebab serta faktor risiko ia berlaku. Ia mungkin terbahagi kepada isu normal atau kritikal!

    Apa punca sebenar di sebalik masalah ini?

    Apabila mulut berdarah tiba-tiba, mungkin akan bermain di fikiran anda bahawa masalah ini berlaku gara-gara wujud kecederaan pada bahagian dalam oral. Ya, anda mungkin tidak salah tentang perkara itu.

    Untuk lebih tepat lagi, ada beberapa punca dan faktor risiko utama masalah ini boleh berlaku kepada individu:

    #1. Kecederaan pada lidah

    Pertama, ada risiko di mana anda tergigit lidah ketika sedang mengunyah, bercakap atau melakukan sukan lasak. Andai gigitan itu terlalu laju dan kuat pula, maka tidak mustahil untuk lidah anda tercedera lalu berdarah.

    Jangan lupa juga bahawa lidah anda boleh berdarah akibat daripada bertindik terutama apabila ia baru dibuat. Namun, turut wujud risiko tindikan tersebut terhentak atau tergerak lantas mencederakan lidah anda.

    #2. Kecederaan pada gusi

    Kedua, pendarahan itu mungkin terjadi akibat kecederaan pada gusi. Seperti ramai sedia maklum, gusi sangat lembut dan amat mudah untuk tercedera walau hanya jika ia terkena sesuatu objek yang tumpul.

    Sebagai contoh, tabiat memberus atau memflos gigi yang kurang tepat boleh memicu kecederaan pada gusi. Ditambah pula dengan masalah gusi seperti gingivitis, periodontitis dan lain-lain, ia bukan mustahil.

    mulut berdarah

    #3. Kecederaan pada tekak

    Ketiga, pendarahan itu turut boleh berlaku angkara kecederaan pada tekak. Kebiasaannya, masalah ini berlaku secara serentak ketika individu sedang batuk kerana itu membuat tekak merengsa dan meradang.

    Dalam pada itu, pengambilan makanan yang keras atau perbuatan menjerit dan memaksa suara keluar juga membuat tekak anda mungkin tercedera. Kesannya, ada kemungkinan untuk ia mengeluarkan darah.

    #4. Kecederaan di kawasan oral lain

    Tidak hanya pada 3 bahagian oral utama di atas, mulut berdarah juga mungkin adalah angkara kecederaan yang lain!

    Sebagai contoh yang paling jelas dan mudah, pendarahan dalam mulut akan terjadi kesan daripada gigi tercabut sama ada sengaja atau tidak. Pun begitu, pendarahan ini hanya bersifat sementara dan tidak kekal.

    Bahagian lain termasuk lelangit, kerongkong, bibir, lapisan dalaman pipi, serta mungkin rongga hidung turut berisiko untuk tercedera lalu berdarah kerana kawasan-kawasan ini juga lembut dan mudah terkoyak.

    Punca mulut berdarah #5. Penyakit

    Terakhir, ia juga mungkin petanda penyakit yang berbahaya seperti batuk berdarah (haemoptysis). Kondisi ini biasa akan berlaku bersama simptom umum iaitu batuk teruk, lendir kahak, sakit dada, mual dan muntah.

    Dalam pada itu, ada juga risiko di mana individu itu mempunyai kondisi ganguan darah yang menyebabkan enzim di dalam air liur menghuraikan gumpalan atau kumpulan darah pada lidah, lantas membuat ia berdarah.

    mulut berdarah

    Lebih menakutkan, mulut berdarah juga mungkin adalah angkara tumbuh ulser atau kanser mulut yang berbahaya!

    Rawatan segera untuk pendarahan pada mulut!

    Perkara paling penting dan utama untuk anda buat jika berlaku situasi mulut berdarah tiba-tiba adalah jangan panik serta kekal tenang. Pastikan terlebih dahulu sama ada pendarahan itu boleh terhenti atau tidak.

    Kemudian, baru bawa diri anda untuk berjumpa doktor yang berdekatan. Umumnya, pemeriksaan darah, rhinoscopy, laringoscopy dan gastroscopy mungkin dilakukan bagi memastikan punca masalah ini berlaku.

    Pengambilan rawatan dan ubatan adalah bergantung kepada kenapa ia berlaku di peringkat awal. Sekiranya ia masih berulang pada masa akan datang, itu mungkin petanda penyakit yang memerlukan perhatian perubatan lebih ketat. Jadi, jangan ambil ringan, ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan