backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Anda Perlu Ambil Tahu Mengenai Anafilaksis Atau BAHAYA Menanti!


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/10/2021

Anda Perlu Ambil Tahu Mengenai Anafilaksis Atau BAHAYA Menanti!

Tahu tak apa itu anafilaksis? Ia adalah tindak balas alahan yang boleh dialami seseorang individu. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, bahaya menanti. Ikuti penjelasannya.

Dapatkan lebih banyak info tentang Alahan, dapatkan di sini.

Definisi

Apa itu Anafilaksis?

Anafilaksis merupakan tindak balas alahan yang teruk yang boleh mengancam nyawa. Ia berlaku dalam masa beberapa saat atau minit selepas pendedahan kepada perkara yang mencetuskan alahan seperti kacang atau racun daripada sengatan lebah.

Mereka yang mempunyai reaksi alahan yang teruk mempunyai risiko tindak balas di masa akan datang. Walaupun reaksi pertama anda adalah sederhana, tindak balas masa depan mungkin lebih teruk.

Serangan anafilaksis memerlukan rawatan kecemasan segera. Jika anafilaksis tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa kepada pernafasan atau degupan jantung terhenti.

Memahami anafilaksis dan perkara-perkara yang boleh mencetuskan tindak balas alahan yang teruk ini akan membantu menangani keadaan anda.

Apa itu Anafilaksis: Memahami kebarangkaliannya

Keadaan kesihatan ini adalah sangat biasa berlaku tanpa mengira usia.  Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

apa itu anafilaksis

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Anafilaksis?

Keadaan kesihatan ini adalah sangat biasa berlaku tanpa mengira usia.  Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda atau simptom-simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.

Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apa itu Anafilaksis: Puncanya

Antibodi adalah pelindung yang mempertahankan badan daripada bahan-bahan asing (bakteria tertentu atau virus).

Walau bagaimanapun, sistem imun sesetengah orang bertindak balas secara keterlaluan kepada bahan-bahan (kacang atau racun dari sengatan lebah) yang menyebabkan tindak balas alergi.

Biasanya, simptom alahan tidak mengancam nyawa. Tetapi sesetengah orang mempunyai tindak balas alahan yang teruk yang boleh membawa kepada anafilaksis.

Bahan kimia berlebihan yang dikeluarkan oleh sistem imun anda semasa anafilaksis boleh menyebabkan anda mengalami kejutan (shock); tekanan darah turun secara tiba-tiba dan saluran pernafasan sempit, menyekat pernafasan normal.

Pencetus biasa anafilaksis termasuklah:

  • Ubat-ubatan tertentu, terutamanya penisilin;apa itu anafilaksis
  • Makanan seperti kacang tanah, kacang pokok (walnut, kacang pekan, badam, gajus), gandum (kanak-kanak), ikan, kerang, susu, dan telur;
  • Sengatan serangga dari lebah, tebuan dan semut api;
  • Ubat tertentu: aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin, lain-lain), naproxen (Aleve, Midol pelepasan lanjut).

Sebab-sebab lain yang jarang berlaku termasuklah:

  • Latex;
  • Ubat-ubatan yang digunakan dalam pembiusan;
  • Senaman.

Anafilaksis apabila melakukan senaman jarang berlaku dan berbeza dari individu ke individu. Pada sesetengah orang, aktiviti aerobik termasuk berlari-lari anak, boleh mencetuskan anafilaksis.

Pada yang lain, aktiviti fizikal ringan seperti berjalan boleh mencetuskan tindak balas. Pengambilan makanan tertentu sebelum bersenam atau bersenam sewaktu cuaca panas, sejuk atau lembap juga telah dikaitkan dengan anafilaksis pada sesetengah orang.

Bincang dengan doktor anda tentang sebarang langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa bersenam.

Jika anda tidak tahu apa yang mencetuskan serangan alahan anda, doktor anda boleh melakukan ujian untuk cuba mengenal pasti alergen yang terlibat. Dalam beberapa kes, punca anafilaksis tidak dapat dikenal pasti. Ini dikenali sebagai anafilaksis idiopatik.

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/keadaan-alergi-autoimun/alahan-kulit/alahan-pada-kulit/

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Anafilaksis?

Terdapat banyak faktor-faktor risiko untuk anafilaksis, seperti:

  • Sejarah tindak balas anafilaksis pada masa lalu.
  • Ubat-ubatan tertentu, terutamanya penisilin.
  • Sejarah keluarga. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami  anafilaksis disebabkan senaman, risiko anda mendapat anafilaksis jenis ini adalah lebih tinggi  berbanding mereka yang tidak mempunyai sejarah keluarga.
  • Alahan atau asma. Mereka yang mempunyai keadaan masalah ini mempunyai risiko anafilaksis yang tinggi.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Apa itu Anafilaksis: Cara diagnosis

Doktor anda akan bertanya soalan mengenai alahan anda atau sebarang reaksi alahan yang pernah anda alami. Anda boleh menjalani beberapa ujian untuk mengesahkan diagnosis seperti ujian kulit atau ujian darah.

Doktor anda akan cuba untuk menolak kemungkinan lain sebagai penyebab simptom-simptom anda, termasuklah:

  • Masalah sawan;
  • Keadaan selain alahan yang menyebabkan pemucatan dan lelasan kulit atau simptom kulit yang lain;
  • Mastositosis, gangguan sistem imun;
  • Isu-isu psikologi, seperti serangan panik;
  • Masalah jantung atau paru-paru.

Apa itu Anafilaksis: Cara rawatan

Semasa serangan anafilaksis, pasukan perubatan kecemasan boleh melaksanakan bantuan pernafasan (CPR) jika anda berhenti bernafas atau jantung anda berhenti berdegup. Anda mungkin diberi ubat-ubatan seperti:

  • Epinephrine (adrenalin) untuk mengurangkan tindak balas alahan badan anda.
  • Oksigen, untuk membantu menampung masalah pernafasan terhad.
  • Antihistamin intravena (IV) dan kortison untuk mengurangkan keradangan saluran udara anda dan menggalakkan pernafasan.
  • Perencat beta (seperti albuterol) untuk melegakan simptom pernafasan.

apa itu anafilaksis

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Anafilaksis?

Anda sudah memahami apa itu anafilaksis, Pasti anda mahu mengetahui cara pencegahannya, bukan?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani anafilaksis:

  • Elakkan pencetus alahan anda selagi boleh.
  • Menggunakan penyuntik auto. Anda mungkin perlu membawa epinephrine untuk suntikan sendiri.
  • Memaklumkan keluarga dan rakan-rakan. Keluarga dan rakan-rakan perlu sedar keadaan anda, pencetus alahan anda dan bagaimana untuk mengenali simptom anafilaksis. Jika anda membawa epinephrine, maklumkan mereka tempat penyimpanan dan cara penggunaan.
  • Pakai kalung atau gelang amaran perubatan yang menyatakan anda mempunyai alahan kepada ubat-ubatan tertentu atau bahan-bahan lain.
  • Pastikan peti kecemasan yang lengkap dengan ubat-ubatan yang disarankan tersedia pada setiap masa.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/10/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan