backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kulit Gatal-Gatal Jika Pakai Barang Kemas? Cuba Check Ini Tanda Alergi Emas Atau Ekzema

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/11/2022

    Kulit Gatal-Gatal Jika Pakai Barang Kemas? Cuba Check Ini Tanda Alergi Emas Atau Ekzema

    Alahan tidak semestinya berkaitan dengan makanan sahaja. Alergi juga boleh tercetus melalui barang kemas anda seperti alahan emas dan perak. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

    Apakah yang dimaksudkan dengan alahan barang kemas?

    Kebanyakan alahan barang kemas berlaku disebabkan oleh kandungan nikel yang terdapat di dalamnya.

    Nikel seringkali digunakan sebagai logam asas dalam pembuatan barang kemas manusia.

    Namun, alahan barang kemas juga boleh berlaku disebabkan kehadiran emas itu sendiri. Ia dikenali sebagai alahan emas.

    Ramai juga yang menyangka bahawa mereka mengalami alahan emas.

    Namun, sebenarnya, mereka mengalami alahan terhadap nikel yang mungkin terkandung dalam barang perhiasan mereka sewaktu penghasilan barang kemas tersebut.

    Dalam satu kajian, didapati bahawa golongan wanita lebih ramai mengalami alahan emas berbanding golongan lelaki. 

    Berikut adalah simptom-simptom jika anda mempunyai alahan emas

    barang kemas

    Boleh dikatakan kebanyakan simptom-simptom alahan ini juga berlaku hampir sama dengan simptom-simptom alahan yang lain. Antara simptom alahan emas yang boleh tercetus ialah:

    Simptom yang anda alami juga boleh berlaku dalam bentuk sederhana ataupun teruk.

    Ia boleh berlaku sejurus selepas anda memakai barang kemas atau selepas anda memakainya dalam tempoh yang lama.

    Walau bagaimanapun, agak sukar untuk menentukan sekiranya anda mengalami alahan emas atau alahan jenis lain.

    Adakalanya anda mungkin terfikir anda mengalami alahan jenis ini, namun sebenarnya apa yang anda alami adalah ekzema atau dermatitis disebabkan simptomnya yang sama. 

    Punca berlakunya alahan emas

    Punca sebenar mengapa alahan ni boleh berlaku tidaklah begitu diketahui. Namun, simptom-simptom ini berlaku kerana sistem imun tubuh badan anda menjadi sensitif terhdap logam.

    Selain itu, ia juga berpunca daripada kandungan nikel yang terkandung dalam aloi emas itu sendiri.

    Nikel banyak digunakan dalam industri pembuatan barang kemas kerana kosnya yang sangat rendah selain ia sangat kuat dan ringan untuk dijadikan barang kemas.

    Selain itu, jika keluarga anda pernah mempunyai sejarah alahan terhadap mana-mana logam atau nikel, berkemungkinan besar juga untuk anda mengalami alahan barang kemas ini. 

    Sumber-sumber alergen logam dan emas

    Selain daripada barang seperti ini, anda juga boleh mendapat alahan logam atau emas daripada beberapa perkara lain.

    Ini kerana, ada banyak benda yang turut mempunyai kandungan emas dan juga nikel di dalamnya.

    Senarai berikut merupakan antara barangan yang mengandungi kandungan emas atau logam di dalamnya yang boleh menyebabkan reaksi alahan:

    • Natrium tiomalat emas: Sebatian emas yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan pada individu yang menderita rheumatoid arthritis
    • Mahkota gigi emas: Penutup gigi atau prostetik tetap yang digunakan untuk memulihkan gigi yang rosak
    • Makanan tambahan oral yang mengandungi emas: Ini termasuklah makanan tambahan vitamin dan mineral
    • Stent berlapis emas: Tiub kecil yang digunakan untuk membuka jalan masuk yang tersumbat di dalam badan, seperti saluran darah
    • Emas yang boleh dimakan: Sejumlah kecil helaian emas atau taburan serbuk emas ke atas makanan seperti aiskrim dan coklat
    • Dakwat tatu: Ia boleh memberikan kesan kepada mereka yang mempunyai alahan nikel
    • Telefon bimbit: Telefon bimbit mungkin mengandungi nikel
    • Kosmetik: Produk ini mungkin mengandungi nikel dan logam lain

    Guna cara ini untuk merawat alahan emas

    alahan emas

    Anda boleh mendapatkan krim kortikosteroid untuk merawat simptom alahan emas yang anda alami seperti gatal-gatal, kulit membengkak dan kemerah-merahan.

    Bagi mengurangkan rasa gatal yang dialami, anda boleh menggunakan kompres sejuk untuk melegakannya.

    Selain itu, pastikan juga kulit anda sentiasa lembap agar tidak mudah menjadi gatal. 

    Bagaimana untuk memilih barang kemas yang tidak menyebabkan alahan?

    Semestinya, untuk memastikan anda tidak mengalami alahan barang kemas, elakkan daripada memakai sebarang perhiasan yang boleh mencetuskan simptom alahan.

    Jika ingin memakai barang perhiasan emas, hanya pakai emas 18 atau 24 karat sahaja.

    Jika anda mengalami alahan nikel, elakkan daripada memakai sebarang perhiasan kerana kebanyakan barang perhiasan mengandungi nikel.

    Anda boleh mencari barang perhiasan yang tidak mengandungi nikel atau memakai barang kemas yang diperbuat daripada keluli tahan karat atau titanium.

    Anda juga perlu tahu bahawa nikel boleh dijumpai dalam mana-mana objek di sekitar anda. Ini termasuklah bingkai cermin mata, duit siling, pencukur dan kepala tali pinggang anda.

    Oleh itu, cuba elakkan penggunaan barangan ini atau bertukar kepada alternatif lain seperti plastik untuk mengelakkan reaksi alahan terhadap nikel dan juga emas.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan