Inkontinens urin merupakan satu kondisi yang dapat dielakkan jika pesakit boleh mengamalkan gaya hidup yang sihat. Malah, banyak cara hilangkan kencing tak lawas yang boleh pesakit ikuti.
Inkontinens urin merupakan satu kondisi yang dapat dielakkan jika pesakit boleh mengamalkan gaya hidup yang sihat. Malah, banyak cara hilangkan kencing tak lawas yang boleh pesakit ikuti.

Jom ketahui tips atasi kencing tak lawas tradisional untuk melegakan simptom anda!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Tak Lawas, sila dapatkannya di sini.
Kencing tak lawas berlaku apabila seseorang rasa tidak puas selepas kencing atau perlu kerap ke tandas walaupun hanya sedikit air kencing keluar. Antara tanda kencing tak lawas termasuklah:
Berita baiknya, ada cara hilangkan kencing tak lawas boleh bantu atasi masalah ini.

Disebabkan peningkatan dalam penghidap inkontinens urin di seluruh dunia, langkah yang terbaik untuk mengelakkan penyakit ini adalah melalui pencegahan.
Cara hilangkan kencing tak lawas paling berkesan ialah minum air dengan mencukupi. Pastikan urin anda berwarna kuning air ataupun jernih. Normal jika anda terpaksa buang air beberapa jam sekali.
Selain itu, ada banyak lagi kaedah hilangkan kencing tak lawas yang anda boleh lakukan seperti:
Jika mempunyai berat badan berlebihan, menurunkan berat badan mungkin dapat mengurangkan inkontinens urin yang anda hadapi.
Pastikan anda bijak memilih makanan, bersenam dan menjaga berat badan untuk mengelakkan inkontinens. Antara langkah yang boleh anda lakukan adalah:
Otot pada lantai pelvis bertanggungjawab untuk menahan urin di dalam pundi kencing.
Otot ini boleh menjadi lemah jika pesakit pernah mengandung, melahirkan anak ataupun mempunyai berat badan berlebihan.
Senaman lantai pelvis atau senaman kegel dapat membantu menguatkan otot tersebut semula dan bantu mengelakkan air kencing daripada terkeluar ketika pesakit batuk, bersin, ketawa atau mengangkat barang yang berat.
Senaman ini boleh dilakukan oleh wanita dan juga lelaki. Malah, senaman ini mempunyai banyak kebaikan lain seperti:
Walau bagaimanapun, sebelum anda mulakan senaman kegel, pastikan anda berhubung terlebih dahulu dengan doktor.
Ada beberapa jenis makanan yang mungkin boleh menyumbang terhadap masalah inkontinens.
Sebagai contoh, minuman seperti kafein dan alkohol akan menyebabkan pesakit makin kerap ke tandas.
Cara yang terbaik untuk mengenal pasti makanan apakah yang akan membuatkan pesakit ke tandas dengan lebih kerap ialah dengan menyimpan diari (bladder diary).
Diari ini memudahkan pesakit untuk memantau pengambilan makanan dan minuman.
Jika makanan tersebut membuatkan anda ke tandas dengan lebih kerap, anda boleh mengurangkan atau mengelakkan pengambilan makanan tersebut untuk mengurangkan masalah kawalan pundi kencing.
Sebagai contoh, minuman di bawah selalu dikaitkan dengan masalah inkontinens:

Minum air berkabonat, kopi, teh atau sebarang ubat-ubatan yang mengandungi kafein akan menyebabkan pesakit kerap ke tandas.
Oleh sebab itu, cuba kurangkan pengambilan kafein untuk mengurangkan simptom yang dialami.
Alkohol merupakan sejenis diuretik dan sudah lama terbukti dapat bertindak sebagai bahan yang boleh merangsang pundi kencing.
Pengambilan alkohol akan membuatkan pesakit rasa makin terdesak untuk ke tandas dan meningkatkan frekuensi pembuangan air kecil.
Manisan tiruan seperti sodium saccharine, acesulfame K dan aspartame juga boleh menyebabkan iritasi pada pundi kencing.
Malah, individu yang mengambil banyak minuman manis pada siang hari akan kerap mengalami masalah kencing malam dan masalah kerap kencing yang lebih teruk.
Jangan tak tahu, ini juga termasuk dalam petua hilangkan kencing tak lawas.
Beberapa jenis ubat-ubatan juga boleh menyebabkan masalah kawalan pundi kencing. Sebagai contoh, ubat darah tinggi, antihistamin, sedative dan antidepressant adalah antara ubat-ubatan yang boleh menyebabkan inkontinens.
Berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami masalah untuk membuang air kecil ketika mengambil ubat-ubatan ini.
Meneran ketika membuang air besar boleh melukakan otot pada bahagian lantai pelvis.
Oleh sebab itu, untuk mengelakkan sembelit, anda dinasihatkan untuk mengambil makanan untuk lawas kencing seperti makanan berserat.
Anda boleh menambah makanan untuk lawas kencing seperti buah-buahan, sayur-rayuran, kekacang dan juga bijirin dalam diet harian anda.

Tidak kiralah berapa umur anda, berhenti merokok dapat membantu anda untuk kekal sihat pada masa yang akan datang.
Malah, masalah kerap kencing yang dialami juga dapat dikurangkan jika anda berhenti merokok.
Salah satu kesan merokok ialah batuk yang berpanjangan. Untuk pengetahuan anda, batuk yang berpanjangan boleh melemahkan otot pelvis dan menyebabkan masalah inkontinens.
Ada juga pesakit yang mengalami iritiasi pundi kencing yang lebih teruk setelah merokok.
Malah, amalan ini juga meningkatkan risiko anda untuk menghidap kanser pundi kencing. Oleh sebab itu, berhenti merokok.
Inkontinens urin atau kerap kencing merupakan penyakit yang dapat dielakkan jika anda melakukan langkah pencegahan yang betul.
Selain itu, ada juga cara hilangkan kencing tak lawas lain seperti:
Pastikan anda merujuk kepada doktor tentang penyakit inkontinens yang dialami.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
09/06/2025
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa