backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Bantuan Kecemasan Jika Anda Terkena Sengatan Lebah, Ikut Langkah Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2024

Bantuan Kecemasan Jika Anda Terkena Sengatan Lebah, Ikut Langkah Ini!

Masa kecil dulu, ibu mesti akan panik jika anda kena sengat lebah bukan? Malahan, wujud pula pelbagai gelagat mereka untuk mengubatinya. Apa cara merawat sengatan lebah?

Mungkin ada yang akan menyapu ubat gigi jika kena sengat tebuan atau penyengat dan ia merupakan cara paling popular.

Akan tetapi, berkesankah cara tersebut? Apa cara hilangkan bengkak sengatan lebah?

Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa akan jadi jika kena sengatan lebah?

Sebelum mengetahui penawarnya, haruslah kita tahu punca dan kesan ia berlaku terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, serangga kecil seperti lebah ini akan menyerang lantas menyengat apabila berasa diri mereka terancam.

Situasi ini akan berlaku apabila anda berada terlalu dekat dengan sarangnya dan mungkin mengganggu habitat mereka di situ.

Disebabkan itu, maka wujudlah pepatah orang lama yang kata ‘sarang tebuan jangan dijolok‘!

Sekiranya sudah diserang dan disengat serangga kecil ini pula, sudah tentu akan berlaku kesan terhadap diri anda.

Bagi kebanyakan individu, sengatan lebah mungkin akan memberi kesan pada bahagian tubuh yang disengat seperti berikut:

  • Kesakitan
  • Kemerahan
  • Kebengkakan
  • Kegatalan
sengat lebah
Sejenis spesies lebah.

Kebiasaannya, ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya lain kecuali jika anda disengat banyak kali atau mempunyai alahan terhadap lebah.

Ini kerana kebanyakan spesies lebah, tebuan atau penyengat akan meninggalkan toksin ke dalam tubuh badan manusia yang disengat.

Toksin ini mungkin akan meninggalkan kesan yang lebih teruk kepada anda yang alah terhadapnya termasuklah:

  • Kulit pucat
  • Sukar bernafas
  • Nadi meningkat
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Pening kepala
  • Pitam

Lebih menakutkan, ada risiko anda terkena kejutan anafilaksis yang boleh membawa maut jika tidak segera mendapatkan rawatan sengat lebah.

Apa perlu buat jika kena sengatan lebah?

Tentu sahaja langkah yang terbaik sebagai terapi sengat adalah dengan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Namun bergantung kepada tahap keterukannya, anda mungkin hanya boleh merawat sengatan serangga kecil ini di rumah sahaja.

Pertama sekali, kalian perlu membuang sengat lebah yang tertinggal pada kulit untuk mengurangkan penyerapan toksin ke dalam tubuh badan.

Selepas itu, basuhkan kawasan sengatan dengan menggunakan air dan sabun, yang juga bertujuan mengurangkan penyerapan toksin daripada serangga ini.

Sebagai alternatif, wujud beberapa cara tradisional yang kalian boleh cuba:

Terapi sengat lebah #1. Madu

Ini cara merawat sengatan lebah yang pertama, madu.

Madu mungkin boleh membantu merawat luka yang sakit, merah, bengkak dan gatal akibat sengatan serangga kecil ini.

Caranya adalah dengan sapukan kawasan sengatan dengan madu dan tutup ia menggunakan pembalut, kemudian biar selama beberapa jam.

sengat lebah
Madu boleh legakan gigitan lebah.

#2. Serbuk penaik

Meskipun kedengaran agak pelik, ada kepercayaan yang kata campuran serbuk penaik dengan air boleh meneutralkan toksin lebah.

Caranya adalah dengan sapukan campuran ini pada kawasan sengatan dan tutup ia menggunakan pembalut, serta biarkan selama 15 minit.

#3. Lidah buaya

Lidah buaya memang dikenali mempunyai pelbagai khasiat terhadap kulit terutamanya dalam melegakan kesakitan dan kerengsaan.

Caranya adalah dengan mengambil ekstrak gel lidah buaya dan sapukan ia secara terus pada kawasan sengatan serta biarkan seketika.

#4. Cuka epal

Cuka epal sebagai cara hilangkan bengkak sengatan lebah?

Sama seperti lidah buaya, cuka epal juga dipercayai dapat meneutralkan kandungan toksin yang berasal daripada sengatan serangga kecil ini.

Caranya adalah dengan rendamkan kawasan sengatan ke dalam larutan cuka epal dan biar selama 15 minit serta balutkannya selepas itu.

Terapi sengat lebah #5. Ubat gigi

Ubat gigi adalah perkara pertama yang ramai orang akan terfikir setiap kali disengat lebah ekoran kandungan alkali yang terdapat di dalamnya.

Caranya hanya dengan menyapukan ubat gigi pada kawasan sengatan agar kandungan toksin berasid daripada lebah dapat dineutralkan.

Pun begitu, haruslah kalian tahu bahawa kelima-lima bahan ini hanyalah ramuan tradisional yang dipercayai mampu merawat sengatan lebah.

sengat lebah
Antara situasi kesihatan yang memerlukan rawatan segera.

Ia mungkin kurang atau tidak berkesan buat segelintir individu ekoran masih belum wujud kajian saintifik yang mengesahkan keberkesanannya.

Jangan abaikan sengatan serangga kecil ini!

Mungkin ada individu yang beranggapan bahawa sengat lebah, sengat tebuan atau penyengat ini tidak akan mendatangkan kemudaratan.

Ya, ia mungkin ada benarnya namun ketahuilah bahawa wujud juga risiko berbahaya termasuklah berlakunya kejutan anafilaksis.

Untuk lebih selamat, adalah wajar untuk kalian segera berjumpa doktor atau rawat ia dengan cara yang kami telah nyatakan.

Jika berada di rumah dan tidak mampu berjumpa doktor, lakukan langkah penting dengan mengeluarkan sengatan lebah itu terlebih dahulu.

Kemudian, letakkan ais pada kawasan sengatan untuk melegakan dan memperlahankan kemasukan toksin daripada serangga kecil ini.

Namun, adalah lebih baik untuk mengambil ubatan seperti berikut dengan preskripsi doktor:

  • Antihistamine
  • Acetaminophen
  • Ibuprofen

Peringatan!


Jangan abaikan sengatan serangga kecil seperti lebah, sengat tebuan dan penyengat ini untuk menjamin keselamatan dan kesihatan anda ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan