backup og meta

Ada Bisul Di Badan? Jangan Picit! Ini Cara Hilangkan Tanpa Tinggal Parut

Ada Bisul Di Badan? Jangan Picit! Ini Cara Hilangkan Tanpa Tinggal Parut

Anda perasan ada bisul muncul di tubuh tetapi anda tidak tahu apakah puncanya. Kata orang, bisul di punggung terjadi sebab duduk di atas bantal. Tetapi, sejauh manakah kebenaran dan cara menghilangkan bisul tersebut?

Ada yang menasihatkan agar mencungkil ‘mata’ bisul tersebut dan keluarkan nanah jika ingin merawatnya. Namun, adakah ini cara hilangkan bisul yang benar-benar tepat?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apakah yang dimaksudkan dengan bisul?

Dalam terma bahasa Inggeris, bisul disebut sebagai ‘boil’ atau ‘furuncle’. Bisul terbentuk disebabkan oleh jangkitan bakteria pada kawasan folikel rambut dan juga tisu di sekitarnya.

Ia lebih kerap berlaku di bahagian rambut kepala tetapi ia juga boleh berlaku di kawasan tubuh lain yang turut mempunyai rerambut.

Ini termasuklah di kawasan ketiak, punggung, leher, muka dan paha. Bisul juga dikatakan boleh terbentuk di kawasan punggung iaitu bisul di punggung.

Apabila folikel rambut ini dijangkiti bakteria, ia akan mengalami keradangan. Biasanya, kawasan bisul akan mempunyai sedikit benjolan berwarna merah.

Setelah itu, ia akan dipenuhi dengan nanah dan menjadi semakin besar.

Semakin besar saiz bisul tersebut, maka anda akan berasa semakin sakit sehinggalah bisul pecah dan mengeluarkan lendiran di dalamnya.

Jjadi, bagaimanakah cara menghilangkan bisul ini?

Kenapa selalu kena bisul?

cara menghilangkan bisul
Bisul pada kulit.

Kenapa selalu kena bisul?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kenapa selalu kena bisul adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jenis bakteria yang biasa menyebabkan bisul ialah Staphylococcus aureus atau ringkasnya S. aureus

Bakteria ini biasanya menyebabkan jangkitan pada mana-mana bahagian kulit anda yang mengalami bukaan atau koyakan seperti luka.

Memandangkan bakteria ini dianggap sebagai bendasing oleh sistem imun tubuh, maka sistem imun akan bertindak melawan kemasukan bakteria S. aureus.

Disebabkan serangan daripada sistem imun ini maka bisul terbentuk pada kulit anda. Ia sebenarnya adalah sel-sel darah putih yang mati melawan serangan bakteria tersebut. 

Kini anda tahu kenapa selalu kena bisul.

Simptom-simptom bisul

Bisul akan biasa terbentuk pada kawasan yang mudah berpeluh atau mudah bergeser kerana di situ terdapatnya luka kecil atau calar akibat geseran yang berlaku. Sebab itulah bisul mudah terbentuk di kawasan punggung

Antara tanda atau simptom tumbuh bisul ialah:

  • Muncul benjolan kecil berwarna merah yang boleh membesar sehingga lebih daripada 2 inci
  • Kulit berwarna merah di sekitar benjolan tersebut
  • Benjolan tersebut semakin membesar setiap hari dan dipenuhi nanah
  • Hujung benjolan berwarna putih kekuningan yang kemudiannya akan pecah dan menyebabkan nanah keluar

Siapakah yang mudah mendapat masalah ini?

Semua individu berisiko untuk mendapat benjolan ini, namun bisul lebih mudah berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah atau menghidap sebarang keadaaan kesihatan yang memperlambatkan kesembuhan luka pada tubuh.

Sebagai contoh, penghidap penyakit diabetes atau ekzema mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan bisul.

Ini disebabkan oleh penyakit kulit kronik yang dialami oleh mereka yang menjadikan kulit kering dan gatal-gatal.

Selain itu, mereka yang berhubungan dengan mereka yang dijangkiti benjolan ini turut berisiko untuk mendapat jangkitan bisul yang sama.

Jangan risau, ini cara menghilangkan bisul yang boleh dilakukan!

cara menghilangkan bisul
Kain untuk mengelap cecair bisul.

Berapa lama untuk bisul sembuh?

Kebiasaannya, bisul yang dialami akan pecah dan membaik dengan sendiri dalam tempoh masa 2 minggu. 

Bagi bisul yang masih tidak pecah, anda disaran untuk menggunakan beberapa kaedah yang akan menggalakkan bisul tersebut untuk pecah dan sembuh.

Salah satu cara menghilangkan bisul dengan cepat adalah melalui penggunaan kompres hangat (warm compresses) yang akan membantu mempercepatkan bisul anda untuk ‘masak’.

Antara contoh kompres hangat adalah dengan menggunakan kain tuala yang direndam dengan air suam.

Selain itu, anda juga perlu mencuci tangan dan kawasan punca bisul tersebut dengan menggunakan sabun antibakteria bagi mengelakkan penyebaran jangkitan ke kawasan lain. 

Namun, jika bisul yang wujud itu masih tidak pecah dan berasa sakit lebih dari 2 minggu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

cara menghilangkan bisul
Hati-hati jika ada benjolan seperti bisul pada kemaluan anda.

Bagi cara menghilangkan bisul yang dilakukan oleh doktor, anda mungkin akan diberikan ubat antibiotik dan juga sedikit pembedahan kecil bagi mengeluarkan nanah pada bisul tersebut. 

Kini anda telah tahu berapa lama untuk bisul sembuh?

Cara menghilangkan bisul: Jangan picit benjolan di rumah, bahaya!

Jangan sesekali memicit, mencucuk atau memotong bisul anda di rumah kerana ia hanya akan membuatkan bisul menjadi semakin parah.

Selain itu, anda juga mungkin akan mendapat parut yang agak besar jika prosedur tersebut dilakukan secara bersendirian.

Perhatian!


Doktor akan membantu anda memecahkan bisul tersebut dengan menggunakan peralatan yang telah disterilkan.

Ini merupakan cara yang terbaik dan selamat untuk hilangkan bisul tersebut.

Kini anda telah tahu cara menghilangkan bisul.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Boils. https://ufhealth.org/boils. Accessed on June 10, 2020.
  2. Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA). https://www.cdc.gov/mrsa/. Accessed on June 10, 2020.
  3. Boils and carbuncles. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/boils-and-carbuncles/symptoms-causes/syc-20353770. Accessed on June 10, 2020.
  4. Boils. https://www.nhs.uk/conditions/boils/. Accessed on June 10, 2020.
  5. Boil. https://dermnetnz.org/topics/boil. Accessed on June 10, 2020.

Versi Terbaru

25/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Malunya Ada Ketuat Pada Jari, Ini 5 Cara Pantas Rawatan Tradisional Dan Moden!

Jerawat Tumbuh Belakang Badan? Pakar Kulit Kongsi 5 Cara Efektif Rawat Akne


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan