Selalu rasa gatal disebabkan masalah keradangan kulit? Ini 5 bahan yang anda perlukan sebagai cara merawat eczema dewasa. Selamat mencuba!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Selalu rasa gatal disebabkan masalah keradangan kulit? Ini 5 bahan yang anda perlukan sebagai cara merawat eczema dewasa. Selamat mencuba!
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Kulit di sini.
Ekzema adalah sejenis keradangan kulit yang boleh menyebabkan bengkak, gatal atau ruam merah yang mengakibatkan kulit kelihatan seperti melecur.
Dikenali sebagai atopic dermatitis, masalah kulit ekzema ini biasa berlaku pada bahagian muka, tangan, siku atau lutut. Ia sering dialami olehkanak-kanak dibawah usia 5 tahun, tetapi ia boleh dihidapi oleh sesiapa pada mana-mana peringkat usia.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk merawat masalah ini, seperti penggunaan krim, produk semula jadi atau menjalani perubahan gaya hidup.
Terdapat pelbagai kegunaan gel yang berasal dari tumbuhan lidah buaya ini.
Salah satu fungsi umumnya adalah sebagai cara merawat eczema dewasa . Gel ini mempunyai ciri-ciri antibakteria, antimikrobial, meningkatkan sistem imun dan penyembuhan luka.
Anda boleh membeli gel lidah buaya ini dari farmasi tetapi anda perlu berhati-hati dengan kandungan lain yang terdapat di dalamnya seperti pewarna, pewangi, alkohol atau bahan pengawet.
Ini kerana bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit yang sensitif atau anda boleh mengambil gel ini dari daun lidah buaya sendiri dan menggunakannya secara terus dari daun.
Baca juga:
Terdapat kajian yang mengatakan penggunaan minyak kelapa dapat mengurangkan jumlah bakteria pada kulit dan menghindari risiko jangkitan.
Minyak kelapa mengandungi asid lemak yang sihat yang boleh menambah kelembapan pada kulit, sekali gus baik untuk individu dengan masalah kulit kering dan ekzema.
Anda boleh menyapu minyak kelapa sebagai cara merawat eczema di tangan selepas mandi atau beberapa kali dalam sehari untuk melembapkan kulit.
Pastikan anda turut menyapunya sebelum tidur untuk memastikan kelembapan kulit sepanjang malam.
Pastikan anda menggunakan minyak kelapa ‘dara’ atau ‘cold pressed’ – kaedah pengekstrakan minyak yang tidak menggunakan bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit. Individu yang mempunyai alahan kepada kelapa, tidak patut menggunakan minyak kelapa.
Dipercayai antara rawatan eczema cara tradisional.
Walaupun tiada kajian untuk mengesahkan fakta ini, tetapi National Eczema Association (NEA) melaporkan bahawa cuka epal ini boleh membantu masalah kulit ekzema.
Cuka epal dipercayai dapat memberikan keseimbangan kepada tahap keasidan kulit dan melawan bakteria.
Perkara paling penting dalam penggunaan cuka adalah untuk mencairkan (dilute) cuka terlebih dahulu dengan cara mencampurkan sesudu cuka bersama segelas air, jika tidak, cuka boleh menyebabkan luka terbakar atau kecederaan lain.
Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakannya dengan cara balutan basah iaitu dengan meletakkan campuran cuka yang telah dicairkan ke atas kapas.
Selain itu anda boleh menggunakan kain kasa dan letakkan ia pada bahagian kulit yang bermasalah dan lindunginya atau tutupnya dengan kain yang bersih.
Anda juga boleh memilih cara mandian dengan mencampurkan dua cawan cuka ke dalam tab mandian panas dan rendam selama 15-20 minit. Selepas itu bilas badan dengan air yang bersih. Sapu pelembap pada badan beberapa minit selepas mandi.
Berfungsi untuk meningkatkan ciri pelindung kulit dan membantu mengekalkan kelembapan serta mempunyai fungsi antikeradangan.
Anda boleh menyapu minyak ini kepada kulit individu dewasa sebanyak dua kali sehari, dengan salah satu sapuan dilakukan selepas mandi dalam keadaan kulit masih basah.
Tetapi jika anda mengetahui bahawa anda alah kepada biji bunga matahari, elakkan penggunaan minyak ini.
Merupakan agen antibakteria dan antikeradangan semula jadi kerana dapat membantu menyembuhkan luka dan meningkatkan fungsi imun yang bermakna dapat membantu melawan jangkitan.
Madu dapat membantu mencegah jangkitan semasa melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan bagi individu yang mengalami ekzema serta mengurangkan gejala keradangan kulit.
Anda boleh mencuba kaedah ini dengan menyapu sebatian madu ke bahagian yang bermasalah.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen