Ingin bermandi-manda dengan pasangan anda tetapi malu akan jerawat badan yang dialami?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Ingin bermandi-manda dengan pasangan anda tetapi malu akan jerawat badan yang dialami?
Usah risau, masalah kulit tersebut sangat biasa dialami oleh ramai orang kini, malah mempunyai nama samarannya tersendiri, iaitu bacne.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Jeragat dan jerawat tidak hanya muncul di wajah sahaja. Terdapat banyak lagi tempat lain yang boleh dipenuhi jerawat asalkan mempunyai folikel rambut seperti dada, leher, bahu, lengan, pinggul dan belakang badan.
Mengikut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom, lebih setengah daripada jumlah individu yang berjerawat mengalaminya di bahagian belakang badan.
Selain itu, 15% daripada jumlah tersebut pula mempunyai masalah jerawat di dada.
4 punca jerawat utama yang berkait ialah :
Ia biasanya muncul di tempat-tempat tertentu kerana kawasan kulit tersebut kaya dengan kelenjar minyak (sebaceous glands).
Folikel rambut pula berhubungan dengan kelenjar minyak tersebut. Kelenjar minyak itu menghasilkan rembesan minyak yang dipanggil sebum untuk menjaga kelembapan kulit dan rambut.
Apabila penghasilan minyak berlebihan bercampur dengan sel kulit mati terlalu banyak, ia boleh menyebabkan liang roma tersumbat.
Folikel rambut boleh mengembang jika dipenuhi dengan minyak dan ia digelar sebagai whitehead.
Akan tetapi, jika liang pori yang tersumbat itu terbuka dan menjadi gelap, ia menjadi blackhead.
Jerawat boleh timbul sebagai bintik merah dengan pusat yang putih apabila liang roma yang tersumbat mengalami keradangan ataupun dijangkiti bakteria.
Terdapat beberapa lagi faktor lain yang boleh mencetuskan atau menjadi punca jerawat termasuklah :
Ia boleh mengakibatkan kelenjar minyak membesar dan menggalakkan penghasilan sebum yang lebih banyak.
Selain itu, perubahan hormon yang berkaitan dengan kehamilan dan penggunaan pil kontraseptif juga boleh mempengaruhi pengeluaran sebum.
Ubat-ubatan yang boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat selalunya mengandungi kortikosteroid, testosteron dan litium.
Selain itu, ubat hormon dan sesetengah ubat antidepresi juga boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat.
Masalah jerawat selalunya berkait rapat dengan keturunan. Jikalau ibu bapa anda mempunyai keadaan tersebut, anda berkemungkinan akan mengalami masalah yang sama.
Kajian mendedahkan diet tertentu seperti susu skim dan makanan kaya karbohidrat boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat di badan.
Coklat telah lama dianggap sebagai penyebab ia menjadi semakin teruk.
Kajian kecil yang telah dijalankan dengan 14 orang lelaki berjerawat menunjukkan bahawa coklat berkait dengan pertumbuhan yang lagi teruk.
Tekanan secara tidak langsung boleh menyumbang kepada masalah jerawat di badan ini.
Berpeluh juga boleh merengsakan jerawat badan. Untuk mengurangkan kerengsaan, mandi secepat mungkin selepas bersenam.
Cuba elakkan untuk menggosok kulit secara agresif. Geseran akan mengakibatkan kerengsaan folikel rambut dan jerawat akan tumbuh dengan lebih banyak, keadaan yang digelar sebagai acne mechanica.
Jika keadaan anda masih terkawal dan tidak teruk, anda boleh mencuba beberapa petua yang dikongsikan oleh pakar dermatologi.
Ia boleh menyumbang kepada masalah jerawat di badan jika anda tidak mandi selepas berpeluh.
Pakaian yang longgar dan mempunyai peredaran angin yang baik haruslah digunakan ketika bersenam mahupun dalam kehidupan harian.
Ini dapat mengelakkan anda untuk mendapat jerawat di badan berpunca daripada geseran pada kulit.
Gunakan produk yang lembut pada kulit anda seperti produk yang bebas alkohol.
Elakkan daripada menggunakan produk yang merengsakan kulit anda termasuk astringen, toner dan bahan pengelupasan kulit.
Kulit kering dan kemerahan membuatkan jerawat di badan kelihatan lebih teruk.
Sekiranya anda ingin memicit jerawat, ingatlah bahawa kulit anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh dan ini meningkatkan risiko untuk mendapat parut.
Jika anda merasakan jerawat di badan anda semakin teruk walaupun setelah melakukan perubahan gaya hidup, berundinglah dengan pakar kulit anda.
Anda haruslah rujuk pakar dermatologi sekiranya:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen