Menurut kepercayaan orang dahulu, bisul di punggung adalah disebabkan oleh perbuatan anda duduk di atas bantal.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Menurut kepercayaan orang dahulu, bisul di punggung adalah disebabkan oleh perbuatan anda duduk di atas bantal.
Sebenarnya, ia hanyalah sekadar satu pantang larang yang dicipta untuk membuat orang takut serta tidak lagi melakukannya.
Penyebab bisul di punggung yang sebenar adalah disebabkan oleh jangkitan! Apakah ia?
Untuk pengetahuan anda, ia adalah berpunca daripada jangkitan pada kulit yang kebiasaannya disebabkan bakteria.
Ia akan menyebabkan timbulnya ketulan kecil dan keras berwarna kemerahan yang juga dipenuhi dengan nanah di dalamnya.
Ia boleh muncul di mana-mana bahagian kulit pada tubuh badan namun selalu terjadi pada bahagian belakang terutamanya punggung.
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, punca sebenar ia berlaku adalah didalangi oleh jangkitan bakteria.
Staphylococcus aureus adalah nama jenis bakteria yang kebiasaannya menjadi penyebab kepada bisul pada kulit.
Bakteria ini boleh hidup di dalam kulit terutamanya kawasan kulit yang selalu berpeluh, merekah serta mempunyai bulu.
Wujud beberapa faktor risiko yang meningkatkan risiko anda terkena bisul termasuklah:
Jika anda mempunyai faktor-faktor risiko di atas dan terkena bisul, segera berjumpa doktor untuk merawatnya sebelum terjadinya komplikasi lain.
Untuk mencegahnya, anda perlu elak dan rawat terlebih dahulu segala faktor risiko bisul di punggung yang telah dinyatakan di atas tadi.
Namun, ia tetap boleh terjadi tanpa dijangka dan ini adalah apa yang boleh anda buat untuk merawat kondisi ini:
Paling penting dan utama, kalian perlu berjumpa doktor untuk merawat bisul di punggung dengan ubatan sama ada secara oral atau topikal.
Selain pengambilan antibiotik serta antiseptik, kalian juga boleh menggunakan bahan mandian atau cucian seperti sabun dan cecair pencuci tangan.
Dalam beberapa kes, bisul yang terlalu besar dan teruk tidak boleh sembuh dengan pengambilan ubatan mahupun sembuh secara sendiri.
Disebabkan itu, kaedah pembedahan minor perlu dilakukan oleh doktor dengan cara menghiris serta membuang bisul di belakang.
Dalam usaha merawat serta mengelak bisul ini daripada terus berlaku dan berulang pada mana-mana kulit tubuh badan, anda disarankan untuk:
Sementara itu, kalian juga mungkin mahu cuba kaedah alternatif untuk merawat bisul di belakang namun ia mungkin tidak begitu efektif.
Berikut adalah apa yang mungkin kalian mahu dan boleh cuba:
Sekiranya kalian sedang menderita namun tidak tahu penyebab bisul di punggung yang terjadi, sila berjumpa dengan doktor segera ya?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen