Beza bisul dan jerawat: Bahagian kulit
Salah satu cara untuk membezakan antara jerawat dan bisul adalah lokasinya.
Jerawat selalunya muncul di muka, belakang, dan dada kerana ia adalah tempat kelenjar minyak menjadi terlalu aktif dan menyumbatkan folikel.
Sebaliknya, bisul biasanya muncul di kawasan kulit yang terdapat banyak bakteria seperti lipatan kulit, pangkal paha, punggung, ketiak, atau dalaman peha.
Walau bagaimanapun bisul dan jerawat juga boleh muncul di sekitar hidung atau di leher.
Rawatan
Jerawat akan hilang sendiri tanpa rawatan, tetapi anda boleh menggunakan ubat bukan preskripsi atau salap preskripsi atau antibiotik untuk merawatnya.

Namun, bisul memerlukan rawatan perubatan.
Sekiranya tidak dirawat, Staphylococcus aureus boleh menyebabkan komplikasi yang serius, seperti septisemia, jangkitan otak atau saraf tunjang, jangkitan jantung atau artritis septik.
Bagi rawatan jerawat, jumpa pakar dermatologi jika:
- Jerawat anda banyak
- Rawatan bukan preskripsi tidak berfungsi
- Tidak berpuas hati dengan penampilan diri, atau jerawat menjejaskan harga diri anda
Bisul kecil cukup mudah untuk dirawat sendiri. Tetapi jumpa doktor jika bisul:
- Muncul di muka atau tulang belakang anda
- Sangat menyakitkan
- Lebih besar daripada 2 inci
- Menyebabkan demam
- Tidak sembuh dalam masa beberapa minggu, atau terus kembali