home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Malunya Ada Ketuat Pada Jari, Ini Cara Pantas Tradisional & Moden Untuk Hilangkannya!

Malunya Ada Ketuat Pada Jari, Ini Cara Pantas Tradisional & Moden Untuk Hilangkannya!

Ketuat bukan hanya mengganggu penampilan seseorang, malah ia boleh jadi menyakitkan terutamanya yang terbentuk di jari tangan dan kaki.

Ketuat atau turut dikenali sebagai kutil ini tidak berbahaya dan sering hilang dengan sendiri mengikut masa.

Ini cara merawat ketuat dengan lebih lanjut. Jom baca!

Apa itu ketuat?

Ketuat adalah pertumbuhan pada lapisan luar kulit atau epidermis yang disebabkan oleh virus.

Human Papillomavirus (HPV) mampu menyebabkan ketuat pada kelamin apabila bersentuhan dengan kulit atau melakukan hubungan seksual dengan individu lain.

Selain itu, ketuat pada kelamin biasanya berkaitan dengan penyakit jangkitan seksual (STD), sementara ketuat yang biasa tidak berkaitan.

Ketuat adalah dikategorikan sebagai tumor kecil yang boleh disebabkan oleh salah satu daripada lebih 100 jenis HPV.

Ketuat plantar dan ketuat palmar adalah perkara biasa, terutama bagi golongan kanak-kanak.

Ketuat ini dinamakan mengikut lokasi di mana mereka muncul pada badan. Ketuat palmar berlaku di tangan, dan ketuat plantar di bahagian bawah kaki.

Dalam artikel ini, penulis secara spesifik akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai kutil di bahagian tangan dan kaki, plantar dan palmar.

Ketuat plantar & palmar

punca ketuat

Ketuat plantar sering tumbuh di kaki, biasanya pada bahagian tapak kaki manakala palmar ditemui di telapak tangan, seperti namanya palm.

Sebilangan individu mungkin keliru dengan menganggap ketuat plantar atau palmar adalah malignant (bersifat kanser). Sebenarnya, ia tidak berbahaya.

Rata-rata ketuat plantar dan palmar berukuran kecil, seakan pemadam pensil.

Kadangkala ketuat plantar boleh tumbuh secara berkelompok, dan dikenali sebagai ketuat mozek.

Tambahan lagi, ia biasanya tidak melekat di atas kulit seperti kutil di tangan, sebahagiannya berpunca akibat tekanan semasa pesakit berjalan.

Bagaimana ia terjadi?

Ketuat biasanya disebarkan secara tidak langsung dari individu ke individu.

Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dengan ketuat di tangannya boleh menyentuh permukaan taman permainan yang kemudian disentuh oleh budak lain, lantas menyebabkan ketuat itu merebak.

Atau, seseorang yang mempunyai ketuat plantar menggunakan tempat mandi tanpa memakai kasut mandi dan individu lain kemudian menggunakannya pula, maka penyebaran berlaku.

Walau bagaimanapun, risiko untuk mendapat ketuat tangan atau kaki daripada orang lain adalah kecil.

Namun mereka yang mempunyai sistem imun lemah lebih mudah terdedah.

Justeru, apakah jenis rawatan yang sesuai?

Rawatan-rawatan di rumah & profesional

Antara kaedah merawat ketuat yang boleh dilakukan secara sendiri di rumah adalah seperti berikut:

  • Asid salisilik

Asid ini berpotensi untuk menjadi rawatan topikal yang paling efektif!

Selain itu, asid yang boleh didapati over-the-counter (OTC) ini disediakan dalam pelbagai bentuk antaranya, cecair pekat, gel serta adhesive pad.

Disebabkan ia juga tersedia dengan pelbagai jenis tahap kekuatan, lakukan konsultasi bersama doktor dahulu untuk mengetahui tahap kesesuaiannya dengan anda.

Bagi mendapatkan hasil terbaik, rendamkan ketuat anda di dalam air suam selama 10 ke 15 minit dahulu, bagi tujuan melembutkan kawasan tersebut.

Kemudian, kikiskan sedikit lapisan kulit mati di permukaan dengan alatan yang sesuai, dan sapukan asid salisilik mengikut arahan diberikan doktor atau keterangan pada pek.

Anda mungkin harus bersabar seketika sementara menunggunya gugur kerana ia boleh memakan masa beberapa minggu.

Peringatan! Hentikan penggunaan asid ini secara total sekiranya kulit mengalami kesan iritasi, bengkak atau menyakitkan.

  • Cuka epal

khasiat cuka epal

Cuka epal boleh diambil kerana ia dianggap berfungsi seakan asid salisilik.

Asid ini digunakan sebagai salah satu rawatan bagi menghilangkan masalah ketuat pada kulit yang dijangkiti.

Cuka ini juga mempunyai sifat antimikroba semula jadi yang dapat membantu memerangi HPV, tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikannya.

Untuk mencuba kaedah ini, campurkan cuka epal kepada 2 bahagian dan air biasa 1 bahagian.

Rendam bebola kapas ke dalam campuran ini, dan letakkannya di kutil anda, kemudian tutup dengan pembalut. Biarkan ia selama 3 sehingga 4 jam.

Peringatan, sentiasa pastikan anda melarutkan cuka ini dengan air kerana keasidannya boleh menyebabkan kerengsaan dan juga, jangan gunakan pada luka yang terbuka, ya!

  • Bawang putih

Dalam satu kajian, ekstrak bawang putih dikatakan menghilangkan ketuat dalam masa 4 minggu.

Allicin, komponen utama bawang putih, mempunyai kesan mikrob. Ia berfungsi dengan memusnahkan enzim pada patogen berbahaya.

Untuk merawat ketuat menggunakan bawang putih, hancurkan 1 ulas dan campurkan dengan air.

Sapukan pada masalah ketuat dan tutup dengan pembalut. Ulangi setiap hari selama 3 sehingga 4 minggu.

Bagi merawat ketuat secara profesional yang dilakukan oleh pakar, antara pilihan yang boleh pesakit lakukan merangkumi:

  • Rawatan laser

Rawatan laser pulse-dye membakar (cauterizes) saluran darah kecil. Tisu yang dijangkiti akhirnya mati, dan ketuat itu akan jatuh.

Namun, bukti keberkesanan kaedah ini adalah terhad, dan ia boleh menyebabkan kesakitan dan parut.

  • Pembekuan sejuk (cryotherapy)

Terapi pembekuan sejuk yang dilakukan di pejabat doktor melibatkan penggunaan cecair nitrogen pada ketuat anda.

Pembekuan sejuk berfungsi dengan menyebabkan lepuhan membentuk di bawah dan di sekeliling ketuat anda.

Kemudian, tisu mati tidak hidup dalam masa seminggu atau lebih. Kaedah ini juga boleh merangsang sistem imun anda untuk melawan virus ketuat.

Anda mungkin memerlukan rawatan ulangan. Kesan-kesan sampingan daripada cryotherapy termasuklah kesakitan, kulit melepuh dan memutih di kawasan yang dirawat.

Jadi, terpulang kepada anda untuk memilih rawatan yang sesuai, cuma kami sarankan, anda dapatkan dahulu konsultasi daripada pakar. Selamat mencuba!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/salicylic-acid-topical-route/proper-use/drg-20066030
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/plantar-warts/symptoms-causes/syc-20352691
  3. https://acpinternist.org/archives/2009/06/dermatology.htm
  4. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/how-to-get-rid-of-warts
  5. https://www.aad.org/public/diseases/a-z/warts-treatment
  6. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279585/
  7. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/w/warts.html
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 04/01/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x