Bagi pesakit kencing manis, mereka sangat berjaga-jaga berkenaan soal luka yang dialami. Ini kerana, luka awal diabetes boleh bertukar menjadi luka kencing manis bernanah jika lambat sembuh.
Persoalannya, mengapa luka penghidap diabetes ini lambat pulih? Ikuti jawapannya di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.
Luka kencing manis bernanah: Mengapa lambat sembuh?
Antara gejala biasa penyakit diabetes ialah luka yang lambat sembuh daripada kebiasaan.
Malah, ia boleh menjadi luka basah yang disertai nanah.
Luka yang bernanah ini berlaku apabila luka kering tidak dirawat dengan kadar segera.
Ia juga boleh berlaku disebabkan paras gula darah yang sentiasa tinggi tanpa kawalan sehingga memperlahankan proses penyembuhan luka.
Antara gejala khusus daripada luka diabetes yang basah ialah kemunculan nanah.
Nanah yang muncul ini menandakan berlakunya jangkitan bakteria pada luka kering.
Luka diabetes basah yang bernanah mengambil masa yang lebih lama untuk kembali sembuh.
Malah jika tidak dirawat dan dikawal, luka ini boleh merebak ke kawasan anggota tubuh yang lain sehingga boleh menyebabkan amputasi.
Secara umumnya, terdapat dua punca atau faktor utama yang menyebabkan luka awal diabetes lambat sembuh. Faktor-faktor tersebut adalah:
#1. Peredaran darah yang terganggu
Luka kencing manis bernanah akan menjadi lambat sembuh disebabkan aliran darah yang tidak lancar.
Paras gula darah yang tinggi dalam kalangan penghidap diabetes boleh menyebabkan pembuluh darah arteri mengeras dan menyempit.
Disebabkan itu, aliran darah dari jantung akan tersekat atau terganggu untuk menuju ke bahagian tubuh yang lain.
Akibatnya, ia akan menyekat saluran darah yang membawa oksigen serta nutrien.
Anda perlu tahu bahawa oksigen dan nutrien yang dibawa oleh darah ini sangat penting untuk proses penyembuhan luka awal diabetes.
Oleh sebab itu, tidak pelik mengapa luka kencing manis bernanah yang dialami oleh pesakit diabetes sangat lambat untuk sembuh.
#2. Daya tahan badan yang agak lemah
Selain daripada gangguan terhadap peredaran darah, daya tahan atau imuniti tubuh yang lemah turut menjadi penyebab luka penghidap diabetes lambat sembuh.
Imuniti atau daya tahan badan yang sudah menurun boleh meningkatkan risiko jangkitan pada kawasan luka diabetes. Lebih-lebih lagi pada luka yang terbuka dan juga masih basah.
Lama-kelamaan, luka akan menjadi semakin teruk dan tidak sembuh-sembuh seperti yang diharapkan.
Cara rawat luka diabetes agar tidak jadi semakin teruk
Untuk mempercepatkan proses pemulihan luka diabetes dan mengelakkan komplikasi yang lebih buruk, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk merawat luka diabetes.
Antaranya ialah:
#1. Kurangkan tekanan pada luka
Bagi kawasan luka kencing manis bernanah yang terbuka, elakkan sebarang tekanan padanya.
Sewaktu anda membalut luka dengan menggunakan kain kasa, jangan sesekali membalutnya dengan terlalu ketat atau kuat.
Bagi luka yang berada di kawasan tapak kaki pula, pakai selipar yang lembut dan elakkan berkaki ayam.
Sekiranya boleh, kurangkan berjalan kerana aktiviti berjalan hanya akan memberikan tekanan yang berlebihan pada luka tersebut.
#2. Kerap rawat luka anda
Jika anda mempunyai luka kencing manis bernanah, pastikan anda menyapu ubat mengikut aturan seperti yang diarahkan oleh doktor.
Selain itu, anda juga perlu membersihkan luka tersebut setiap hari sebelum membalut dengan kain bersih.
Perhatikan juga jika terdapat sebarang tanda-tanda jangkitan lain yang lebih teruk.
Untuk mengurangkan kadar jangkitan pada luka kaki, pakai stoking kaki setiap kali anda memakai selipar atau kasut.
#3. Kawal paras gula darah setiap masa
Salah satu cara pencegahan yang paling ampuh adalah dengan mengawal paras gula darah setiap masa.
Tidak kira sama ada luka yang dialami itu luka jenis kering atau basah, kawalan paras gula darah tetap penting.
Untuk mendapatkan paras gula yang stabil dan terkawal, jalani gaya hidup yang lebih sihat.
Antaranya ialah makan makanan yang sesuai dengan penyakit diabetes anda, kerap bersenam dan ambil ubat diabetes tanpa gagal seperti yang disarankan oleh doktor.
Kesimpulan
Kini anda telah tahu punca-punca yang menyebabkan luka diabetes lambat sembuh.
Selain itu, anda juga telah mengetahui apakah yang perlu dibuat bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka diabetes.
[embed-health-tool-bmi]