Ia mungkin agak jarang berlaku namun bisul adalah antara kondisi pada kulit yang paling tidak disukai. Persoalannya, bagaimana cara rawat bisul yang tepat?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ia mungkin agak jarang berlaku namun bisul adalah antara kondisi pada kulit yang paling tidak disukai. Persoalannya, bagaimana cara rawat bisul yang tepat?
Mungkin ada yang percaya bahawa bisul ini perlu ditekan atau dipicit sehingga keluar nanah namun ia bukan cara tepat selain daripada mengambil ubat antibiotik.
Apa yang jadi tanda tanya di sini adalah kenapa kita perlu mengambil ubat antibiotik sebagai cara merawat bisul? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu.
Untuk pengetahuan anda semua, bisul itu adalah sejenis ketulan bernanah yang keras, besar dan sakit apabila disentuh serta boleh muncul di bawah kulit.
Ia biasa akan muncul apabila berlaku jangkitan akibat bakteria pada folikel rambut atau bulu yang wujud di kawasan sekitar kulit dan perlu segera dirawat.
Bakteria yang dipercayai biasa jadi dalangnya adalah Staphylococcus aureus (staph) di mana ia juga adalah punca kepada pelbagai jenis jangkitan kulit lain.
Jika ia sudah terlalu keras, besar dan sakit apabila disentuh, maka penderita mungkin perlu untuk menjalani pembedahan minor untuk membuangnya daripada kulit.
Namun sebelum ia bertambah teruk, ubat antibiotik mungkin adalah solusi yang jauh lebih baik!
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, bisul itu terjadi akibat jangkitan bakteria staph dan antibiotik tentu sahaja berkesan untuk melawan bakteria.
Doktor mungkin akan beri anda ubat ini dalam bentuk pil atau cecair yang perlu diambil secara oral atau topikal dan dihabiskan sesuai dengan preskripsi doktor.
Apa yang menjadi kebimbangan di sini adalah tidak semua jenis antibiotik itu efektif kerana terdapat lebih 30 jenis bakteria staph yang kadangkala rintang padanya.
Disebabkan itu, doktor perlu melakukan pemeriksaan melalui sampel nanah daripada bisul anda untuk memastikan jenis ubat antibiotik mana yang paling berkesan.
Antara jenis antibiotik yang biasa digunakan sebagai cara rawat bisul adalah seperti berikut:
Disebabkan bisul itu bukanlah satu kondisi yang dianggap terlalu berbahaya, maka individu cenderung untuk tidak berjumpa doktor dan merawat masalah ini sendiri.
Ya, mungkin adalah tidak salah jika anda hanya mendapatkan ubat antibiotik di farmasi ataupun menggunakan sebarang cara merawat bisul yang lebih tradisional.
Pun begitu, adalah penting untuk kita semua tahu bahawa tidak semua alternatif itu efektif dan ubat daripada kaunter farmasi juga mungkin tidak begitu tepat.
Ini kerana kebanyakan ubatan di kaunter itu berfungsi dengan cara mengurangkan kesakitan pada bisul dan tidak pula berfokus untuk merawat kondisi kulit ini.
Menurut American Osteopathic College of Dermatology, penggunaan ubat daripada kaunter farmasi seperti Neosporin, Bacitracin atau Polysporin itu tidak akan berkesan.
Selain pengambilan antibiotik atau pembedahan minor, wujud juga beberapa cara merawat bisul yang lain dan mungkin boleh dilakukan hanya dari rumah sendiri.
Tuaman air panas pada bisul mungkin dapat melegakan rasa sakit serta membantu mencungkil nanah keluar dari permukaan kulit yang terkesan akibatnya.
Ekstrak daripada minyak pohon teh memiliki sifat antibakteria dan antiseptik sekali gus menjadikan ia mampu bantu merawat jangkitan bakteria punca bisul.
Serbuk kunyit pula memiliki sifat antiradang yang mungkin dapat membantu dalam usaha menyembuhkan serta menghilangkan bisul dengan tempoh lebih cepat.
Dipercayai mampu membantu melawan jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh virus, kulat atau bakteria, menjadikan ia sebagai alternatif yang mungkin efektif.
Ia dipercayai mampu bantu merawat kondisi kulit ini ekoran kemampuannya untuk mengeluarkan nanah serta mengeringkan bisul lantas merawatnya.
Pun begitu, ketahuilah bahawa di atas ini hanyalah sekadar rawatan alternatif yang mungkin efektif namun tidak diperakui ekoran tiada bukti yang saintifik.
Sebaiknya, anda masih perlu berjumpa doktor jika ada bisul pada kulit untuk melakukan diagnosis serta mendapatkan ubat antibiotik yang tentunya akan efektif.
Jika ia masih tidak berkesan walaupun sudah habis mengambil ubatan, maka prosedur pembedahan minor untuk membuang bisul mungkin perlu anda pertimbangkan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen