home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Betul Ke Jika Makan Kicap, Parut Luka Seperti Chicken Pox Jadi Lebih Gelap?

Betul Ke Jika Makan Kicap, Parut Luka Seperti Chicken Pox Jadi Lebih Gelap?

Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar, makan kicap soya akan buatkan parut luka anda menjadi gelap.

Kata-kata ini sudah lama berpindah dari mulut ke mulut tanpa wujudnya penerangan di sebalik mengapa ia boleh terjadi sedemikian.

Sikap semula jadi penulis yang gemar mencari jawapan sebenar di sebalik cakap-cakap ini telah membawa kepada satu jawapan yang kukuh.

Jika anda juga ingin mengetahui jawapan sebenar bagi dakwaan ini, baca apa yang telah kami sediakan di bawah ini.

Kicap soya buat parut luka jadi gelap?

kicap soya

Terdapat kepercayaan yang menyatakan jika anda mempunyai parut luka atau mendapat chicken pox, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap.

Ini kerana dikatakan warna gelap daripada kicap soya tersebut akan menyebabkan kuping parut menjadi gelap dan meninggalkan parut yang tidak dapat dihilangkan.

Untuk pengetahuan anda, kacang soya mengandungi sejenis asid amino yang dinamakan sebagai tyrosine dan ia boleh menggelapkan warna kulit. Tyrosine akan bertukar menjadi melanin apabila anda terdedah kepada cahaya matahari.

Melanin pula adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab terhadap warna kulit yang gelap. Walau bagaimanapun, di sebalik kewujudan tyrosine dalam kacang soya, ia masih bukan menjadi penyebab luka anda gelap. Mengapa?

Ini kerana kacang soya bukanlah satu-satunya jenis makanan yang mengandungi tyrosine.

Terdapat pelbagai lagi jenis makanan lain yang mengandungi tyrosine seperti keju, daging lembu, daging kambing, ikan, ayam, kekacang dan bijirin penuh.

Senang kata, apa yang anda makan setiap hari sebenarnya mengandungi kandungan tyrosine.

Anda makan ayam setiap hari, tetapi tyrosine dalam ayam tidak pula menyebabkan tubuh badan anda berwarna merah jambu.

Tyrosine dan fungsinya terhadap tubuh

kicap soya

Fungsi sebenar tyrosine adalah untuk menghasilkan bahan kimia otak bagi membantu sel saraf berkomunikasi dan mengawal selia mood.

Tyrosine juga meningkatkan kewaspadaan, perhatian dan fokus seseorang individu.

Tubuh badan anda hanya menggunakan tyrosine apabila diperlukan dan pengambilan banyak makanan yang mengandungi tyrosine tidak akan menjadikan tubuh badan anda lebih gelap.

Ia juga tidak akan meningkatkan penghasilan melanin dalam tubuh anda kerana anda masih memerlukan sinar matahari untuk menggelapkan warna tubuh.

Pokok pangkalnya, tyrosine semata-mata masih tidak akan menggelapkan tubuh anda tanpa pendedahan terhadap sinar UV.

Parut chicken pox bukan sebab kicap soya?

Ya, kicap soya bukan penyebab terjadinya parut yang gelap pada chicken pox. Parut akibat chicken pox sebenarnya terbentuk disebabkan oleh aktiviti menggaru yang menjejaskan proses penyembuhannya dan meningkatkan risiko jangkitan bakteria.

Sekiranya anda mahu mengelakkan parut gelap akibat chicken pox, jangan sesekali menggaru tempat-tempat yang mempunyai jangkitan itu pada tubuh badan anda.

Hilangkan kegatalan yang dialami dengan cara mandian air sejuk atau penggunaan losyen calamine.

Kesimpulan

Secara logiknya, jika anda menganggap makan kicap boleh buat luka jadi hitam, anda mungkin boleh makan telur untuk jadikan parut anda berwarna putih atau kuning kan?

Atau makan sawi hijau untuk menjadikan luka berwarna hijau, baru rare.

Tetapi pasti ramai yang tidak mempercayainya. Mengapa? Sebab ramai yang tahu ia tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Begitu juga dalam kes kicap ini.

Oleh itu, kongsikan artikel ini untuk bantu kami memecahkan mitos yang telah lama membelenggu masyarakat kita. Seiring kita bergerak menjadi anggota masyarakat yang lebih berilmu.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.asiaone.com/health/12-popular-health-myths-debunked-health-plus

Having soy sauce will turn your skin dark? Here’re the facts!

https://www.shape.com.sg/food/truth-behind-avoiding-seafood-soy-sauce-after-surgery/

https://www.healthline.com/nutrition/tyrosine

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 18/08/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x