Pernahkah anda mengalami bisul di ketiak dan berasa risau mengenainya? Mungkin anda ingin tahu punca, ciri ciri bisul di ketiak dan juga petua hilangkan bisul di ketiak dengan berkesan.
Pernahkah anda mengalami bisul di ketiak dan berasa risau mengenainya? Mungkin anda ingin tahu punca, ciri ciri bisul di ketiak dan juga petua hilangkan bisul di ketiak dengan berkesan.

Lihat info yang telah kami sediakan di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Bisul tanpa mata di ketiak boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan pada folikel bulu atau kelenjar minyak di ketiak anda.
Jangkitan yang terjadi ini biasanya melibatkan bakteria Staphylococcus aureus, yang terkumpul pada folikel dalam bentuk nanah dan kulit mati.
Kawasan yang dijangkiti akan menjadi merah dan sedikit bengkak, dan perlahan-lahan akan membesar apabila nanah mula berkumpul di dalam bengkak tersebut.
Walaupun ia mungkin menyebabkan rasa tidak selesa, namun kebanyakan bisul tidak mengancam nyawa dan mungkin akan pecah dan keluar sendiri dalam masa dua minggu.
Jika bisul tanpa mata di ketiak tumbuh dengan cepat atau tidak bertambah baik dalam masa dua minggu, berjumpalah dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Bisul terbentuk apabila jangkitan kuman berlaku dalam folikel rambut atau bulu. Jangkitan ini akan menjejaskan folikel bulu dan tisu di sekelilingnya.
Jangkitan bakteria ini kemudiannya menyebabkan ruang berongga di sekeliling folikel dipenuhi dengan nanah.
Jika kawasan jangkitan bertambah di sekeliling folikel bulu tersebut, maka bisul juga akan semakin membesar.

Antara ciri ciri bisul di ketiak lain yang boleh anda perhatikan ialah:
Bisul di bawah lengan atau ketiak berlaku apabila folikel bulu telah dijangkiti bakteria.
Ciri ciri bisul di ketiak mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti berikut:
Jangan sesekali memicit, mencucuk atau memecahkan bisul tanpa mata di ketiak. Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan jangkitan tersebut merebak ke kawasan lain.
Selain itu, bakteria tambahan daripada jari atau tangan anda juga boleh memasuki luka bisul tersebut.
Bagi menghilangkan bisul pada ketiak, ini cara yang sepatutnya:
Sebaiknya, anda perlu tunggu sahaja sehingga ia hilang dengan sendiri. Persoalannya, berapa lama bisul di ketiak sembuh?
Jika bisul tidak sembuh atau menghilang lebih daripada dua minggu, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dalam bentuk ubat bisul di ketiak atau lain-lain.
Doktor mungkin akan memotong bisul tersebut bagi mengeluarkan nanah yang semakin banyak. Doktor juga mungkin akan memberikan ubat antibiotik untuk menyembuhkan jangkitan tersebut.
Sebenarnya, ciri ciri bisul di ketiak bukanlah satu perkara yang membimbangkan atau tanda penyakit-penyakit serius.
Ia hanyalah kesan jangkitan bakteria pada kulit atau folikel bulu ketiak anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
15/07/2024
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin