AWAS Bahaya Jika Selalu Stres! Tekanan Boleh Buat Anda Terkena Ulser Perut

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apabila ulser berlaku, ia boleh terjadi di beberapa bahagian tubuh. Contohnya, ulser peptik berlaku pada perut dan bahagian atas usus kecil. Ulser perut atau ulser stres pula boleh berlaku di kawasan saluran pencernaan seperti perut dan esofagus.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai ulser perut ini.

Stres dan kewujudan ulser

Stres boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Terdapat stres dari segi mental atau psikologi, dan ada juga stres fizikal.

Jenis stres tertentu cenderung mempengaruhi beberapa jenis ulser. Menurut kajian, usus dan otak berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai tahap.

Terdapat juga penyelidikan berterusan mengenai bagaimana stres berinteraksi dengan sistem imun badan, yang boleh mempengaruhi penyembuhan. Jenis ulser yang biasanya disebut sebagai ulser stres dipercayai disebabkan oleh tekanan fizikal.

Tekanan fizikal boleh datang dalam beberapa bentuk berikut:

Simptom-simptom ulser stres atau ulser perut

ulser peptik

Antara gejala umum untuk semua jenis ulser termasuklah sakit dan luka yang terbuka. Anda hanya akan dapat melihat luka terbuka pada ulser mulut sahaja. Gejala ulser mulut yang lain termasuklah:

  • Sensasi terbakar
  • Rasa sakit apabila disentuh
  • Sensitiviti yang melampau

Doktor perlu melakukan endoskopi untuk melihat ulser atau luka yang ada di dalam saluran usus anda.

Semasa endoskopi dilakukan, doktor akan menggunakan alat khas yang disebut endoskopi untuk melihat lapisan saluran pencernaan anda dan memeriksa kewujudan ulser.

Peranti ini adalah tiub fleksibel yang panjang dengan kamera kecil di hujungnya. Gejala ulser peptik yang paling biasa berlaku ialah sakit pada perut.

Selain itu, pendarahan dalaman juga boleh berlaku.

Pendarahan dalaman mungkin tidak begitu ketara bagi sesetengah individu. Tetapi, jika pendarahan tersebut menjadi ketara, doktor akan melakukan prosedur pembedahan untuk menghentikannya.

Doktor anda akan mengambil langkah-langkah untuk mencegah ulser stres sekiranya anda berada di hospital dengan trauma atau kecederaan serius.

Gejala ulser peptik dan ulser perut lain termasuklah:

  • Sensasi terbakar
  • Pedih ulu hati
  • Loya
  • Kehilangan berat badan
  • Hilang selera makan

Komplikasi ulser stres atau ulser perut

Komplikasi serius bukanlah sesuatu yang biasa dan kerap berlaku. Tetapi ada beberapa perkara yang harus anda perhatikan.

Sesetengah ulser mulut sebenarnya adalah sejenis kanser mulut. Ulser yang tidak akan sembuh walaupun selepas rawatan.

Ulser yang berlaku di kawasan lidah, antara pipi dan gusi, atau di bawah lidah, mungkin merupakan tanda kanser mulut.

Ulser peptik atau ulser perut yang tidak dirawat pula boleh menyebabkan gejala yang teruk seperti berikut:

Ulser stres berkemungkinan besar berlaku ketika anda sudah berada di bawah rawatan perubatan untuk penyakit utama, prosedur pembedahan, trauma, atau kecederaan.

Kehadiran ulser stres menambahkan komplikasi lain kepada keadaan perubatan anda yang membawa kepada ulser.

Seperti ulser peptik atau perut, komplikasi yang paling serius adalah pendarahan dalaman atau berlakunya penyumbatan.

Kaedah rawatan ulser stres atau ulser perut

Rawatan untuk ulser peptik atau ulser perut bergantung kepada penyebab ulser. Sekiranya ulser disebabkan oleh bakteria H. pylori, ia perlu dirawat dengan antibiotik dan ubat penghalang asid yang akan ditetapkan oleh doktor anda.

Ulser perut yang disebabkan oleh ubat anti radang bukan steroid (NSAID) pula boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau preskripsi yang disyorkan oleh doktor anda.

Ulser mulut pula dapat diatasi dengan perubahan gaya hidup seperti berikut:

  • Elakkan jenis makanan tertentu, seperti makanan masin, keras, berasid, pedas, panas, atau alkohol
  • Uruskan sebarang jangkitan atau keadaan perubatan yang berkaitan dengan ulser mulut anda
  • Uruskan tahap tekanan anda
  • Berhenti atau hadkan penggunaan produk tembakau
  • Minum dengan menggunakan straw
  • Gosok gigi dengan lembut, dua kali sehari
  • Ambil kortikosteroid atau pencuci mulut berubat yang disyorkan oleh doktor atau doktor gigi anda

Pengurusan stres boleh bantu kurangkan ulser

ulser perut

Menguruskan stres yang dialami mungkin bermanfaat dalam rawatan ulser anda.

Walaupun profesional perubatan tidak bersetuju mengenai seberapa banyak tekanan mental atau psikologi boleh mempengaruhi jenis ulser tertentu, tapi ada beberapa bukti bahawa mengurangkan stres sememangnya dapat membantu.

Stres dipercayai boleh membatasi fungsi sistem imun. Pengurusan stres juga akan membantu kesejahteraan anda secara keseluruhan.

Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai beberapa pilihan rawatan untuk stres anda.

Rancangan ini mungkin termasuk bercakap dengan kaunselor profesional atau ahli psikologi, atau mungkin dengan mengambil ubat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tularemia: Penyakit Berjangkit Menyerang Kulit, Paru-paru, Mata dan Nodus Limfa

tularemia adalah penyakit berpunca jangkitan bakteria Francisella tularensis, yang terdapat dalam mamalia kecil seperti tikus, arnab dan kutu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Farah Aziz
Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 26/04/2019 . 2 minit bacaan

Pedih Ulu Hati Nampak Normal, Tapi Ini 6 Sebab Kenapa Ia TAK BOLEH Diabaikan

Jangan abaikan jika anda pernah mengalami pedih atau sakit ulu hati. Ini 6 sebab dan punca pedih ulu hati terjadi pada anda. Semak ia sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 03/09/2018 . 2 minit bacaan

5 Tip Menghilangkan Ulser Mulut

Ulser mulut agak biasa dan menjengkelkan. Ini menyakitkan, luka terbuka berwarna putih, dikelilingi oleh sempadan merah yang meradang. Ia sering muncul di bahagian dalam pipi, bibir, di bawah lidah, dan permukaan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 01/06/2018 . 1 minit bacaan

Madu Ratu Lebah

KegunaanApakah kegunaan Madu Ratu Lebah? Madu Ratu Lebah adalah rembesan seperti susu yang dihasilkan oleh lebah pekerja madu. Ia biasanya mengandungi lebih kurang 60% hingga 70% air, 12% hingga 15% protein, 10 ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Fariha Zakaria
Rawatan Tradisional & Herba, Ubat Herba 25/05/2018 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit ulser perut

Penyakit Ulser Peptik: Info Lengkap Mengenai Simptom, Punca & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 12/01/2021 . 4 minit bacaan
ulser mulut

Aduh! Sakitnya Terkena Ulser, Ini Cara Rawat ‘Mata Ikan’ Di Rumah, Pakai Garam Pun Boleh?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
penjagaan pesakit diabetes

Kalau Tak Nak Kaki Kena Potong, Pesakit Kencing Manis MESTI Ikut 13 Tip Penjagaan Kaki Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
oral seks

Orang Muda Jangan Anggap Oral Seks Tak Bahaya, Boleh Terkena HIV Jika Alami Keadaan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan