Pendekatan yang lebih baik: Sebaik-baiknya belajar menerima bahawa stres adalah sebahagian daripada lumrah hidup anda.
Anda boleh mencari cara menangani stress atau belajar untuk menyingkirkan beberapa stres yang bersifat negatif dan melakukan strategi yang boleh membantu anda menguruskan stres yang tidak mampu disingkirkan dalam hidup.
#2. Jika anda ada sikap baik, anda tidak perlu untuk berasa stres

Ramai yang percaya bahawa jika anda bersikap dengan sikap yang baik, ia tidak akan menyebabkan anda mengalami stres dan memiliki ketenangan. Ini ternyata salah.
Walaupun stres yang dialami dianggap sebagai satu cabaran dan bukannya ancaman, ia masih memberi kesan kepada anda.
Mengapa salah faham ini berbahaya: Ramai yang beranggapan bahawa jika mempunyai sikap yang lebih baik, maka pengalaman mencabar yang dialami tidak akan memberikan kesan yang negatif kepada mereka.
Oleh itu, mereka tidak berusaha dengan lebih kuat untuk kekal positif.
Kepercayaan ini akan menyebabkan mereka gagal untuk mengenal pasti dan menguruskan kesan negatif stres yang mereka sedang alami sehinggalah kerosakan yang berlaku itu berakhir.
Pendekatan yang lebih baik: Anda sememangnya perlu mengekalkan sikap yang positif selain mempunyai pemikiran berkenaan hidup anda berasaskan kekuatan yang anda miliki.
Tetapi, anda juga perlu ingat bahawa terlalu banyak jenis stres yang baik untuk anda juga boleh menyebabkan kesan negatif terhadap fizikal anda.
Ambil berat berkenaan tubuh badan anda saat anda berhadapan dengan sebarang cabaran dalam hidup walaupun anda tidak ‘berasa’ stres.
#3. Pelajari cara menangani stress yang betul

Teknik pengurusan stres seperti bersenam, meditasi dan juga pemikiran yang positif boleh mengurangkan stres yang anda alami selain mewujudkan daya tahan terhadap stres.
Walau bagaimanapun, tidak terdapat sebarang cara menangani stress yang boleh menyingkirkan tekanan yang anda alami secara total.
Mengapa salah faham ini berbahaya: Sekiranya anda menganggap sebarang teknik pengurusan stres berfungsi menyingkirkan kesemua stres yang anda alami, anda mungkin akan rasa teknik-teknik tersebut tidak berkesan dan kemudiannya berputus asa.
Anda juga mungkin akan berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda. Ini akan mendorong anda menjadi lebih stres dan menjadi tawar hati untuk terus berusaha.
Pendekatan yang lebih baik: Pengurusan stres adalah sesuatu yang bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan.
Teknik pengurusan stres bertindak membantu anda untuk kembali tenang daripada stres yang dialami.
Anda perlu memahami bahawa teknik pengurusan stres tidak boleh menghalang penyebab stres daripada berlaku tetapi boleh membantu anda untuk bertindak dengan lebih baik dalam berhadapan dengannya.
Baca juga:
Amalkan cara menangani stress yang kami kongsikan ini

Kini anda tahu bahawa teknik pengurusan stres berkesan sebagai cara menangani stress dan mengurangkan kesan stres atau berhadapan dengan situasi stres yang dialami.
Apa yang perlu anda tanamkan dalam diri adalah menerima hakikat bahawa stres akan tetap berlaku dalam kehidupan anda.
Perkara yang perlu anda lakukan adalah cuba untuk mengatasinya jika anda berkemampuan dan lakukan teknik-teknik pengurusan stres untuk mengurangkan kesannya. Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen