Tidak mengejutkan jika kata kunci ‘saya cepat tertekan/stres’ sangat banyak di carian laman web Google. Alasannya, masalah tekanan pada mental merupakan isu besar. Jadi, apa antara tanda tanda stress yang utama?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Tidak mengejutkan jika kata kunci ‘saya cepat tertekan/stres’ sangat banyak di carian laman web Google. Alasannya, masalah tekanan pada mental merupakan isu besar. Jadi, apa antara tanda tanda stress yang utama?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, anda juga boleh klik di sini.
Kadangkala, anda mungkin pernah bertanya kepada diri sendiri kenapa saya cepat tertekan/stres ya? Adakah masalah tersebut adalah angkara penyakit yang berbahaya? Benar, stres itu merupakan sejenis kondisi mental!
Stres atau tekanan biasa terjadi di saat individu merasakan kemahuan telah melebihi dan mengatasi kemampuan diri.
Kebiasaannya, tekanan ini boleh menjadi rangsangan atau motivasi bagi menempuh situasi sukar di dalam kehidupan.
Sebagai contoh mudah, bayangkan situasi di mana anda harus menyiapkan satu tugasan yang sudah kian menghampiri deadline. Dengan stres yang menimpa, maka ia akan membantu kalian menyelesaikannya.
Pun begitu, ketahuilah bahawa stres itu sudah tentu tidak baik untuk tubuh badan kerana ia boleh menjejaskan sistem neuroendokrin, imunisasi, kardiovaskular dan saraf tunjang sekali gus membahayakan diri.
Apa yang bahaya, ramai orang percaya jika tanda tanda stress itu perkara baik. Inilah dia fenomena sindrom itik!
Untuk pengetahuan anda semua, fenomena sindrom itik atau duck syndrome merupakan satu idea di mana individu nampak tenang dari luaran namun tidak siapa yang tahu wujud gejolak pada dalaman mereka!
Seumpama seekor itik yang sedang berenang di atas air, kita hanya boleh nampak bahagian kepala dan badan mereka seolah sangat tenang tetapi kakinya di bawah air berusaha sehabis mungkin untuk bergerak ke hadapan.
Analogi tersebut amat tepat menggambarkan bahawa orang lain hanya akan nampak apa yang tertonjol di permukaan yakni luaran individu. Pun begitu, tiada siapa yang faham tentang aspek dalaman iaitu perasaan mereka.
Ya, fenomena ini juga memang sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat kita di mana individu cenderung untuk menyorokkan atau menyembunyikan perasaan mereka kepada diri sendiri semata demi menunjukkan apa yang orang lain mahu lihat sahaja – keindahan dan kebahagiaan.
Dalam erti kata lebih mudah, ia sudah menjadi norma yang secara tidak langsung memicu kepada masalah stres!
Akibat sindrom itik ini, sudah semakin ramai individu terutama golongan pekerja atau pelajar yang mula mengalami tekanan secara mereka sedar atau tidak. Persoalannya, apa antara tanda tanda stress yang umum?
Maka, jangan berdiam diri sahaja. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada pakar psikologi dengan kadar segera!
Sebenarnya, sindrom itik ini bermula daripada persepsi masyarakat yang hanya mahu melihat atau mendengar cerita berkisar kejayaan tetapi langsung tidak mahu peduli akan kegagalan dan kepayahan orang lain.
Lama-kelamaan, masyarakat mungkin bakal melihat bahawa ia sebagai suatu norma yang wajar diikuti dan diteladani oleh semua orang di mana anda tidak boleh tampil lemah meskipun hati sudah tidak boleh bertahan.
Dalam pada itu, mungkin ada beberapa lagi faktor risiko punca duck syndrome mula dinormalisasikan antaranya:
Konklusinya, berhenti daripada menormalisasikan sindrom itik kerana ia cuma akan menjahanamkan diri atau orang lain di sekeliling. Jika anda ada sebarang tanda tanda stress pada diri, sila segera jumpa doktor.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen