home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ketahui 6 Punca Gastrik, Patutlah Sering Sakit Perut

Ketahui 6 Punca Gastrik, Patutlah Sering Sakit Perut

Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Istilah yang lebih tepat bagi keadaan ini adalah gastritis.tis. Namun, tahukah anda apa punca gastrik?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Punca gastrik

Secara umumnya, fungsi normal perut adalah untuk mengeluarkan asid (gastric juice) yang berperanan untuk mencerna makanan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.

Oleh sebab itu, tahap keasidan di dalam adalah lebih tinggi berbanding bahagian lain di dalam saluran pemakanan atau usus anda.

Disebabkan tahap keasidan di dalam perut itu adalah tinggi, terdapat satu mekanisma akan terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.

Ia berperanan untuk melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis. Mekanisma ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukosa yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.

Jadi seandainya anda mengalami masalah gastrik angin, ia bermakna, berlaku atau terdapat sesuatu yang telah mengganggu penghasilan lapisan ini.

Beberapa keadaan yang boleh meningkatkan punca gastrik adalah:

  1. Jangkitan bakteria

Sejenis bakteria bernama Helicobacter pylori adalah penyebab utama bagi keadaan kesihatan ini. Bakteria ini wujud di dalam perut ramai orang tapi hanya sesetengah orang sahaja yang mengalami keradangan.

Dikatakan daripada 10 kes gastrik, 8 daripadanya dipercayai berpunca daripada jangkitan bakteria Helicobacter pylori ini atau lebih mudah dirujuk sebagai ‘H.pylori’. Bakteria ini dikatakan boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang sudah tercemar.

  1. Penggunaan ubat tahan sakit

Ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen berpotensi menyebabkan gastrik akut atau kronik jika diambil secara berkala atau berlebihan. Ia menyebabkan gastrik dengan menjejaskan faktor utama yang melindungi lapisan dinding perut.

  1. Peningkatan usia

Semakin berumur, lapisan dinding perut menjadi semakin nipis. Ini meningkatkan risiko keradangan.

  1. Alkohol

Pengambilan secara berlebihan boleh mendatangkan masalah gastrik angin. Ini kerana minuman beralkohol ini dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan mengikis lapisan perut, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada asid.

  1. Stres

punca gastrik

Gastrik angin boleh berlaku bukan sahaja disebabkan oleh tidak makan mengikut waktu yang sepatutnya, tetapi ia juga boleh berlaku sekiranya tahap tekanan yang membebani badan seseorang individu berada pada tahap yang tinggi.

  1. Autoimun

Gastik juga mungkin boleh disebabkan oleh sistem imun badan sendiri yang menyerang lapisan perut. Keadaan ini jarang tetapi antara punca yang boleh berlaku.

Ubat tahan sakit VS gastrik

Jika anda seorang yang kerap mengambil ubat tahan sakit daripada farmasi setiap kali mengalami sebarang rasa sakit, sila berhati-hati. Ia boleh menyebabkan keradangan dan ulser pada perut dan bahagian awal usus kecil (duodenum).

Bagaimana punca gastrik berlaku?

Ubat tahan sakit yang kita maksudkan adalah ubat anti-radang bukan steroid atau nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs).

Antaranya termasuk aspirin, ibuprofen, naproxen dan diclofenac. Ubat-ubatan ini boleh didapati di farmasi tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor.

Ubat-ubatan ini adalah baik dan efektif tetapi ia boleh menyebabkan gastrik dan ulser jika digunakan selama beberapa minggu atau bulan.

NSAIDs mengurangkan hormon prostaglandin. Hormon ini mempunyai fungsi menghasilkan mukosa serta bahan-bahan yang meneutralkan asid di dalam perut.

Jika kadarnya berkurang, lapisan dinding perut lebih terdedah kepada hakisan asid seterusnya meningkatkan risiko berlaku ulser.

Kawal pengambilan

punca gastrik

Jika mengalami sakit yang ringan seperti terseliuh atau luka, mulakan dengan rehat dan tuam menggunakan ais atau air sejuk untuk mengurangkan bengkak dan rasa sakit. Jika ingin mengambil ubat, anda boleh gunakan panadol atau paracetamol. Dua ubat ini tidak termasuk dalam kumpulan NSAIDs dan ia adalah lebih selamat.

Lebih bahaya lagi adalah anda mengambil NSAIDs kerana sakit perut. Jika sakit tersebut disebabkan oleh gastrik, ubat tahan sakit bukan akan mengurangkan kesakitan, tetapi bahkan memburukkan lagi keadaan. Silap haribulan, boleh berlaku pendarahan.

Walau bagaimanapun, terdapat keadaan kesihatan tertentu di mana seseorang harus mengambil NSAIDs secara berkala dalam jangka masa yang lama. Contohnya adalah penyakit yang menyebabkan rasa sakit berterusan seperti sakit sendi osteoartritis dan reumatoid artritis.

Bagi kes seperti ini, mereka harus menjalani pemeriksaan berkala untuk mengesan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku. Kebiasaannya, doktor akan memberikan ubat-ubatan lain bagi mengelakkan berlaku gastrik dan ulser. Ubat-ubatan tersebut termasuk:

  • Perencat pam proton (PPI) – omeprazole, lansoprazole.
  • Penghalang reseptor H2 – cimetidine, ranitidine.
  • Antiasid.
  • Misoprostol.

Ubat-ubatan yang disebutkan di atas ini membantu mencegah atau mengurangkan kesan NSAIDs ke atas lapisan dinding perut dengan mengimbangi fisiologi di dalam perut.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Gas and gas pains https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gas-and-gas-pains/symptoms-causes/syc-20372709 / Accessed on Aug 29, 2019
  2. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/gastric-bypass-surgery/multimedia/vid-20078337
  3. https://www.webmd.com/diet/news/20060717/gastric-bypass-beat-gastric-bands
  4. http://www.myhealth.gov.my/68577/
  5. https://www.healthline.com/health/epi/doctor-discussion-guide

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 04/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x