Perut telah direka untuk menampung campuran ini. Walau bagaimanapun, esofagus anda tidak dapat menahan campuran ini yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan.
Kadangkala, injap yang memisahkan perut dan esofagus anda tidak ditutup dengan betul, dan beberapa campuran berasid dari perut anda naik semula ke esofagus. Ini dipanggil sebagai refluks.
Apabila anda mengalami refluks, anda akan sering merasakan sensasi terbakar iaitu pedih ulu hati.
Cara merawat tanda pedih ulu hati

Tidak kira pedih ulu hati waktu malam atau siang, cara-cara di bawah ini boleh membantu anda untuk merawat pedih ulu hati yang dialami.
Antaranya ialah:
- Makan makanan dalam jumlah yang kecil tetapi secara kerap
- Elakkan sebarang makanan yang boleh menyebabkan refluks atau pedih ulu hati
- Jangan berbaring sejurus selepas makan. Tunggu sekurang-kurangnya 3 jam
- Tinggikan bahagian kepala anda sewaktu berbaring
- Elakkan pemakaian pakaian yang ketat
- Kurangkan berat badan jika anda mengalami berat badan berlebihan
- Jangan makan lewat malam
- Berhenti merokok
- Minum susu rendah lemak
- Ambil yogurt kerana yogurt boleh membantu melegakan perut
- Makan sayuran hijau dengan banyak
- Makan buah-buahan
Kesimpulan
Keadaan pedih ulu hati boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa. Ia bukanlah sesuatu penyakit yang kronik.
Namun jika ia berlaku dalam tempoh masa yang agak lama berserta simptom yang semakin kronik, lakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera.
Ia mungkin berpunca daripada penyakit yang lain. Jangan lupa untuk amalkan tip-tip di atas untuk merawat dan melegakan pedih ulu hati anda.
Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen