brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Ulser Mulut Asyik Berulang? Ini 5 Punca Sebenar, Bukan Sekadar Kurang Air!

Tahukah anda punca biasa ulser mulut? Ulser mulut adalah antara perkara yang paling tidak menyenangkan.

Ulser Mulut Asyik Berulang? Ini 5 Punca Sebenar, Bukan Sekadar Kurang Air!

Bukan sekadar susah makan, kadangkala sampai susah nak berus gigi dan berkumur. Lebih parah lagi, nak bercakap pun susah!

Ia mungkin akan berlaku apabila lapisan sel di permukaan mana-mana bahagian badan hilang.

Bahagian dalam yang banyak urat saraf dan sensitif akan terdedah. Sebab itu ia sangat menyakitkan dan boleh berlaku di mana-mana bahagain badan.

Dalam artikel ini kita fokuskan pada ulser mulut. Apakah 5 punca biasa ulser mulut? 

Dapatkan maklumat lanjut tentang Kesihatan Mulut di sini.

Kenapa banyak ulser dalam mulut?

Walaupun selalunya, ulser mulut bukanlah sesuatu yang serius atau berbahaya, rasa sakit dan tidak selesa yang berpanjangan akibatnya membuatkan semua orang ingin mencari jalan untuk mencegahnya atau merawatnya seawal yang mungkin.

Ulser mulut atau lebih dikenali sebagai “mata ikan” sering menyebabkan rasa pedih dan tidak selesa, terutama ketika makan atau bercakap.

#1. Gigi tajam, punca ulser mulut

Gigi yang tajam sering menjadi punca kepada ulser mulut.

Apabila anda secara tidak sengaja tergigi mana-mana bahagian di dalam mulut, luka tersebut mungkin mengambil masa untuk sembuh dan membentuk ulser.

Biasanya, gigi yang tajam ialah gigi taring (canine teeth) yang bernombor empat dari tengah. Gigi yang pecah atau patah separuh juga boleh menyebabkan ulser mulut.

Atas sebab ini, dracula mungkin kerap mendapat ulser mulut.

#2. Gigi palsu

Gigi palsu yang longgar mungkin boleh menyebabkan geseran pada mulut dan melukakannya. Pastikan gigi palsu anda sentiasa kukuh di tempatnya.

Jika gagal membetulkannya sendiri, dapatkan bantuan doktor gigi.

punca biasa ulser mulut
Banyak faktor boleh sebabkan ulser pada mulut.

Sebab ulser mulut #3. Makanan kasar

Jenis makanan juga menyumbang kepada ulser mulut. Makanan yang kasar dan tajam boleh mencederakan mulut seterusnya menyebabkan ulser.

Punca ulser mulut #4. Perubahan hormon

Hormon juga ada sahamnya terhadap pembentukan ulser mulut. Sesetengah wanita mengalami ulser mulut semasa atau ketika hampir-hampir waktu haid.

Sebab ulser mulut #5. Penyakit lain

Punca terakhir ini adalah penyakit atau keadaan lain. Ulser mulut mungkin menjadi simptom kepada penyakit lain.

Contohnya penyakit-penyakit autoimun seperti sistemik lupus eritomatosus (SLE), Behcet atau mungkin juga penyakit kelamin seperti sifilis dan HIV.

Jadi, itulah antara punca biasa ulser mulut terjadi kepada individu. Untuk elak ia berlaku dan berulang, pekalah kepada 5 perkara ini ya!

medical
Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/04/2026