Kajian menunjukkan bahawa satu-satunya perbezaan antara kemurungan, kebimbangan dan stres yang dialami oleh individu yang sihat berbanding mereka dengan gangguan mental adalah pada tahap keseriusannya.
Jika anda mendapat markah yang tinggi dalam DASS, besar kemungkinan anda sedang mengalami gangguan perasaan yang serius.
Walau bagaimanapun, DASS adalah satu bentuk ujian saringan dan bukanlah satu diagnosis. Untuk mendapatkan keputusan sebenar, anda perlulah berjumpa pakar sama ada doktor atau ahli psikologi.
Malah, anda perlu menjawab semua soalan dengan berhati-hati dan sejujur mungkin.
Mengapa kita rasa tertekan?

Stres merupakan satu tindak balas normal yang berlaku kepada semua orang. Malah, badan manusia juga direka supaya ia dapat menangani dan merasai stres.
Apabila kita berhadapan dengan sebarang masalah, badan kita akan memberi tindak balas tertentu terhadap masalah tersebut. Apa yang kita rasai itulah stres!
Sebenarnya, bukan semua bentuk stres bersifat negatif. Ada juga stres yang positif. Sebagai contoh, jika anda mempunyai ujian pada keesokan hari atau perlu menghadiri temu duga, anda akan rasa stres supaya badan boleh bekerja dengan lebih keras dan berjaga pada waktu malam.
Namun, stres akan menjadi masalah besar jika ia berlaku dalam satu tempoh masa yang panjang. Ia akan membuatkan fizikal dan mental kita menjadi lemah.
Akibatnya, kita mungkin akan rasa terlalu penat, cepat marah, kecewa atau sedih sehingga kita rasa sangat gelisah. Malah, stres yang berpanjangan juga boleh bertukar menjadi depresi.
Baca juga:
Apa yang boleh saya belajar melalui ujian DASS?

Melalui ujian ini, anda boleh mengetahui:
- Tahap kemurungan, kebimbangan dan stres yang anda alami.
- Adakah tahap untuk setiap kondisi ini merisaukan?
- Adakah setiap kondisi ini mencetuskan simptom fizikal seperti kesukaran bernafas, peningkatan kadar degupan jantung dan sebagainya?
- Selepas satu tempoh masa tertentu, anda mungkin perlu menjawab kembali DASS untuk mengetahui sama ada kondisi mental anda menjadi semakin baik selepas rawatan.
Dengan bantuan ahli psikologi, anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai tahap kesihatan mental anda selepas menjawab ujian gangguan mental ini. Selain itu, anda juga boleh melakukan ujian DASS online sebelum berjumpa pakar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen