Selalunya, ulser mulut akan hilang dengan sendirinya dalam masa 10 hingga 14 hari. Namun, jika ulser berlangsung lebih lama dari 3 minggu, dapatkan rawatan doktor secepat mungkin.
Jika anda sedang mencari remedi semula jadi untuk merawat masalah ulser, gunakan 5 bahan di bawah ini untuk merawatnya. Semua bahan ini anda boleh jumpa di dapur rumah sendiri!
1. Madu
Madu boleh melegakan ulser kerana ia membantu mengekalkan kelembapan dan mempercepatkan proses penyembuhan. Ia juga mempunyai sifat antioksidan dan anti-mikro. Gunakan kain kapas yang disapu madu dan letakkan di kawasan yang ulser. Anda juga boleh menggunakan minyak gliserin atau vitamin E dengan cara yang sama.
2. Gunakan garam sebagai cara hilangkan ulser mulut
Garam laut atau hidrogen peroksida mempunyai sifat anti-radang, antiseptik dan disinfektan. Oleh itu, anda boleh menggunakan bahan-bahan secara berasingan atau kombinasi yang berkesan untuk menyembuhkan ulser mulut atau luka kanker.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen