backup og meta

Minum Air Detoks Boleh Buat Kurus & Buang Toksin Badan? Ini FAKTA Benar Tentang 'Detox'

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/06/2022

    Minum Air Detoks Boleh Buat Kurus & Buang Toksin Badan? Ini FAKTA Benar Tentang 'Detox'

    Hari ini, air detox (detoks) telah menjadi amalan popular bagi mereka yang ingin membersihkan toksin badan. Malah, air detox untuk kempiskan perut dan turunkan berat badan juga tersenarai antara manfaat yang sering diperkatakan.

    Cuba anda membuat carian di internet, anda akan mendapati perbincangan kegemaran mengenai tip kecantikan termasuk detoks.

    Detoks adalah istilah baru untuk menggambarkan pelbagai resepi pemakanan dicipta untuk membersihkan badan, meningkatkan tenaga, dan membantu menurunkan berat badan secara drastik.

    Ia telah menjadi satu trend baru. Walau bagaimanapun, masih terdapat cerita di sebalik trend kecantikan baru ini yang anda perlu tahu.

    Kebenaran di sebalik diet air detox yang perlu anda tahu

    Air detox untuk kempiskan perut dan turunkan berat badan

    Walaupun jus minuman detoks atau air telah terbukti tidak menyebabkan kemudaratan kepada tubuh, tetapi tidak bermakna keberkesanannya terbukti.

    Ramai penjual detoks mendakwa bahawa produk detoks memfokuskan untuk mengeluarkan bahan toksin yang kononnya melekat dan menghilangkan lapisan usus ini.

    Dengan meminum air detox, anda berasa selesa kerana telah mengeluarkan risiko penyakit dalam badan. Tanggapan ini tidak benar sama sekali dan kurang bukti saintifik.

    Usus tidak menyimpan toksin yang boleh membuat anda sakit, dan pembersihan kolon anda tidak perlu.

    Jadi, adalah tidak benar jika dikatakan air detox untuk kempiskan perut dan menurunkan berat badan.

    Tubuh menyingkirkan toksin dengan sendirinya

    Tubuh kita dicipta dengan fungsi ajaib untuk mengeluarkan toksin secara semula jadi tanpa bantuan daripada mana-mana jus atau teh.

    Ramai wanita dan juga lelaki sangat tertarik dengan iklan pembersihan badan dengan detoks.

    Kes ini adalah benar bagi orang yang menjalani diet yang tidak sihat, kurang pemakanan bernutrisi, minum berlebihan, atau ingin menyingkirkan toksin yang dibina dalam badan.

    Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang jelas menunjukkan bahawa air detox untuk kempiskan perut atau membantu anda mengeluarkan toksin daripada badan.

    Secara umumnya, toksin ditakrifkan sebagai bahan yang dihasilkan daripada proses biologi alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang boleh menjadi racun kepada manusia.

    Badan anda boleh menyerap toksin semula jadi dan buatan apabila anda makan, minum dan bernafas.

    Jadi, adakah air detox diperlukan?

    air detox

    Air sememangnya merupakan satu perkara penting yang diperlukan oleh badan. Tetapi, adakah badan kita memerlukan air detox?

    Dan, adakah benar air detox iaitu campuran air dengan lemon mampu menyahtoksik kotoran dalam badan?

    Perlukah air detoks?

    Menurut penyelidik makanan dan bekas jurucakap Akademi Pemakanan dan Dietetik, Joy Dubost, RD, badan manusia tidak semestinya memerlukan air detoks. 

    Cara terbaik untuk membersihkan sistem badan adalah dengan meminum banyak air serta mendapatkan serat yang mencukupi bagi memastikan sistem pencernaan anda berfungsi seperti biasa.

    Ada yang mengatakan faedah daripada minuman detoks ini dapat memperbaiki tona dan tekstur kulit serta dalam masa yang sama dapat meningkatkan tahap mood dan tenaga.

    Selain itu, ia juga dikatakan membantu mengurangkan berat badan- ini menjadi antara sebab mengapa minuman ini menjadi pilihan.

    Dubost menyatakan bahawa idea tentang detoks ini dibuat oleh selebriti terkenal seperti Beyonce yang menggunakan diet ini untuk menurunkan berat badan dalam filem lakonannya.

    Tambah Dubost, puasa berselang (intermittent fasting) membuktikan dapat membantu individu mengurangkan berat badan.

    Tetapi penambahan eliksir detoks seperti sirap maple dengan jus lemon, air, lada hitam, dan mungkin air garam, sebenarnya tidak begitu membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan.

    Tidak ada bukti saintifik bahawa air detoks dapat memberi manfaat kesihatan.

    Malahan pelan berpuasa seminggu dengan hanya meminum air lemon detoks membuatkan individu yang mengamalkannya akan kelesuan dan hilang tenaga, kerana tidak mendapat nutrien dan kalori yang diperlukan selama beberapa hari.

    Lakukan dengan betul

    Dubost berkata, idea tentang air lemon detoks boleh ‘membersihkan’ badan adalah salah, kerana toksin dalam badan menerusi saluran gastrousus.

    Dan, untuk badan menjalankan fungsinya dengan baik, ia memerlukan serat. Air lemon tidak mengandungi serat yang diperlukan badan untuk ‘membersihkan diri’.

    Menurut pakar ini lagi, beliau tidak percaya apa yang disebutkan tentang proses ‘pembersihan’ melalui air lemon detoks akan membantu membuang toksin atau bahan bahaya dari badan.

    Malahan, beliau memberitahu bahawa saluran gastrousus, hati dan buah pinggang yang akan membantu tubuh anda untuk detoks.

    Ada kesan sampingan ke jika selalu minum air detoks?

    Beberapa cara dalam kaedah detoks boleh jadi memudaratkan untuk kesihatan.

    Sebagai contoh, perancangan detoks kebanyakannya memberi tumpuan kepada penghapusan nutrien yang menyebabkan lemak dalam badan.

    Tetapi pada satu masa, ia kadang-kadang boleh mengeluarkan protein yang boleh meletakkan anda pada risiko malnutrisi.

    Mereka yang telah meneruskan pengambilan jus ini berisiko mengalami ketidakseimbangan elektrolit seperti natrium dan kalium.

    Amalan detoks yang dipanggil pengairan kolon tidak perlu untuk mengeluarkan lemak sihat, dan tambahan pula ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti cirit-birit atau jangkitan darah.

    Selain itu, mereka yang mempunyai masalah kesihatan khas seperti mengandung, imuniti yang lemah atau mempunyai penyakit kronik seperti jantung atau masalah buah pinggang tidak perlu minum detoks.

    Kesimpulannya, detoks masih kurang kelulusan saintifik untuk keselamatan dan kesan sebenar.

    Jadi, daripada menghabiskan wang pada beberapa cara detoks yang mungkin berbahaya, lebih baik dapatkan tidur yang cukup, senaman dan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Rutin hidup mudah ini akan membantu anda mendapatkan kulit yang berseri, mengempiskan perut, penurunan berat badan yang berterusan dan mencegah pelbagai penyakit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan