backup og meta

'Intermittent Fasting': Diet Puasa Gaya Lisa Surihani

'Intermittent Fasting': Diet Puasa Gaya Lisa Surihani

Kebanyakan wanita selepas bersalin akan mengalami perubahan tubuh khususnya kenaikan berat badan. Malah, baru-baru ini tular di laman sosial mengenai pendedahan diet puasa yang diamalkan oleh pelakon terkenal Lisa Surihani.

Atas permintaan pengikutnya di Instagram, beliau mendedahkah empat tip diet yang diamalkannya iaitu bertukar kepada beras herba ponni, kurangkan gula dalam makanan dan minuman, amalkan intermittent fasting dan melakukan senaman. Walau bagaimanapun,  intermittent fasting telah menarik perhatian orang ramai. Jadi, untuk mengetahui mengenai  intermittent fasting atau diet puasa, baca artikel ini.

Panduan Menjalani Diet Puasa (Intermittent Fasting)

Diet dengan cara mengehadkan makanan tertentu seperti diet rendah lemak atau rendah karbohidrat sering kali gagal kerana biasanya itu bermakna anda perlu menghindari makan yang anda gemari. Cara diet itu juga menyebabkan anda cenderung untuk mudah berasa lapar kerana kurang pengambilan makronutrien yang merupakan sumber tenaga. Jika anda ingin menurunkan berat badan tanpa perlu meninggalkan makanan kegemaran anda, cuba menguruskan pola pemakanan anda dengan kaedah diet puasa atau intermittent fasting.

Apa itu intermittent fasting?

Intermittent fasting atau diet puasa/puasa berselang adalah kaedah untuk menguruskan pola pemakanan dengan cara berpuasa makan untuk tempoh tertentu, namun anda masih boleh meneruskan pengambilan minuman. Jika dibandingkan dengan istilah “diet”, biasanya ia merujuk kepada pengurangan atau mengehad makanan tetapi kaedah intermittent fasting lebih kepada mengatur kebiasaan pemakanan anda.

Kaedah ini tidak mengatur makanan apa yang anda harus kurangkan atau harus ambil, namun ia lebih kepada waktu anda harus dan berhenti daripada makan. Kebiasaannya kaedah ini mencadangkan untuk puasa makan selama 16 jam. Bagaimanapun, waktunya anda boleh tentukan sendiri.

Manfaat intermittent fasting

Pada asasnya, puasa sendiri mempunyai peranan yang balik dalam kesihatan, dan dengan cara berpuasa sudah diketahu sejak lama untuk bertahan hidup. Amalan pemakanan seharian anda mungkin tiada peraturan kerana sering makan di luar waktu makan atau melewatkan waktu makan.

Dengan kaedah intermittent fasting, anda dapat memperbaiki dan membentuk tabiat pemakanan yang lebih sihat. Ia juga melatih ketahanan tubuh supaya tetap dapat menjalankan fungsinya walaupun tidak mengambil makanan dalam tempoh tertentu.

Intermittent fasting juga membantu tubuh mengawal tekanan darah dan kolesterol kerana tubuh melakukan pembakaran lemak yang lebih efektif semasa berpuasa, serta membuatkan hormon insulin lebih sensitif terhadap makanan.

Ahli Biologi dari Salk Institute, California Satchidananda Panda (seperti yang diterbitkan livescience) mengatakan bahawa diet puasa (intermittent fasting) membantu tubuh untuk melakukan peremajaan dan pembaikan sehingga dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.  Ia juga mengatakan diet puasa menyebabkan tubuh bertindak balas terhadap pelbagai mekanisme atau tanda kerosakan tubuh dengan lebih baik. Keadaan puasa dapat membuatkan sel tumor kekurangan bahan makanan untuk berkembang, memperbaiki inflamasi dan menghilangkan sel yang rosak dari dalam tubuh.

Cara melakukan intermittent fasting

Intermittent fasting mempunyai pelbagai peraturan untuk mengurangan pengambilan makanan. Pada umumnya, kaedah ini hanya ditentukan dalam masa seminggu, bila-bila sahaja waktu untuk berpuasa. Puasa yang dimaksudkan ini adalah hanya berpuasa makan sahaja, namun anda masih boleh mengambil minuman. Semasa tempoh berpuasa, anda perlu mengambil makanan dalan jumlah paling sedikit atau tidak makan sama sekali.

Terdapat berbagai cara untuk melakukan intermittent fasting, berikut adalah beberapa kaedah yang popular:

  • Kaedah 16/8: Ini merupakan kaedah yang membahagikan 16 jam waktu berpuasa dan 8 jam waktu untuk mengambil makanan. Contohnya, anda boleh makan dari pukul 1 tengah hari hingga 9 malam, kemudian diteruskan kepada puasa selama 16 jam.
  • Eat-Stop-Eat: Kaedah ini mengharuskan anda untuk tidak mengambil makanan selama 24 jam untuk beberapa hari dalam seminggu. Contohnya, anda berhenti mengambil makanan dari waktu makan malam ini hingga ke waktu makan malam berikutnya. Menghentikan makan selamat 24 jam ini mungkin kedengaran agak sukar, namun anda boleh memulakan kaedah ini dengan cara berperingkat bukannya dengan 24 jam sekali gus.
  • Diet 5:2: Ia dilakukan dengan cara mengurangkan jumlah pengambilan makanan hingga 25% daripada jumlah normal, kira-kira 500-600 kalori per hari atau bersamaan dengan satu hidangan. Kaedah ini dilakukan dalam dua hari seminggu namun tidak berurutan. Dan, anda masih boleh mengambil makan secara normal pada 5 hari dalam seminggu.

Tip membiasakan diri dengan intermittent fasting

  • Banyakkan minum air putih untuk mencegah dehidrasi sehinggan tubuh mudah melalui tempoh puasa.
  • Lakukan waktu berhenti makan pada malam hari kerana waktu tidur akan memudahkan anda melalui waktu tanpa makan.
  • Jangan fikirkan bahawa tempoh berpusa adalah waktu untuk berasa lapar atau kurang makan, melainkan waktu untuk mengistirehatkan tubuh seketika daripada aktiviti makan.
  • Mulakan waktu berhenti pengambilan makanan ketika anda sibuk dengan rutin harian kerana lebih mudah untuk mengalihkan perhatian.
  • Sertakan intermittent fasting dengan rutin aktiviti fizikal, cukup dengan aktiviti ringan atau bergerak aktif namun teratur untuk dilaksana dalam tempoh dua atau tiga kali seminggu.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Puasa 16 Jam, Rahsia Lisa Turunkan Berat Badan, Bukan Sahaja Slim, Baik Juga Untuk Kesihatan https://majalahpama.my/puasa-16-jam-rahsia-lisa-turunkan-berat-badan-bukan-sahaja-slim-baik-juga-untuk-kesihatan/ Accessed on Nov 21, 2018.

Panduan Menjalani Diet Puasa (Intermittent Fasting) https://hellosehat.com/hidup-sehat/nutrisi/panduan-menjalani-diet-puasa-intermittent-fasting/ Accessed on Nov 21, 2018.

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Tip Turunkan Berat Badan Dengan Diet Air Kosong! Rahsianya, Perlu Guna Air Bertapis

5 Manfaat Yang Anda Dapat Apabila Makan Secara Sihat Setiap Hari, No. 3 Ramai Tak Sedar!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan