home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

7 Perubahan Yang Akan Berlaku Pada Tubuh Selepas Pembedahan Kuruskan Badan!

7 Perubahan Yang Akan Berlaku Pada Tubuh Selepas Pembedahan Kuruskan Badan!

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan sebagai cara turunkan berat badan. Salah satunya ialah pembedahan untuk kurus atau sering disebut pembedahan bariatrik.

Ini kesan-kesan yang boleh anda jangkakan setelah sembuh daripada pembedahan bariatrik ini.

Apa itu pembedahan untuk kurus?

Pembedahan untuk kurus merangkumi beberapa operasi atau pembedahan yang membantu seseorang individu tersebut menurunkan berat badan.

Pembedahan ini akan melibatkan sedikit perubahan pada sistem pencernaan tubuh.

Cara turunkan berat badan ini turut dikenali ramai sebagai pembedahan bariatrik. Bariatrik membawa maksud sesuatu yang berkaitan dengan rawatan bagi berat badan seseorang.

Beberapa jenis pembedahan bariatrik akan menjadikan perut anda lebih kecil, dan ini akan mengehadkan jumlah makanan yang anda boleh makan dalam satu-satu masa.

Dengan itu, anda akan berasa kenyang lebih awal daripada biasa.

Pembedahan bariatrik yang lain pula mungkin mengubah bahagian usus kecil anda.

Perlu diketahui bahawa usus merupakan bahagian sistem pencernaan yang menyerap tenaga dan nutrien daripada makanan dan minuman.

Pembedahan ini akan mengurangkan jumlah kalori yang dapat diserap oleh badan.

Selain itu, pembedahan bariatrik juga boleh mempengaruhi hormon atau bakteria pada saluran gastrointestinal tubuh.

Pembedahan bariatrik dapat mengurangkan selera makan dan rasa lapar anda selain memperbaiki keadaan tubuh dalam memetabolisme lemak dan menggunakan insulin.

Ini yang akan berlaku setelah anda jalani cara turunkan berat badan melalui pembedahan

Sebelum anda memulakan pembedahan untuk kurus, anda perlu mengetahui apakah jangkaan yang akan berlaku selepas anda sembuh.

Ini kerana, perubahan yang akan berlaku kelak bukan hanya berkaitan dengan berat badan anda sahaja, tetapi ada juga beberapa perkara lain yang mungkin akan berubah.

Berikut ialah tujuh perubahan yang boleh anda jangkakan setelah anda sembuh daripada pembedahan untuk kurus.

#1. Penurunan berat badan

Cara turunkan berat badan melalui pembedahan ini sememangnya akan menyebabkan anda kehilangan banyak berat badan.

Anda boleh bertanya kepada doktor berapakah jumlah berat yang anda boleh jangkakan akan hilang.

Ini kerana, setiap jenis pembedahan untuk kurus akan memberikan kesan yang berbeza.

Pembedahan untuk kurus yang memberikan kesan kepada pencernaan lebih cenderung untuk memberikan efek yang lebih pantas dan besar.

#2. Penyerapan nutrisi

cara turunkan berat badan

Memandangkan anda sudah mula makan dengan jumlah yang sedikit, maka anda perlu fokus dalam memilih makanan yang paling berkhasiat.

Ini kerana, beberapa pembedahan bariatrik, termasuklah pembedahan pintasan gastrik mungkin menyukarkan tubuh badan anda untuk menyerap nutrien.

Anda boleh berbincang dengan doktor atau pakar diet anda untuk mendapatkan nasihat mengenai jenis makanan yang boleh dimakan selepas pembedahan bariatrik.

Bertanya juga kepada mereka sama ada anda perlu mengambil makanan tambahan atau tidak.

#3. Gaya pemakanan

Pembedahan untuk kurus akan mengubah cara anda makan dengan begitu besar.

Makanan yang sebelum ini mungkin kelihatan kecil, akan membuatkan anda kenyang dengan cepat selepas selesai pembedahan.

Anda perlu makan sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan dan mengunyah dengan baik.

Doktor biasanya akan mengesyorkan makan sejumlah makanan bersaiz kecil setiap hari, dengan penekanan khusus terhadap makanan yang tinggi kandungan protein.

Doktor juga biasanya menyarankan agar anda tidak minum ketika sedang makan.

Ini untuk mengelakkan daripada melancarkan penghadaman makanan daripada perut dengan terlalu cepat dan mengganggu rasa kenyang anda.

#4. Kehidupan yang lebih aktif

cara turunkan berat badan

Anda juga masih perlu bersenam atau kekal aktif untuk memastikan anda tidak mengalami peningkatan berat badan.

Selepas anda menjalani pembedahan untuk kurus, mulakan senaman secara perlahan-lahan.

Kemudian, anda boleh beralih kepada jenis senaman yang lebih berat selepas itu secara berfasa.

Anda boleh bertanya kepada doktor mengenai cara untuk bersenam atau kekal aktif yang mudah.

#5. Penampilan diri

Ramai yang pasti tidak sabar untuk melihat perubahan penampilan diri mereka setelah menjalani cara turunkan berat badan melalui pembedahan.

Namun, ada juga perkara lain yang perlu anda perhatikan.

Memandangkan tubuh anda sudah mula mengecil, kulit badan anda pula mungkin tidak akan sama mengecil bersama tubuh.

Oleh itu, anda berkemungkinan akan mempunyai kulit yang sedikit menggeleber setelah anda sedikit kurus.

#6. Perhubungan dengan orang lain

cara turunkan berat badan

Jangan terkejut jika perhubungan anda bersama dengan individu lain juga boleh berubah setelah pembedahan bariatrik.

Sebagai contoh, jika sebelum ini anda gemar bersosial di kedai makan atau kafe, anda mungkin perlu memikirkan cara atau lokasi bersosial baharu yang tidak terlalu fokus kepada makanan.

Ini untuk memastikan anda tetap menjaga pengambilan makanan anda setelah pembedahan bariatrik.

#7. Manfaat kesihatan

Cara turunkan berat badan melalui pembedahan ini sememangnya mempunyai manfaat terhadap kesihatan tubuh.

Manfaat ini pula berkemungkinan akan berlaku dalam masa yang singkat.

Antara manfaat yang boleh anda dapati ialah, tekanan darah akan semakin baik, diabetes juga akan semakin terkawal selain menurunkan paras kolesterol dalam tubuh.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.niddk.nih.gov/health-information/weight-management/bariatric-surgery/definition-facts

https://www.nhs.uk/conditions/weight-loss-surgery/

https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/bariatric-surgery/about/pac-20394258

Life After Bariatric Surgery

Bariatric Surgery: Postoperative Concerns

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 22/08/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor