Pernahkah anda mengalami sakit perut dan cirit birit pada waktu-waktu genting seperti ketika dalam mesyuarat, semasa memandu atau sedang tidur? Bagi anda yang sedang mencari ubat sakit perut cirit birit yang mudah, anda mesti baca artikel ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernahkah anda mengalami sakit perut dan cirit birit pada waktu-waktu genting seperti ketika dalam mesyuarat, semasa memandu atau sedang tidur? Bagi anda yang sedang mencari ubat sakit perut cirit birit yang mudah, anda mesti baca artikel ini.
Kami akan kongsikan beberapa kaedah dan juga makanan untuk cirit birit anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Kadangkala, masalah cirit birit yang dialami tidak semestinya berpunca daripada faktor pencemaran bakteria pada makanan semata-mata.
Ada masanya ia disebabkan oleh faktor gaya hidup dan pemakanan kita sendiri yang tidak teratur.
Oleh itu, cuba lakukan perubahan dengan mengikuti kaedah rawatan sakit perut cirit birit yang boleh dilakukan di rumah ini.
Setiap kali anda cirit birit, minum sekurang-kurangnya segelas air.
Antara jenis minuman yang boleh diambil adalah seperti air kosong, jus buah-buahan atau sebarang sup yang berperasa.
Walau bagaimanapun, bukan semua jus buah selamat diminum. Ada beberapa jenis jus buah yang mengandungi jenis gula tertentu yang boleh membuatkan cirit birit menjadi semakin serius.
Ini kerana, garam dalam minuman seperti ini membantu memperlahankan kehilangan cecair dalam tubuh dan gula pula membantu tubuh badan untuk menyerap kandungan garam.
Apabila anda makan makanan dengan kuantiti yang terlalu banyak, ia akan merangsang saluran gastrousus untuk lebih aktif.
Jika keadaan ini berlaku, ia akan memburukkan lagi keadaan cirit birit yang sedang anda alami. Oleh itu, anda boleh cuba untuk makan hidangan makanan yang lebih kecil selepas ini.
Ia membantu perut anda untuk lebih mudah memproses makanan.
Jika anda ingin mengambil sebarang minuman, elakkan daripada minum minuman dengan suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
Minumlah minuman dengan suhu bilik atau sedikit suam. Minuman yang terlalu panas atau sejuk hanya akan menambahkan rasa loya atau mual.
Jika anda ingin makan daging, ikan mahupun ayam, adalah lebih baik jika anda memasaknya dengan kaedah memanggang atau merebus.
Elakkan daripada menggoreng kerana makanan bergoreng hanya akan memburukkan keadaan cirit birit yang dialami.
Tahukah anda minuman yang mempunyai kandungan kafein atau alkohol hanya akan memburukkan lagi cirit birit anda.
Ini kerana kafein dan alkohol boleh merengsakan saluran pencernaan dalam tubuh anda.
Probiotik adalah sumber bagi bakteria baik yang memainkan peranan penting dalam saluran pencernaan tubuh manusia. Ia berfungsi mewujudkan usus yang sihat bagi tubuh.
Jika anda ingin mendapatkan makanan untuk cirit birit seperti probiotik ini, anda boleh cuba jenis makanan seperti berikut:
Kadangkala, cirit birit yang berlaku adalah disebabkan oleh kandungan bakteria yang tidak seimbang dalam usus anda.
Dengan memakan makanan untuk cirit birit yang kaya dengan bakteria baik, ia membantu menyeimbangkan semula bilangan bakteria baik tersebut.
Ubat sakit perut akibat cirit birit lain yang mudah untuk dilakukan di rumah adalah dengan mengambil makanan-makanan BRAT.
Makanan BRAT adalah jenis makanan yang rendah kandungan serat yang boleh membantu mengeraskan najis anda.
Makanan BRAT ialah pisang (bananas), nasi putih (rice), sos epal (applesauce) dan juga roti (toast).
Ubat sakit perut cirit birit ke-8 adalah makan apabila perut berasa lapar.
Jangan sesekali memaksa tubuh anda untuk makan ketika perut tidak lapar. Ini kerana ia hanya akan memburukkan simptom cirit birit anda.
Makan mengikut keperluan tubuh anda sahaja dan jangan makan secara berlebihan.
Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang boleh meningkatkan jumlah gas usus jika anda memakannya semasa cirit birit.
Jika gas usus meningkat, maka cirit birit yang dialami hanya akan bertambah buruk.
Antara makanan yang boleh menyebabkan kembung perut ialah buah prun, beri, kekacang, kacang pis, brokoli, jagung dan sayuran berdaun hijau.
Dengan mengubah beberapa gaya hidup terutamanya yang berkaitan dengan diet atau corak pemakanan, kami pasti ia boleh menjadi sebagai salah satu ubat sakit perut cirit birit anda.
Makanlah beberapa jenis makanan untuk cirit birit bagi membantu anda melegakan simptom yang dialami.
Selain itu, elakkan juga beberapa jenis makanan yang berpotensi memburukkan keadaan cirit birit anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen