backup og meta

Detoks Kaki Boleh Hilangkan Punca Toksin Dalam Badan, Benarkah?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/04/2022

    Detoks Kaki Boleh Hilangkan Punca Toksin Dalam Badan, Benarkah?

    Mungkin ramai daripada kita yang pernah menggunakan detox foot pad atau detoks kaki untuk mengeluarkan punca toksin dalam badan.

    Kita berfikir mungkin pad detoks kaki ini berkesan mengeluarkan racun toksin daripada tubuh melalui tapak kaki.

    Kami pasti ramai yang menggunakan produk ini kerana percaya bahawa ia boleh mengeluarkan toksin daripada tubuh.

    Namun, adakah produk seperti ini benar-benar berkesan untuk digunakan? Anda boleh mencari jawapan sebenarnya melalui artikel kami di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Apakah detox foot pad atau detoks kaki?

    Produk detoks kaki adalah sejenis produk tampalan yang dipakai pada tapak kaki dengan dakwaan untuk mengeluarkan toksin daripada tubuh.

    Selain toksin, ia juga didakwa berkesan untuk menyingkirkan produk sisa tubuh yang berbahaya dan juga logam berat ketika seseorang itu tidur.

    Produk ini biasanya dipakai sebelum waktu tidur agar boleh bertindak sepanjang malam sewaktu anda lena. 

    Adakah detoks kaki berkesan menyingkirkan punca toksin dalam badan?

    punca toksin dalam badan

    Sebenarnya, produk ini boleh dikategorikan sebagai satu produk scam. Sehingga kini, tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan keberkesanan detoks kaki ini seperti yang didakwa.

    Federal Trade Commision, Amerika Syarikat juga telah mengharamkan penjualan produk detoks kaki berjenama Kinoki di Amerika Syarikat.

    Ini kerana, produk tersebut mengiklankan keberkesanan produk yang tidak terbukti dan mengelirukan.

    Sebelum ini, produk Kinoki mendakwa bahawa produk tersebut mampu mengeluarkan bahan berbahaya daripada tubuh seperti punca toksin dalam badan, sisa metabolik, logam berat dan juga bahan kimia berbahaya.

    Selain itu, produk Kinoki turut mendakwa bahawa produk tersebut mampu melegakan simptom-simptom seperti:

    Tapi ada yang kata, ia berkesan sebab keluarkan sisa punca toksin dalam badan?

    Apabila anda menanggalkan pad detoks kaki ini pada keesokan harinya, anda akan nampak terdapat sedikit sisa berwarna yang berada pada tapak kaki dan juga pad tersebut.

    Namun, ini bukan tanda bahawa ia berkesan seperti yang kita fikirkan.

    Tahukah anda,jika anda meletakkan air bertapis atau air mineral pada pad tersebut, ia juga akan mengeluarkan sisa yang sama? Mengapa?

    Ini kerana tapak kaki anda juga ‘bernafas’ melalui permukaan kulit sewaktu anda tidur.

    Jadi, apabila sesuatu pad tersebut ditampal pada tapak kaki anda, maka ia akan mengeluarkan peluh dan seterusnya memasuki pad yang ditampal tersebut.

    Maka pad tersebut akan mengeluarkan sisa yang seperti kita lihat. Ia disebabkan oleh perpeluhan pada tapak kaki, bukannya pengeluaran toksin seperti yang didakwa. 

    Mengapa kita tidak boleh percaya kepada produk detoks kaki seperti ini?

    Pertama sekali, produk seperti ini tidak terbukti keberkesanannya seperti yang didakwa.

    Kedua, untuk pengetahuan pembaca, tubuh badan kita mempunyai sistem semula jadinya yang tersendiri untuk mengeluarkan toksin daripada tubuh.

    Sebagai contoh, fungsi buah pinggang dan juga hati adalah untuk menyingkirkan sisa buangan dan juga toksin daripada tubuh.

    Kelenjar perpeluhan juga membantu proses ini sewaktu tubuh badan kita berpeluh. 

    Adakah terdapat sebarang kesan sampingan jika terus memakai detoks kaki?

    punca toksin dalam badan

    Setakat ini, tiada kajian yang menyatakan sebarang kesan sampingan berbahaya akibat daripada penggunaan produk detoks kaki ini.

    Namun, ia mungkin boleh memberikan kesan sampingan hasil daripada kandungan produk tersebut. Kebanyakan produk detoks kaki mengandungi kandungan cuka daripada kayu atau buluh.

    Bahan aktif yang terdapat dalam cuka kayu ini disebut sebagai asid piroligneous.

    Apabila asid ini bertemu dengan kulit kaki anda, ia mungkin boleh menyebabkan sedikit kesan terbakar atau keradangan. Selain itu, wap daripada cuka ini turut berpotensi menyebabkan kesan loya atau pening. 

    Jangan buang duit dengan alasan hilangkan punca toksin dalam badan!

    Walaupun ia mungkin selamat untuk digunakan, namun mengapa anda masih laburkan duit membeli barangan yang tidak memberikan faedah kesihatan kepada anda?

    Anda membeli produk sebegini dengan harga berpuluh ringgit, tetapi sebenarnya tiada sebarang manfaat kepada tubuh.

    Oleh itu, anda boleh hentikan pembelian produk ini dan laburkan wang anda kepada produk kesihatan yang lebih bermanfaat seperti suplemen tertentu mengikut keperluan tubuh anda.

    Detox pad ini ternyata tidak berkesan hilangkan punca toksin dalam badan. Jadilah pengguna yang bijak!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan