Antara jenis teh yang kerap dikaitkan dengan kondisi cirit-birit adalah teh susu, teh tarik serta teh dengan pemanis artifisial.
Namun, tahukah anda minuman ini secara ironinya mungkin juga boleh dijadikan penawar kepada kondisi cirit-birit?
Benarkah ia juga adalah penawar cirit-birit?
Walaupun ia selalu dikaitkan sebagai punca kondisi cirit-birit, namun sebenarnya ia juga dipercayai boleh dijadikan penawar kepada keadaan kesihatan yang sama.
Ya, penyataan ini mungkin benar kerana terdapat banyak kajian yang kata minuman teh boleh diambil untuk melegakan cirit-birit.
Pun begitu, adalah penting untuk kalian tahu bahawa tidak semua jenis teh mempunyai kesan ini dan boleh diambil sesuka hati sahaja.
Ketika mengalami cirit-birit, elakkan mengambil:
- Teh susu
- Teh tarik
- Teh dengan pemanis artifisial
Semasa mengalami cirit-birit, banyakkan mengambil:
- Teh o
- Teh bunga
- Teh halia
- Teh limau
- Teh pudina
- Teh adas
- Teh kemangi
- Teh licorice
- Teh hijau
- Teh hitam

Minuman ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu namun untuk merawat kondisi cirit-birit yang kronik, sila berjumpa dengan doktor.
Apa lagi khasiat teh untuk tubuh badan?
Dalam pada itu, sebenarnya mungkin wujud banyak lagi khasiat teh terhadap kesihatan tubuh badan yang ramai belum tahu.
#1. Mengawal berat badan
Ada kajian yang mengatakan bahawa jenis teh tertentu mengandungi catechin, sejenis polyphenol yang mampu membantu individu mengawal berat badan.
Namun sila elak daripada mengambil produk teh herba yang dijual di pasaran tanpa perakuan perubatan kerana ia mungkin mengandungi ramuan berbahaya.
#2. Membuat jantung sihat
Kajian mengatakan bahawa individu yang kerap minum teh hijau atau teh hitam, cenderung untuk mempunyai jantung yang lebih sihat.
Ia dipercayai adalah kesan daripada khasiat teh yang mampu merendahkan kadar kolesterol serta tekanan darah tinggi dalam tubuh badan.
Khasiat teh #3. Bagus untuk pesakit diabetes dan kanser?
Meskipun minuman teh bukanlah mampu merawat sepenuhnya penyakit berbahaya seperti diabetes dan kanser, namun ia tetap bagus.
Menurut kajian, catechin yang terdapat dalam jenis teh sihat seperti teh hijau dan teh hitam mampu merendahkan kadar glukosa.
Selain itu juga, ia turut dipercayai mampu merendahkan risiko seseorang itu terkena kanser namun kajian lanjut masih perlu ada.

Konklusinya, minuman teh itu bagus atau tidak?
Sebenarnya terdapat beberapa khasiat teh yang kalian perlu tahu dan ia sangat bergantung kepada jenis teh yang diambil.
Berdasarkan artikel ini, maka dapatlah kita simpulkan bahawa jenis teh seperti teh hijau dan teh hitam adalah jenis teh yang terbaik.
Bukan sahaja ia mampu menjadi penawar kepada kondisi cirit-birit, malahan juga mungkin pelbagai lagi masalah kesihatan yang dihadapi.
Dalam erti kata yang lebih mudah, minuman ini akan jadi bagus jika jenis yang diambil adalah tepat dan sesuai buat anda!