home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

Ramai yang sudah tahu khasiat air lemon jika diamalkan setiap hari.

Walaupun tiada kajian khusus tentang kebaikan air lemon, tapi banyak bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan lemon dan juga air kosong mempunyai banyak faedah.

Sebagai contoh, buah lemon kaya dengan kandungan vitamin C. Pengambilan air kosong pula dapat membantu sistem pencernaan anda.

Amalan minum air lemon merupakan satu tabiat mudah yang sering menjadi buah mulut individu yang ingin menurunkan berat badan.

Tidak kurang juga, ramai yang berkata air lemon mampu buatkan kulit kita bertambah glowing!

Pasti anda tertanya-tanya sama ada semua ini fakta ataupun auta?

Jika anda mahu tahu dengan lebih lanjut, jom ikuti artikel kami di bawah!

1. Lemon kaya dengan vitamin C

Betul tu, buah lemon sememangnya kaya dengan vitamin C, tetapi bukan itu sahaja!

Buah ini juga mengandungi vitamin A, beta-karotena, folat, kalsium dan potassium yang baik untuk badan anda.

Vitamin C merupakan sejenis antioksidan yang boleh membantu tubuh badan untuk melawan penyakit.

Selain itu, vitamin C juga terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan juga membantu pemulihan sel-sel dalam tubuh badan.

2. Amalan minum air lemon baik untuk kulit

Badan kita memerlukan vitamin C untuk membuat kolagen, sejenis protein yang baik untuk kulit.

Kolagen dapat memperlahankan tanda-tanda penuaan seperti mengurangkan kedutan pada permukaan wajah.

Air pula penting untuk membuatkan badan kekal terhidrat. Jika kita minum air yang cukup, kulit akan jadi lebih lembap dan sihat. Pengambilan air yang kurang akan buatkan wajah menjadi kering dan lesu.

3. Bantu anda kekal terhidrat

Anda perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Sebagai permulaan, cuba amalkan minum air lemon suam ketika anda baru bangun tidur.

Amalan ini dapat membuatkan anda rasa lebih segar dan bersemangat pada waktu pagi. Perasaan positif ini juga dapat membantu membuatkan mood anda jadi lebih baik.

4. Bantu turunkan berat badan

air lemon

Seperti yang ramai orang tahu, air kosong mempunyai 0 kalori. Jika anda menambah perahan limau ke dalam minuman, anda hanya akan menambah sebanyak 6 kalori sahaja.

Sebab itulah air perahan lemon menjadi pilihan individu yang sedang berdiet!

Amalan minum air lemon ketika berdiet dapat mengurangkan rasa untuk mengambil minuman bergula. Ini merupakan salah satu cara untuk menambah perisa pada air tanpa perlu ambil lebih banyak kalori.

Selain itu, amalan ini juga membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. Oleh itu, anda akan kurang makan dan akhirnya anda akan mengalami penurunan berat badan.

5. Air lemon bantu sistem pencernaan anda

Air lemon mengandungi asid yang boleh membantu sistem pencernaan anda.

Sebagai contoh, orang yang sudah berusia akan mempunyai kandungan asid perut yang lebih lemah daripada biasa. Minum air lemon mungkin dapat membantu tubuh untuk memecahkan makanan dengan lebih sempurna.

Lemon juga mengandungi sejenis fiber yang dipanggil pektin. Pektin ialah sejenis prebiotik yang dapat membantu untuk kesihatan perut yang lebih baik.

Namun, jika anda ingin merasakan kebaikan pektin, anda dinasihatkan untuk minum air lemon bersama dengan pulpanya sekali.

6. Kurangkan risiko batu karang

Pasti ramai orang sudah sedia maklum bahawa pesakit batu karang perlu minum banyak air untuk elakkan pembentukan batu karang daripada berulang.

Oleh itu, amalan minum air yang mencukupi boleh membantu anda untuk melawan penyakit batu karang yang selalunya berpunca daripada dehidrasi.

Selain itu, asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon juga mampu mengurangkan risiko batu karang. Ia mampu menghalang pembentukan kebanyakan jenis batu karang yang selalunya terbentuk daripada kalsium oksalat.

Anda mungkin juga berminat:

Bonus: Cara minum air lemon dengan betul

Kebaikan air lemon

Jika anda ingin amalkan minum air lemon, jangan hanya ambil sehiris lemon dan letakkan di dalam air. Salah tu!

Pertama sekali, anda perlukan segelas air suam. Belah lemon kepada dua dan perah sebelah potongan lemon itu ke dalam air.

Anda boleh juga tambah sedikit madu ataupun daun pudina sebagai perasa tambahan.

Selain itu, anda juga boleh simpan kulit lemon dan gunakan parutannya sebagai bahan dalam masakan ataupun kek anda!

Jika anda hanya menggunakan sehiris lemon sahaja dalam air anda, khasiat air lemon yang sebenarnya tidak akan dapat dirasai dengan sebaiknya.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Mayo Clinic Health System. 2017. Are you struggling to drink enough water daily? January 16. Accessed June 12, 2020. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/are-you-struggling-to-drink-enough-water-daily.
  2. Cleaveland Clinic. 2020. 7 Reasons to Start Your Day With Lemon Water. January 17. Accessed June 12, 2020. https://health.clevelandclinic.org/7-reasons-to-start-your-day-with-lemon-water-infographic/.
  3. goGLOW. n.d. 15 Benefits Of Drinking Lemon Water In The Morning On An Empty Stomach. Accessed June 12, 2020. https://goglow.co/blog/15-benefits-of-drinking-lemon-water-in-the-morning-on-an-empty-stomach/.
  4. Lifehack. n.d. 11 Benefits of Drinking Lemon Water (And How to Drink It for Good Health). Accessed June 12, 2020. https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/11-benefits-lemon-water-you-didnt-know-about.html.
  5. Mayo Clinic. 2017. Vitamin C. October 18. Accessed June 12, 2020. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-vitamin-c/art-20363932.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak pada 23/10/2020
x