backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Berat Badan Turun Mendadak? Awas, Silap Gaya Boleh Sebabkan Komplikasi Kesihatan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/07/2022

    Berat Badan Turun Mendadak? Awas, Silap Gaya Boleh Sebabkan Komplikasi Kesihatan!

    “Pakai krim ini, berat badan turun mendadak sehingga 10 kilo dalam masa 10 hari!”

    “Makan ubat ajaib ini, sehari turun sekilo!”

    Berat badan turun mendadak pastinya tercapai dengan cepat dan mudah, terutama jika anda terpedaya dengan dakwaan melampau iklan seperti yang dinyatakan di atas.

    Fad diet dan suplemen kurus yang menjanjikan berat badan turun dalam masa yang singkat, telah menyebabkan pengguna membelanjakan sebanyak $33 bilion setiap tahun di Amerika!

    Fad diet adalah pelan diet yang menjanjikan penurunan berat badan yang cepat dan biasanya diamalkan oleh mereka yang terdesak untuk mengurangkan berat badan.

    Justeru, adakah produk-produk ini berkesan? Selamatkah? Dan apakah risiko berat badan turun mendadak?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Berat badan turun mendadak, apa maksudnya?

    Kebanyakan berat badan turun mendadak termasuk dalam beberapa kategori berikut:

    #1 Diet ‘kelaparan’

    Penghibur tersohor, Beyonce mempopularkan diet yang dikenali sebagai master cleanse; melibatkan air, jus lemon, sirap maple, dan lada cayenne.

    Variasi diet ini telah wujud sejak sekurang-kurangnya tahun 1950-an. Mereka juga sering menjanjikan ‘detoksifikasi’ melalui kolonik atau enema.

    #2 Pil diet dan suplemen

    Puluhan makanan tambahan menjanjikan penurunan berat badan yang cepat.

    Secara umumnya, dakwaan pil ini berfungsi sama ada untuk menyekat penyerapan nutrien, meningkatkan metabolisme, atau membakar lemak.

    #3 Diet berkalori rendah (VLCD)

    Salah satu kaedah penurunan berat badan yang cepat adalah diet rendah kalori (VLCD) yang diawasi secara perubatan.

    Sebilangan besar informasi yang diketahui mengenai penurunan berat badan yang cepat ini datang daripada kajian orang-orang yang telah menjalani diet ini.

    #4 Krim, peranti, dan mantera ajaib…

    Nampaknya, apa sahaja yang dipromosi atas ‘nama’ kurus pasti akan terjual bagaikan pisang goreng, tanpa mengambil kira sama ada produk tersebut selamat atau sebaliknya.

    Produk-produk begini juga menjanjikan hasil yang drastik tanpa perlu berdiet atau bersenam, membuatkan mereka yang terdesak mudah terpedaya dengan janji-janji manis jurujual.

    Berkesankah penurunan berat badan yang drastik?

    berat badan turun mendadak

    U.S. Food and Drug Administration (FDA) sememangnya membenarkan penjualan suplemen.

    Namun, suplemen tersebut diperlakukan seperti makanan dan bukannya ubatan.

    FDA juga tidak menyokong sebarang dakwaan yang dibuat oleh produk penurunan berat badan yang dijual bebas di pasaran.

    Tidak seperti pengeluar ubat, pembuat suplemen tidak perlu menunjuk bukti produk mereka selamat atau berkesan sebelum menjualnya di pasaran.

    Ini bermaksud, makanan tambahan tidak memerlukan persetujuan daripada FDA sebelum ia dipasarkan.

    Selain diet rendah kalori dan pembedahan penurunan berat badan, tidak ada produk, pil, atau diet lain yang terbukti dapat membuatkan anda susut dengan cepat.

    Ya, memang ada ubat preskripsi untuk menurunkan berat badan, namun ia bukan bertujuan untuk kurus secara drastik, bahkan mungkin ada kesan sampingan.

    Harus pembaca faham, dalam sebarang program penurunan berat badan yang cepat, pil atau jenis makanan bukanlah faktor pembakar lemak.

    Pengurangan pengambilan kalori yang digabungkan dengan senaman menjadi kunci kepada berat badan idaman!

    Apakah risiko-risikonya?

    Penurunan berat badan yang drastik menimbulkan ‘tuntutan fizikal’ pada badan. Kemungkinan risiko yang serius termasuk:

  • Batu karang hempedu, yang berlaku pada 12% hingga 25% orang yang susut banyak berat badan dalam beberapa bulan
  • Dehidrasi, masalah yang dapat dielakkan dengan minum banyak air
  • Kekurangan zat makanan, biasanya akibat tidak memperoleh protein yang cukup selama berminggu-minggu pada satu masa
  • Ketidakseimbangan elektrolit, yang jarang boleh mengancam nyawa
  • Kesan sampingan lain akibat berat badan turun mendadak termasuk:

    Berat badan turun mendadak, idea yang baik?

    berat badan turun mendadak

    Kebanyakan individu yang ingin menurunkan berat badan secara drastik mempunyai sebab tersendiri.

    Kerap kali, ia adalah untuk mencapai matlamat berjangka pendek, seperti ingin muat pakaian tertentu, atau kelihatan cantik di majlis tertentu.

    Menyeksa diri dengan membiarkan anda kebuluran sememangnya bukan idea yang baik.

    Tetapi jika anda yakin sudah cukup sihat, melakukan ‘sekatan’ kalori yang melampau buat seketika tidak akan menyakitkan anda.

    Sebelum memulakannya, disarankan untuk memaklumkan doktor anda terlebih dahulu dan pastikan untuk masukkan sumber protein ke dalam makanan sebanyak 70 hingga 100 gram sehari.

    Di samping itu, ambil multivitamin dan makan makanan kaya potassium seperti tomato, oren, dan pisang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan