backup og meta

7 Kesan Sakit Darah Tinggi Pada Lelaki & Wanita, #6 Paling Merisaukan Hati Kaum Adam

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2022

    7 Kesan Sakit Darah Tinggi Pada Lelaki & Wanita, #6 Paling Merisaukan Hati Kaum Adam

    Jangan terkejut, masalah jantung memang merupakan antara kesan penyakit darah tinggi yang boleh terjadi! Jom ketahui komplikasi penyakit hipertensi lain yang boleh berlaku pada tubuh anda.

    Lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, di sini.

    Komplikasi penyakit hipertensi pada tubuh

    Tekanan darah tinggi atau hipertensi secara perlahan-lahan boleh merosakkan tubuh anda untuk tempoh bertahun-tahun sebelum timbulnya gejala.

    Kesan penyakit darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan kecacatan, menjejaskan kualiti hidup bahkan boleh menjadi punca kepada serangan jantung atau angin ahmar.

    Berikut antara gambaran komplikasi penyakit hipertensi yang tidak terkawal:

    #1 Kerosakan arteri

    Arteri yang sihat adalah fleksibel, kuat dan elastik.

    Lapisan dalamannya lancar membolehkan darah mengalir bebas, membekalkan organ dan tisu penting dengan nutrien dan oksigen.

    komplikasi penyakit hipertensi

    Hipertensi dialami secara beransur-ansur meningkatkan tekanan darah yang mengalir.

    Kesan penyakit darah tinggi mungkin menyebabkan anda mempunyai:

    #Arteri rosak & menyempit

    Tekanan darah tinggi boleh merosakkan lapisan dalaman arteri.

    Apabila lemak daripada makanan memasuki saluran darah, ia boleh berkumpul pada bahagian arteri yang terjejas. 

    Ia menyebabkan arteri kurang anjal dan mengehadkan aliran darah ke seluruh tubuh. 

    #Aneurisme

    Untuk tempoh panjang, tekanan darah berterusan yang lemah melalui arteri boleh menyebabkan dindingnya membesar dan membentuk bonjolan – aneurisme.

    Ia berisiko untuk pecah dan menyebabkan pendarahan dalaman yang mengancam nyawa. 

    Aneurisme boleh berlaku pada mana-mana bahagian arteri, tetapi paling biasa di arteri badan – aorta.

    #2 Kesan penyakit darah tinggi – Kerosakan hati

    Komplikasi penyakit hipertensi boleh mengakibatkan banyak masalah pada jantung, seperti:

    #Penyakit arteri koronari

    Arteri menyempit dan rosak akibat tekanan darah tinggi mengakibatkan masalah dalam membekalkan darah ke jantung anda.

    Kesannya anda boleh mengalami sakit dada (angina), irama jantung tidak teratur (aritmia) atau serangan jantung.

    #Hati kiri membesar

    Hipertensi memaksa jantung bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Akibatnya bahagian jantung – ventrikel kiri – menebal.

    Keadaan itu meningkatkan risiko serangan jantung, kegagalan jantung dan kematian jantung mendadak

    #Kegagalan jantung

    Ketegangan pada jantung disebabkan hipertensi untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan otot jantung lemah dan tidak efisien.

    Kesannya, anda boleh berdepan risiko kegagalan jantung.

    Baca juga:

    #3 Komplikasi penyakit hipertensi – Kerosakan otak

    Kesan penyakit darah tinggi pada otak boleh menyebabkan:

    #Serangan iskemia sementara (TIA)

    Dikenali sebagai strok ringan, TIA adalah gangguan bekalan darah ke otak sementara dan singkat.

    Arteri mengeras atau pembekuan darah kesan penyakit darah tinggi boleh mengembangkan TIA. 

    Ia juga dianggap sebagai amaran untuk risiko mengalami strok sepenuhnya.

    #Strok

    Berlaku apabila oksigen dan nutrien pada otak berkurangan, mengakibatkan sel otak mati.

    Saluran darah yang rosak disebabkan hipertensi boleh menjadi sempit, pecah atau bocor. 

    Terdapat juga risiko darah beku terbentuk pada arteri ke otak mengakibatkan aliran darah tersekat dan berpotensi menyebabkan strok.

    komplikasi penyakit hipertensi

    #Demensia

    Aliran darah ke otak yang terhad disebabkan arteri sempit atau tersumbat, boleh menyebabkan demensia vaskular.

    Mengalami strok juga meningkatkan risiko untuk mengalami demensia.

    #Kelemahan kognitif ringan (MCI)

    Merupakan sedikit penurunan ingatan atau keupayaan untuk berfikir dengan jelas

    Biasanya berlaku disebabkan penuaan dan demensia.

    Namun, kajian menunjukkan MCI juga boleh dialami sebagai komplikasi penyakit hipertensi.

    #4 Kerosakan buah pinggang

    Kesan penyakit darah tinggi boleh merosakkan saluran darah ke ginjal.

    Antara masalah yang berisiko terjadi adalah:

    #Parut buah pinggang (glomerulosclerosis)

    Terjadi apabila saluran darah kecil dalam ginjal menjadi berparut serta tidak dapat menapis cecair dan sisa daripada darah dengan berkesan.

    Glomerulosclerosis boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. 

    #Kegagalan buah pinggang

    Saluran darah yang rosak menghalang organ ini menyaring sisa buang daripada darah dengan efisien. Kesannya? Membolehkan sisa dan cecair berbahaya berkumpul.

    Keadaan ini mungkin memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang.

    Baca juga:

    #5 Komplikasi penyakit hipertensi – Kerosakan mata

    Antara kesan penyakit darah tinggi pada mata adalah:

    #Kerosakan retina (retinopati)

    Kerosakan pada tisu sensitif cahaya pada bahagian belakang mata (retina) boleh mengakibatkan pendarahan mata, penglihatan kabur dan buta.

    Risikonya meningkat jika turut mengalami diabetes.

    #Pengumpulan cecair di bawah retina (choroidopathy)

    Mengakibatkan penglihatan terganggu atau parut yang menjejaskan pandangan mata.

    #Kerosakan saraf (neuropati optik)

    Aliran darah tersekat boleh merosakkan saraf optik, menyebabkan pendarahan di dalam mata atau buta.

    #6 Komplikasi penyakit hipertensi – Disfungsi seksual

    Disfungsi seksual adalah isu biasa bagi lelaki yang berusia 50 tahun ke atas.

    Tetapi lelaki dengan hipertensi lebih cenderung mengalami disfungsi ereksi. 

    Ini kerana aliran darah terhad kesan penyakit darah tinggi menyekat pengaliran darah ke zakar. 

    Wanita juga boleh mengalami disfungsi seksual kesan hipertensi.

    Ia berlaku akibat pengurangan aliran darah ke miss V, menyebabkan penurunan keinginan seksual, kekeringan faraj atau kesukaran mencapai klimaks.

    komplikasi penyakit hipertensi

    #7 Kecemasan tekanan darah tinggi

    Hipertensi biasanya merupakan keadaan kesihatan kronik yang secara perlahan-lahan boleh mengakibatkan pelbagai kerosakan pada tubuh.

    Pun begitu, ada kes tekanan darah boleh meningkat mendadak dan teruk sehingga mengakibatkan kecemasan perubatan.

    Dalam situasi ini, antara komplikasi penyakit hipertensi adalah:

    • Hilang ingatan, perubahan personaliti, sukar fokus, mudah marah atau hilang kewarasan
    • Strok
    • Kerosakan teruk pada arteri utama tubuh (aortic dissection)
    • Sakit dada
    • Serangan jantung
    • Pam jantung terganggu secara tiba-tiba, menyebabkan pengumpulan cecair pada paru-paru (edema paru). Kesannya berlaku kesesakan nafas
    • Kehilangan fungsi buah pinggang secara tiba-tiba
    • Komplikasi pada kehamilan (preeklampsia atau eklampsia)
    • Buta 

    Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan