backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Terkena Serangan Jantung? Jaga-Jaga, 4 Punca Ini Boleh Merosakkan Jantung Tanpa Sedar!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 12/09/2022

    Terkena Serangan Jantung? Jaga-Jaga, 4 Punca Ini Boleh Merosakkan Jantung Tanpa Sedar!

    Disebabkan penyakit jantung merupakan sesuatu yang lazim di Malaysia, pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah penyebab penyakit jantung dan penawar sakit jantung?

    Adakah penyakit ini boleh sembuh atau pesakit terpaksa hidup dengannya seumur hidup?

    Jika anda ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca kupasan kami di bawah.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini.

    Apakah penyebab penyakit jantung?

    Apakah penyebab penyakit jantung berlaku berpunca daripada satu proses yang dikenali sebagai aterosklerosis. Kondisi ini menyebabkan pembentukan plak pada dinding arteri.

    Dari semasa ke semasa, plak ini akan menjadi semakin tebal dan menyempitkan saluran darah. Jika ini berlaku, sukar untuk darah mengalir secara normal.

    Malah, ada juga risiko untuk darah beku terbentuk pada saluran darah. Darah beku yang terbentuk ini boleh menyebabkan pengaliran darah terhenti. Perkara ini sekali gus boleh menyebabkan pesakit mengalami sakit jantung ataupun strok.

    Sebenarnya, penyakit jantung boleh dielakkan. Malah, ramai yang terkena penyakit ini sebenarnya tidak menjalani gaya hidup yang sihat. Jika anda ingin tahu apakah penyebab penyakit jantung, mari ikuti penjelasan kami di bawah.

    1. Merokok

    apakah penyebab penyakit jantung

    Apakah penyebab penyakit jantung? Amalan merokok merupakan punca nombor 1 yang menyebabkan penyakit jantung.

    Nikotin dan karbon monoksida daripada asap rokok membuatkan jantung bekerja dengan lebih pantas. Malah, dua bahan kimia ini turut meningkatkan risiko darah beku.

    Merokok bukan sahaja boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, malah amalan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada dinding arteri.

    Oleh sebab itu, berhentilah merokok untuk jantung yang lebih sihat. Bukan itu sahaja, mereka yang berhenti merokok juga boleh mengelakkan pelbagai lagi penyakit lain seperti kanser paru-paru dan sebagainya.

    2. Tekanan darah tinggi

    Kolesterol merupakan sejenis lemak yang dihasilkan oleh limpa. Ia berasal daripada makanan yang mempunyai lemak tepu.

    Walaupun badan memerlukan kolesterol, jumlah yang terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit jantung. Oleh sebab itu, elakkanlah mengambil makanan segera dan berlemak. 

    3. Mempunyai penyakit diabetes

    Pesakit diabetes mempunyai risiko dua kali ganda untuk menghidap penyakit jantung.

    Untuk pengetahuan anda, penyakit diabetes boleh membuatkan lapisan saluran darah jadi semakin tebal.

    Lama-kelamaan, saluran darah ini akan menghalang pengaliran darah dan menyebabkan pesakit mengalami penyakit jantung.

    4. Darah beku punca penyakit jantung

    apakah penyebab penyakit jantung

    Jika darah beku terbentuk pada bahagian arteri, darah tidak dapat sampai ke jantung disebabkan saluran darah yang terhalang.

    Selalunya, perkara ini akan menjadi punca yang menyebabkan individu tersebut terkena penyakit jantung pada masa akan datang.

    Penawar sakit jantung

    Dari segi rawatan, sakit jantung boleh diubati jika pesakit sanggup melakukan perubahan dari segi gaya hidup dan terus mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor.

    Ada juga pesakit yang mungkin memerlukan pembedahan sebagai penawar sakit jantung yang dialami.

    Dengan rawatan yang bersesuaian, simptom yang pesakit alami boleh dikurangkan. Malah, tidak mustahil fungsi jantung juga boleh diperbaiki selepas rawatan.

    Selalunya, rawatan sakit jantung terbahagi kepada 3 iaitu:

    1. Perubahan dari segi gaya hidup

    Gaya hidup yang sihat dapat membantu pesakit menjalani hidup yang sihat selepas menghidap sakit jantung. Malah, perubahan ini juga boleh menghalang penyakit jantung daripada menjadi semakin teruk.

    Perkara pertama yang harus diubah ialah diet anda. Amalkan diet rendah garam dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan banyak untuk menurunkan risiko komplikasi sakit jantung.

    2. Pengambilan ubat-ubatan

    apakah penyebab penyakit jantung

    Pesakit juga mungkin terpaksa mengambil ubat-ubatan untuk merawat sakit jantung. Ubat-ubatan ini boleh menjadi penawar atau mengawal sakit jantung yang pesakit alami.

    Walau bagaimanapun, jenis ubat yang diberikan mungkin berbeza mengikut jenis penyakit jantung yang dialami.

    3. Pembedahan

    Kadangkala, pesakit mungkin perlukan pembedahan untuk menghalang penyakit jantung daripada menjadi semakin teruk.

    Sebagai contoh, jika saluran arteri telah tersumbat, doktor mungkin akan memasukkan sejenis alat yang dikenali sebagai stent ke dalam arteri untuk membuatkan pengaliran darah menjadi normal.

    Apakah penyebab penyakit jantung boleh dielakkan?

    Jika anda rasa ada mengalami simptom penyakit jantung, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Ada pelbagai punca yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit jantung. Amalan tidak sihat seperti merokok, berat badan berlebihan dan makan makanan yang tidak sihat semuanya boleh menyumbang kepada penyakit jantung.

    Oleh sebab itu, jagalah kesihatan anda mulai sekarang jika anda tidak mahu mengalami sakit jantung pada masa akan datang.

    #UseHeartForEveryHeart #WorldHeartDay #HelloDoktor

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 12/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan