backup og meta

Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2023

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Berdepan masalah ereksi tidak tegang seperti yang sepatutnya? Ia mungkin berkaitan masalah mati pucuk. Daripada berurusan dengan sendiri dan pasangan anda, lebih baik jika anda boleh dapatkan bantuan daripada pakar perubatan. Dengan diagnosis dan bantuan yang tepat, anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan.

    Tentang disfungsi ereksi

    Mati pucuk (ED) adalah ketidakupayaan untuk mengekalkan ereksi bagi kepuasan dalam hubungan seksual [1]. Bagi kebanyakan lelaki berumur lebih daripada 40 tahun, masalah disfungsi ereksi adalah gangguan biasa yang mempengaruhi mereka.

    Untuk berasa terangsang adalah proses kompleks yang memerlukan penglibatan daripada otak, hormon, emosi, saraf, otot dan saluran darah. Sekiranya, salah satu fungsi di atas tidak dapat memainkan peranannya, maka mati pucuk boleh berlaku. Selain itu, tekanan psikologi, masalah fizikal, keadaan melibatkan kesihatan mental seperti kemurungan – turut menjadi faktor penyumbang kepada masalah kesihatan seksual lelaki ini [1].

    Antaranya termasuklah:

    • Penyakit jantung
    • Saluran darah tersumbat
    • Kolesterol tinggi
    • Tekanan darah tinggi
    • Kencing manis
    • Obesiti
    • Penyakit Parkinson
    • Sklerosis Berbilang
    • Preskripsi ubatan tertentu
    • Penggunaan tembakau
    • Tisu parut di dalam zakar
    • Penyalahgunaan dadah
    • Pembesaran prostat
    • Pembedahan di kawasan pelvis
    • Testosteron rendah

    Atasi masalah ereksi tidak tegang 

    Secara asasnya, simptom mati pucuk adalah berkaitan dengan kesukaran untuk mendapat dan mengekalkan ereksi. Berdasarkan satu kajian, mengalami masalah ereksi yang berterusan bagi tempoh 3 bulan sudah mencukupi untuk didiagnosis [2].

    Apabila seorang lelaki meningkat usia, lebih sukar untuk dirinya mencapai ereksi. Malah, sekiranya ia terjadi, kemungkinan ereksi tidak tegang seperti sebelum ini. Kesukaran mengeras menyebabkan anda memerlukan bantuan untuk mendapatkan ereksi tersebut. Masalah mati pucuk selalu mempengaruhi harga diri dan keyakinan diri seorang lelaki. Anda mungkin rasa ego bagaikan tercabar apabila perlu berjumpa pakar perubatan. Walaupun begitu, anda perlu berunding dengan doktor terutamanya jika anda turut mengalami masalah seksual lain seperti ejakulasi pramatang. Di samping itu, didiagnosis dengan masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung, kencing manis dan gejala lain juga menjadi pendorong untuk anda berjumpa dengan doktor.

    Sebelum ini, untuk merawat masalah ereksi tidak tegang memerlukan alat ereksi vakum, implan zakar, suntikan intracavernosal iaitu suntikan ke pangkal zakar dan intraurethral suppositories – suntikan sendiri (self-injection) [3]. Kaedah invasif ini kedengaran menakutkan, kan?

    Sejak perencat phosphodiesterase-5 (PDE-5i) yang pertama dilancarkan pada tahun 1998, terapi oral telah ditubuhkan sebagai terapi lini pertama untuk merawat disfungsi ereksi, membawa kepada pengalihan dalam diagnosis dan rawatannya.

    Revolusi rawatan untuk disfungsi ereksi

    Kajian menunjukkan ubat oral seperti PDE-5i telah mengubah pendekatan merawat masalah disfungsi ereksi kerana ia mengurangkan prosedur yang lebih invasif [5]. Selain menawarkan lelaki kaedah yang lebih senang dan berkesan untuk mengatasi mati pucuk, kaedah ini juga mudah digunakan. Preskripsi ubatan ini adalah bergantung kepada keadaan atau kes yang dialami individu. Biasanya ia akan melibatkan faktor-faktor berbeza seperti kaedah pengambilan ubat, jangka masa tindakan ubat, kos, kesan sampingan serta langkah berjaga-jaga [5]. Walau bagaimanapun, penggunaan terapi oral PDE-5i ini masih memerlukan rangsangan seksual untuk mencapai ereksi tegang [6].

    Hasil memuaskan

    Pada masa kini, mengalami masalah mati pucuk bukanlah perkara yang perlu dimalukan. Menurut Program Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, 3 daripada 10 lelaki mengaku bahawa mereka mempunyai kesukaran untuk mengekalkan ereksi tegang – kalau ini perlu dikategorikan mengikut umur, setinggi 25.2% lelaki di dalam usia 30 – 59 tahun dan 64.1% lelaki berumur lebih daripada 60 tahun menderita dari masalah mati pucuk. Lebih cepat anda merawat disfungsi ereksi ini, bermakna semakin cerah peluang untuk mencapai ereksi kembali. Mendapatkan bantuan daripada pakar perubatan dan memahami terapi dan cara mengawal akan membantu anda menguruskan keadaan anda dengan lebih baik. Melakukan perubahan gaya hidup yang lebih baik juga dapat membantu mengatasi masalah seksual dan menjanjikan keseronokan di kamar tidur, cubalah!

    Jika anda mahu tahu dengan lebih lanjut tentang masalah Disfungsi Ereksi atau mahu ambil Kuiz Kekerasan Zakar, klik sini!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan