Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Demensia vaskular adalah istilah umum yang menggambarkan masalah dengan taakulan (perihal menaakulkan sesuatu hal berasaskan kepada sebab-sebab atau alasan yang ada), perancangan, penghakiman, memori dan proses pemikiran yang lain yang disebabkan oleh kerosakan otak akibat gangguan darah ke otak.
Seseorang boleh mengembangkan demensia vaskular selepas strok menyekat arteri di otak, tetapi strok tidak selalu menyebabkan demensia vaskular.
Simptom demensia vaskular berbeza-beza, bergantung kepada bahagian otak anda di mana aliran darah terjejas. Simptom sering kali bertindih dengan jenis demensia yang lain, terutamanya demensia penyakit Alzheimer.
Antara simptom demensia vaskular termasuk:
Masalah-masalah ini boleh menyebabkan aktiviti harian menjadi semakin sukar dan seseorang dengan keadaan akhirnya mungkin tidak dapat menjaga diri mereka sendiri.
Beberapa ujian dapat membantu menilai memori, penghakiman, komunikasi dan keupayaan kognitif umum seseorang. Bersama dengan ujian tersebut, MRI selalunya dapat mengenal pasti kawasan tertentu di dalam otak di mana strok atau serangan iskemia sementara menjejaskan otak pesakit.
Buat masa sekarang, tiada ubat untuk demensia vaskular dan tidak ada cara untuk membalikkan sebarang kehilangan sel-sel otak yang berlaku sebelum keadaan didiagnosis. Tetapi rawatan kadang-kadang dapat membantu memperlahankan demensia vaskular.
Rawatan bertujuan untuk mengatasi penyebab utama, yang boleh mengurangkan kelajuan di mana sel-sel otak hilang. Ini selalunya melibatkan:
Rawatan lain termasuk fisioterapi, terapi pekerjaan, aktiviti demensia (seperti memory cafes) dan terapi psikologi dapat membantu mengurangkan kesan sebarang masalah yang ada.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen