backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Cahaya Cerah Sangat Hingga Ganggu Penglihatan? Ini Tanda Anda Alami Silau Mata!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/06/2023

    Cahaya Cerah Sangat Hingga Ganggu Penglihatan? Ini Tanda Anda Alami Silau Mata!

    Kehadiran cahaya sememangnya penting untuk melihat dengan jelas, namun cahaya yang terlalu cerah pula membawa kemudaratan! Kondisi silau mata ini menimpa ramai orang. Kondisi ini turun dikenali sebagai rabun silau.

    Masalah silau mata sering terjadi bersama-sama halos (lingkaran terang yang mengelilingi sumber cahaya, seperti lampu).

    Silau pula berlaku apabila cahaya memasuki mata dan mengganggu penglihatan anda.

    Untuk pengetahuan pembaca, isu berkaitan silau bukanlah kondisi yang asing dan sudah pun terjadi kepada ramai orang. Ia juga boleh disertai dengan migrain atau rasa loya!

    Kesan rabun silau berupaya mewujudkan pengalaman yang tidak menyenangkan atau bahkan berbahaya, terutamanya saat memandu di malam hari.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

    Silau mata, apa puncanya?

    Halos sering kali muncul ketika anda berada di tempat yang redup atau gelap. Silau pula lebih cenderung berlaku pada waktu siang.

    Ini adalah tindak balas biasa terhadap cahaya terang, tetapi boleh juga menjadi indikasi kepada kondisi lebih serius yang memerlukan perhatian, seperti:

    #1 Masalah mata

    Retina adalah lapisan nipis terletak di bahagian belakang mata kita dan memainkan peranan penting dalam penglihatan.

    Sekiranya cahaya tidak dapat difokuskan, anda mungkin akan mula melihat lingkaran cahaya (halos) atau alami silau.

    Kondisi yang boleh memicunya termasuk:

    • Rabun jauh (tidak boleh melihat sesuatu yang berada pada jarak jauh, sering kali menjadi lebih teruk pada waktu malam)
    • Rabun dekat (menyebabkan objek yang rapat kelihatan kabur, sementara objek jauh dapat dilihat dengan jelas)
    • Astigmatisme (penglihatan kabur akibat ketidakseragaman lengkungan pada kanta dan kornea)

    #2 Katarak

    silau mata

    Katarak, penyakit kekaburan kanta atau selaput mata yang sering terjadi dalam kalangan warga tua.

    Kanta mata yang sihat dan bebas katarak kelihatan jernih dan jelas yang membolehkan cahaya menembusinya dengan mudah.

    Apabila mata menjadi keruh, penglihatan bakal terjejas dan akan menjadi buta sekiranya lewat atau tidak dirawat!

    Halos dan silau mata adalah antara gejala yang kerap berlaku dalam kalangan penderita katarak.

    Simptom-simptom katarak lain termasuk:

    #3 Pembedahan mata

    Radial keratotomy, sejenis pembedahan mata atau pembetulan penglihatan yang agak lama ini, boleh menjadi punca silau mata.

    Rawatan LASIK yang lebih moden pula jarang menyebabkan masalah ini, walaupun ada sesetengah kes yang membuatkan pesakit lebih sensitif terhadap cahaya dan alami halos.

    Kadangkala, tanpa disedari, faktor persekitaran kita sendiri yang menyebabkan silau mata.

    Sekiranya anda menghadap matahari yang terbenam ketika memandu, atau melihat permukaan yang cerah dan rata pada hari yang cerah, bintik-bintik silau mampu terbentuk.

    Tambah lagi, lampu laser yang ditujukan ke arah mata turut berupaya menimbulkan silau yang berbahaya.

    Flash kamera juga meninggalkan kesan silauan gambar sementara pada penglihatan, yang turut dikenali dengan nama flash blindness, sebelum ia memudar dengan sendirinya.

    #4 Mata kering

    silau mata

    Apabila permukaan mata menjadi terlalu kering, ia akan menjadi tidak sekata lantas cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan.

    Hal ini boleh menyebabkan kewujudan lingkaran cahaya di sekitar lampu, terutamanya pada waktu malam.

    Antara gejala mata kering termasuklah:

    • Rasa menyengat
    • Pedih mata
    • Sakit mata
    • Mata kemerahan

    Simptom juga akan bertambah buruk jika anda sering menghadap skrin gajet atau komputer di dalam persekitaran yang kering buat jangka masa lama.

    Apakah langkah pencegahan & rawatan yang boleh dilakukan?

    Jika masalah rabun silau yang dialami hanya bersifat ringan, beberapa langkah mudah di bawah dapat bantu mencegah serta mengurangkan risikonya. Antaranya:

    silau mata

    • Cermin mata hitam: Penggunaan kaca mata gelap/ hitam boleh membantu pada waktu siang. Kanta yang terpolarisasi dapat melindungi mata anda daripada jenis silau tertentu, seperti pantulan air
    • Menggelapkan cermin kenderaan (car window tint): Lapisan gelap ini berguna untuk menjauhkan cahaya matahari langsung daripada mata
    • Kanta lekap khas: Minta doktor mata untuk mempreskripsikan kanta lekap khas yang dapat bantu mengurangkan silau dan membaik pulih masalah mata
    • Lindungi mata anda daripada sinar UV: Pastikan untuk mengurang dan menjauhkan diri daripada sinar matahari dengan memakai topi, atau cermin mata hitam yang disertai perlindungan UV
    • Kawal tahap gula dalam darah: Sekiranya anda menghidap diabetes, pastikan untuk selalu mengawal kadar gula darah

    Beralih kepada rawatan untuk halos dan silau pula, ia merangkumi:

  • Membetulkan penglihatan untuk elak silau mata

  • Sekiranya anda mempunyai masalah rabun silau, jauh atau dekat, mata kalian tidak lagi memfokuskan cahaya pada retina seperti yang sepatutnya.

    Oleh itu, pemakaian kaca mata atau kanta lekap boleh membantu.

    Pastikan untuk memaklumkan doktor mata sekiranya silau atau lingkaran cahaya tersebut mengganggu anda.

    Ini akan membantu mereka mencari dan mengenal pasti jenis pembetulan yang tepat dan bersesuaian untuk mata kalian.

    • Merawat katarak

    Tidak melibatkan penggunaan cermin mata seperti di atas, pembedahan adalah antara cara yang paling kerap dilakukan dan berkesan dalam merawat masalah katarak.

    Semasa pembedahan, doktor mata akan mengeluarkan kanta yang keruh dan menggantikannya dengan kanta buatan.

    Kanta pengganti multifokal lebih cenderung memicu masalah halos dan silau berbanding lensa monofokal. Tetapi mereka juga mampu membantu anda melihat objek sama ada yang dekat atau jauh.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan