Bila Waktu Sesuai Makan Ubat Darah Tinggi, Pagi Atau Sebelum Tidur?

    Bila Waktu Sesuai Makan Ubat Darah Tinggi, Pagi Atau Sebelum Tidur?

    Biasanya waktu pengambilan ubat dilakukan pada pagi hari, selalunya selepas bersarapan. Tetapi bilakah waktu sesuai makan ubat darah tinggi yang sepatutnya?

    Waktu sesuai makan ubat darah tinggi – sebelum tidur?

    Selalunya kita akan makan ubat selepas hidangan makanan. Tetapi adakah semua ubat, seperti ubat tekanan darah tinggi, sesuai untuk dimakan selepas sesuatu hidangan makanan? Atau ada waktu sesuai makan ubat darah tinggi yang lain?

    Kajian The Hygia Chronotherapy Trial yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendapati risiko penyakit kardiovaskular dan kematian pada waktu tidur dalam dikurangkan jika makan ubat sebelum masuk tidur, berbanding pengambilannya pada waktu pagi.

    Ini bermakna individu dengan tekanan darah tinggi dan memakan semua ubat antihipertensi sebelum tidur dikatakan akan mempunyai tekanan darah yang lebih baik.

    Tindakan itu juga dapat mengurangkan risiko penyakit dan kematian yang disebabkan masalah jantung atau saluran darah.

    Penyelidikan yang mengkaji kesan waktu pengambilan ubat antihipertensi, sama ada pada waktu selepas bangun pagi atau sebelum tidur terhadap risiko masalah kardiovaskular ini melibatkan lebih 19,084 pesakit.

    Projek Hygia ini dilakukan di 40 pusat penjagaan utama antara Social Security Health Service di utara Sepanyol.

    Ia melibatkan kerjasama daripada 292 doktor yang telah mendapat latihan untuk melakukan pemantauan tekanan darah di ambulatori, untuk tempoh 48 jam.

    waktu sesuai makan ubat darah tinggi

    Waktu pengambilan ubat dapat kurangkan risiko

    Kajian yang dilakukan ini turut mengambil kira faktor-faktor yang berkemungkinan boleh menjejaskan hasil keputusan seperti jantina, penyakit diabetes jenis 2, penyakit buah pinggang, tahap kolesterol dan tabiat merokok.

    Menurut Pengarah Makmal Bioengineering dan Chronobiology di Universiti Vigo, Sepanyol, merangkap penyelidik dalam kajian Projek Hygia, Professor Ramón C. Hermida, “Pesakit yang mengambil ubat pada waktu tidur hanya berdepan separuh daripada risiko.”

    Ini bermakna mereka akan mengalami pengurangan 45 peratus untuk mengalami isu berkaitan masalah kesihatan.

    Kurang risiko masalah kesihatan

    Antaranya seperti serangan jantung atau kematian, myocardial infarction, strok, kegagalan jantung atau memerlukan prosedur untuk membuang saluran arteri tersumbat (coronary revascularisation).”

    Hasil analisis secara individu pula mendapati risiko kematian akibat masalah jantung atau saluran darah berkurangan sebanyak 66% serta pengurangan risiko myocardial infarction turut berlaku sebanyak 44%

    Selain itu, 44% pengurangan bagi untuk berdepan risiko masalah arteri tersumbat (coronary revascularisation), kegagalan jantung sebanyak 42%. Malah risiko untuk mengalami strok juga berkurangan kepada 49%.

    Waktu sesuai makan ubat darah tinggi yang sepatutnya

    Profesor Hermida memberitahu, “Tidak terdapat sebarang garis panduan mengenai kesesuaian waktu pengambilan ubat tekanan darah.”

    Walau bagaimanapun, waktu pengambilan ubat pada waktu pagi adalah cadangan paling biasa diberikan doktor. Ini kerana ia dianggap dapat membantu mengurangkan tahap tekanan darah.

    Namun hasil kajian yang diperolehi menunjukkan pesakit yang mengambil ubat tekanan darah pada waktu tidur secara rutin, berbanding mereka memilih memakan ubat pada waktu pagi, mempunyai tekanan darah yang lebih baik.

    Kini, Projek Hygia sedang melakukan kajian untuk menganalisis tahap tekanan darah terbaik ketika tidur bagi mengurangkan risiko kardiovaskular paling berkesan dalam THADEUS Trial (Treatment of Hypertension During Sleep).

    waktu sesuai makan ubat darah tinggi

    Dapatkan nasihat pakar

    Hasil kajian Projek Hygia ini memberikan keputusan yang positif.

    Walau bagaimanapun, sebaiknya jika anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau sebarang masalah berkaitan jantung, dapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor untuk mengetahui waktu sesuai makan ubat darah tinggi.

    Elakkan daripada membuat jadual waktu makan ubat darah tinggi sendiri tanpa mendapatkan rundingan dan nasihat daripada mereka yang bertauliah.

    Jangan pula bergantung kepada Dr. Google, okay?

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan

    Timing When to Take Your Daily Medications. https://www.aarp.org/health/drugs-supplements/info-12-2013/timing-of-daily-medications-key.html#quest1. Accessed on Oct 24, 2019.

    Taking Blood Pressure Medication at Night May Protect Your Heart. https://www.aarp.org/health/conditions-treatments/info-2019/blood-pressure-medication-bedtime.html. Accessed on Oct 24, 2019.

    Get the most out of home blood pressure monitoring. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20047889. Accessed on Oct 24, 2019.

    High blood pressure (hypertension). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/diagnosis-treatment/drc-20373417. Accessed on Oct 24, 2019.

    Treatment- High blood pressure (hypertension). https://www.nhs.uk/conditions/high-blood-pressure-hypertension/treatment/. Accessed Jan 11, 2022. 

    High Blood Pressure: Should I Take Medicine? https://myhealth.alberta.ca/Health/pages/conditions.aspx?hwid=zx1768. Accessed Jan 11, 2022. 

    When is taking medication for high blood pressure a good idea? https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279229/. Accessed Jan 11, 2022. 

    High blood pressure medicines. https://medlineplus.gov/ency/article/007484.htm. Accessed Jan 11, 2022. 

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 07/10/2022
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid