Gangguan neurokognitif merujuk kepada sebilangan gangguan yang boleh menjejaskan fungsi kognitif seseorang. Tahap penyakit adalah daripada kes kurang serius seperti kelemahan kognitif ringan (MCI), sehinggalah kepada keadaan yang menghilangkan upaya iaitu gangguan neurokognitif utama, yang juga dikenali sebagai demensia.
Masalah neurokognitif mempengaruhi fungsi seperti:
Memori
Perhatian
Bahasa
Pertimbangan (seperti kawalan gerak hati; membuat keputusan)
Belajar (mengekalkan maklumat baharu)
Rajah 1: Fungsi kognitif berbeza yang terjejas akibat kerosakan kognitif.
Fakta tentang masalah neurokognitif
Sesetengah penyakit dialami kerana gangguan seperti ketumbuhan, jangkitan atau sebab-sebab genetik. Yang lain pula mungkin disebabkan oleh kecederaan otak
Seseorang menghadapi risiko lebih tinggi mengalami masalah neurokognitif jika mereka berusia lebih 60 tahun, mengalami masalah penyalahgunaan bahan atau bermain sukan yang berkemungkinan mengalami trauma kepala seperti ragbi (menurut Sindrom Otak Organik, Healthline)
Tiada penawar bagi gangguan kognitif yang timbul daripada masalah perubatan kekal; bagaimanapun kesannya boleh diperlahankan menerusi rawatan rehabilitasi
Bagaimanakah masalah neurokognitif boleh dikenal pasti?
Terdapat pelbagai gejala kelemahan kognitif. Selain daripada faktor yang jelas seperti masalah daya ingatan dan perhatian, gejala kadangkala boleh muncul dalam bentuk tingkah laku berasaskan gerak hati, kemurungan, kegelisahan dan sikap tidak peduli.
Ini menimbulkan persoalan penting: jika masalah ini begitu berbeza cirinya dan sukar dikenal pasti, bagaimana seseorang boleh tahu jika mereka mengalami masalah kognitif?
Oleh kerana gejala gangguan neurokognitif kadangkala tidak begitu jelas, terdapat ujian yang boleh menentukan sama ada individu mengalami ciri neurokognitif yang tidak normal.
Diagnosis gangguan neurologi:
Pengimejan otak: imbasan CT kranium dan MRI
Elektroensefalogram (EEG): Mengukur aktiviti elektrik otak
Penilaian: Ujian Penilaian Kognitif Montreal (yang mana Presiden Donald Trump lulus ujian tersebut, mengejutkan para pengkritiknya)
Penilaian: Ujian melukis jam
Rajah 2 Pakar klinikal menggunakan ujian mudah untuk menentukan keperluan pesakit menjalani pemeriksaan kognitif: Dengan meminta mereka melukis jam yang menunjukkan waktu tertentu.
Apa yang boleh dilakukan untuk menangani gangguan neurologi?
Tahap kesedaran orang ramai terhadap rehabilitasi kognitif masih rendah. Begitu juga teknik yang boleh dan patut digunakan untuk menangani masalah tersebut. Rehabilitasi kognitif menjadi penentu dalam usaha merawat sebarang keabnormalan berhubung dengan fungsi otak.
Gangguan kognitif seperti masalah daya ingatan mungkin disebabkan oleh gangguan perubatan, ataupun boleh berlaku kerana kecederaan otak. Kunci kepada usaha menjamin kesejahteraan kognitif ialah:
Mengetahui gejala yang perlu dipantau
Mengetahui penilaian yang perlu dilaksanakan
Mendapatkan rawatan rehabilitasi seawal yang mungkin
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen