Bolehkah pengambilan suplemen membantu dalam mengatasi senggugut ketika berlakunya pendarahan haid? Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Bolehkah pengambilan suplemen membantu dalam mengatasi senggugut ketika berlakunya pendarahan haid? Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Kekejangan haid boleh menyebabkan rasa menyucuk dan kesakitan di bawah perut selama 1 hingga 2 hari. Keadaan itu juga boleh menyebabkan anda mengalami sakit belakang dan ada kalanya disertai rasa mual dan muntah.
Bagi sesetengah wanita, masalah senggugut yang dialami boleh menyukarkan diri menjalani kehidupan harian seperti biasa.
Berita baiknya, mengamalkan multivitamin tertentu dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat senggugut.
Sebelum anda mengetahui jenis suplemen yang dapat mengatasi rasa sakit senggugut ini, ayuh kita fahami keadaan senggugut yang boleh anda alami.
Merupakan kekejangan haid biasa dan bukannya disebabkan penyakit lain. Ia biasa bermula 1 atau 2 hari sebelum pendarahan haid bermula.
Kesakitan yang dirasai boleh berada pada tahap ringan hingga berat pada bahagian bawah perut, punggung atau paha, disertai dengan gejala lain seperti mual, muntah, keletihan dan juga cirit-birit.
Kesakitan senggugut ini biasanya akan semakin berkurangan apabila anda meningkat usia dan mungkin hilang sepenuhnya selepas melahirkan bayi.
target=”_blank”
href=”https://wp.hellodoktor.com/kesihatan-wanita/haid/hilangkan-senggugut/ “>
data-event-category=”Image Link” data-event-action=”Click” data-post-id=”https://wp.hellodoktor.com/kesihatan-wanita/haid/hilangkan-senggugut/ ” src=”https://cdn.hellodoktor.com/wp-content/uploads/2021/09/5900fec2-200923-infographic_punca-haid-terlalu-banyak-1024×1024.jpg” alt=”mengatasi senggugut” width=”640″ height=”640″ srcset=”https://cdn.hellodoktor.com/wp-content/uploads/2021/09/5900fec2-200923-infographic_punca-haid-terlalu-banyak-1024×1024.jpg 1024w, https://cdn.hellodoktor.com/wp-content/uploads/2021/09/5900fec2-200923-infographic_punca-haid-terlalu-banyak-300×300.jpg 300w, https://cdn.hellodoktor.com/wp-content/uploads/2021/09/5900fec2-200923-infographic_punca-haid-terlalu-banyak-150×150.jpg 150w, https://cdn.hellodoktor.com/wp-content/uploads/2021/09/5900fec2-200923-infographic_punca-haid-terlalu-banyak-768×768.jpg 768w, https://cdn.hellodoktor.com/wp-content/uploads/2021/09/5900fec2-200923-infographic_punca-haid-terlalu-banyak-650×650.jpg 650w, https://cdn.hellodoktor.com/wp-content/uploads/2021/09/5900fec2-200923-infographic_punca-haid-terlalu-banyak-60×60.jpg 60w” sizes=”(max-width: 640px) 100vw, 640px” />
Merupakan kesakitan haid yang disebabkan oleh gangguan atau jangkitan pada organ pembiakan wanita seperti fibroid, jangkitan, sista atau endometriosis.
Keadaan senggugut ini sering disertai dengan pendarahan berat, haid tidak teratur, kesukaran mengandung, masalah keputihan atau kesakitan semasa seks.
Sekiranya anda mengalami senggugut sekunder, rawatan perubatan mungkin diperlukan bagi mengurangkan dan mengatasi gejala yang dialami. Manakala pengambilan suplemen dan multivitamin dapat membantu mengatasi senggugut primer.
Antara kandungan yang harus ada dalam multivitamin pilihan anda adalah:
Mineral penting yang membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan, menghasilkan protein baharu, mengekalkan tulang sihat dan menjaga kesihatan otot dan saraf.
Magnesium juga berfungsi untuk pemulihan selepas bersenam, kekejangan otot serta kekejangan haid.
Pendarahan haid cenderung menyebabkan penurunan kadar zat besi badan. Tahap zat besi rendah boleh menyebabkan masalah seperti keletihan, pening dan sakit kepala yang memburukkan lagi gejala haid.
Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan pengambilan suplemen zat besi.
Pengambilan suplemen zink dipercayai dapat membantu meredakan kekejangan haid yang teruk bagi membolehkan wanita meneruskan rutin harian seperti biasa.
Suplemen vitamin B dapat membantu mengurangkan kesakitan period. Vitamin B1 – tiamin, dan vitamin B2 – niasin, terbukti dapat membantu meredakan kekejangan.
Vitamin B6 pula penting untuk pelbagai fungsi tubuh. Jadi, mengamalkan pengambilan vitamin ini dapat membantu meredakan simptom PMS, termasuklah melegakan kesakitan haid.
Sebaiknya sebelum memulakan pengambilan sebarang vitamin B, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui dos yang bersesuaian.
Baca juga:
Pengambilan asid lemak omega-3 sebagai makanan tambahan dapat menghilangkan rasa sakit haid. Ini kerana omega-3 dapat mengurangkan keradangan, sekali gus meredakan kekejangan haid.
Bagi kebanyakan wanita, tahap omega-3 dengan omega-6 adalah tidak seimbang. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan keradangan prostaglandin – yang bertanggungjawab untuk sensasi kekejangan pada senggugut primer.
Wanita yang mengalami kekurangan vitamin D dapat meredakan kekejangan haid dengan mengimbangkan semula kadar vitamin ini dalam tubuh.
Vitamin ini dapat membantu fungsi imun, melindungi hati dan sel-sel lain daripada kerosakan oksidatif kerana sifat antioksidannya.
Pengambilan suplemen ini juga dapat meningkatkan pengeluaran 2 enzim yang menekan metabolisme asid arakidonik – menyebabkan peningkatan saluran darah.
Peningkatan aliran darah sangat membantu lapisan rahim ketika otot berada dalam keadaan kekejangan, sekali gus mengatasi senggugut semasa haid.
Merupakan makanan tambahan yang dapat melegakan kesakitan haid melibatkan gejala fizikal seperti kekejangan, sakit kepala dan sakit pada payudara.
Chasteberry juga dapat melegakan perubahan mood dan gejala psikologi melibatkan kitaran haid.
Kalsium dipercayai dapat membantu mengurangkan beberapa gejala PMS seperti perut kembung dan keletihan, selain daripada mengatasi perubahan mood serta kegelisahan.
Namun, anda harus berwaspada kerana pengambilan makanan tambahan kalsium secara berlebihan boleh mengakibatkan sembelit.
Anda juga dinasihatkan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu jika mengambil ubat lain, termasuklah hormon tiroid atau antibiotik.
Mengalami PMS adalah tempoh yang menyakitkan dan amat tidak disukai oleh kebanyakan wanita. Walau bagaimanapun, beberapa makanan tambahan dapat membantu meredakan gejala fizikal dan emosi anda.
Tahap keberkesanan makanan tambahan ini hanya akan dilihat selepas ia diamalkan secara konsisten untuk tempoh 3 hingga 6 bulan.
Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum pengambilan sebarang makanan tambahan bagi mengatasi ketidakselesaan haid.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen