backup og meta

Psstt.. Ini Rupanya Sebab Wanita Mudah GHAIRAH Semasa Haid, Ada Kaitan Dengan Hormon?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/10/2022

    Psstt.. Ini Rupanya Sebab Wanita Mudah GHAIRAH Semasa Haid, Ada Kaitan Dengan Hormon?

    Setiap bulan, apabila haid menjelma, maka bermulalah episod senggugut, cirit birit, pening kepala, kekembungan dan sewaktu dengannya. Tapi ternyata, ada ‘tetamu’ lain yang mungkin ditunggu-tunggu seperti peningkatan libido, membuatkan wanita mudah terangsang semasa haid!

    Apa itu libido? Untuk makluman, libido membawa maksud rangsangan seks.

    Lonjakan dalam daya tarikan seks atau horny boleh berlaku semasa ovulasi, kira-kira separuh dari kitaran, atau 2 minggu selepas haid dek kerana peningkatan testosteron, menurut Dr. Mary Jane Minkin, Profesor Klinik Obstetrik dan Ginekologi di Yale University Medical School.

    Kenapa anda lebih mudah terangsang semasa haid?

    Walaupun dapatan sains masih tidak dapat mengesahkannya, namun menurut apa yang diketahui doktor, kitaran haid melibatkan kenaikan dan penurunan estrogen, progesteron, testosteron, dan DHEA.

    Kesemua hormon tersebut memainkan peranan penting dalam menentukan libido seks anda.

    Satu kajian 2013 yang diterbitkan dalam Hormones and Behavior, para saintis meneroka hubungan dalam sekumpulan wanita pelajar kolej.

    Mereka mengukur tahap hormon selama 2 kitaran haid penuh dan membandingkan hasilnya dalam jurnal harian, di mana para peserta mencatat aktiviti seksual dan perubahan libido mereka.

    Para penyelidik mendapati, perubahan tahap estrogen dan progesteron memberi kesan serius terhadap libido!

    Ia mungkin disebabkan estrogen, yang menurun pada awal haid dan kemudian mula naik dengan stabil pada hari ke-2 atau 3, meningkatkan libido dan keinginan terhadap seks, jelas Dr. Minkin.

    Bolehkah rasa ghairah menjejaskan haid?

    mudah terangsang

    Secara ringkasnya, tidak! Hormon anda sudah pun berubah-ubah dengan sendirinya.

    Justeru, rasa mudah terangsang tidak akan memberikan impak besar pada kitaran haid wanita, kata Dr Minkin.

    Namun beberapa wanita melaporkan, apabila melancap atau melakukan hubungan seks, mereka alami kelegaan pelvic congestion atau senggugut.

    Logik di sebaliknya, perasaan mudah terangsang anda ketika haid berupaya tingkatkan mood untuk bersama.

    Seks atau orgasma. kedua-duanya diketahui dapat menghilangkan stres dan tekanan.

    Dalam beberapa kes, sebilangan wanita mungkin hanya ingin mengalami orgasma untuk berehat dan bersantai, menurut Dr. Janet Brito, Psikologi Berlesen dan Terapis Seks Bertauliah di Honolulu.

    Dalam sesetengah kes lain, anda mungkin hanya inginkan sensasi keintiman bersama pasangan.

    Jadi, perkara yang penting adalah untuk sentiasa peka dengan keperluan badan, terutamanya dalam tempoh ini ya!

    Untuk menjayakannya, Dr. Brito mengesyorkan kaum Hawa untuk membuat jurnal tentang bagaimana haid anda mempengaruhi libido seks atau sebaliknya.

    Ini, menurut Dr. Brito, dapat bantu kalian dengan selesa membincangkan ‘keperluan dalaman’, meningkatkan kesedaran tubuh, dan secara tidak langsung merapatkan hubungan bersama encik suami.

    Katanya, pencegah kehamilan boleh mematikan libido?

    Anda mungkin pernah mendengar desas-desus mengatakan bahawa pencegah kehamilan berupaya mematikan libido seks, kan?

    Disebabkan pencegah kehamilan, hormon berfungsi dengan menghentikan rahim daripada berovulasi, mereka juga mengurangkan sedikit rangsangan testosteron. Masuk akal juga bukan?

    Pil perancang, secara khususnya, mampu mempengaruhi libido sepanjang kitaran haid anda, kerana ia turut meningkatkan sesuatu yang disebut, sex hormone binding globulin (SHBG).

    Sekiranya kalian mempunyai banyak testosteron di dalam tubuh, SHBG secara ringkasnya akan ‘memakan’ hormon tersebut.

    Hal ini menjadi alasan di sebalik logik mengatakan; pencegah kehamilan boleh mematikan libido wanita.

    Pun begitu, kajian ini sebenarnya agak ‘berbelah bahagi’… Mengapa?

    Dalam 1 kajian pada tahun 2013, majoriti pengguna kontraseptif melaporkan tiada perbezaan yang signifikan dalam libido, walaupun badan mereka menunjukkan penurunan testosteron bebas dan peningkatan SHBG.

    Manakala dalam kajian tahun 2016, wanita yang mengamalkan kontrasepsi hormon melaporkan rangsangan seks yang lebih tinggi untuk bersenggama dan mudah terangsang, berbanding golongan yang menggunakan jenis bukan hormon.

    Jadi, antara kemungkinan yang dapat kita lihat di sini ialah jenis pencegah kehamilan tertentu berpotensi mempengaruhi rangsangan seks, tetapi sains masih sedang mengesahkannya. Menarik!

    Keghairahan & hormon berkait rapat?

    mudah terangsang

    Jawapannya, tidak sama sekali! Rasa mudah terangsang semasa haid anda juga mungkin disebabkan oleh perbezaan individu.

    Sesetengah wanita mungkin lebih menggemari seks sewaktu datang bulan, bergantung pada keselesaan fizikal mereka.

    Bagi sesetengah wanita pula, ketika sedang merana kekejangan atau pendarahan berat, perkara terakhir yang mereka mahukan adalah seks!

    Manakala, perempuan lain sebaliknya, mungkin menginginkan aktiviti seksual untuk memberi kelegakan kesakitan.

    Selain itu, peningkatan rangsangan seks ketika haid juga boleh dikaitkan dengan subconscious relief seperti kekurangan risiko untuk hamil.

    Tambahan itu, wanita kurang cenderung untuk mengandung ketika menstruasi, yang akan memberikan mereka ‘kebebasan psikologi’ untuk bersama tanpa waswas.

    Akhir kata…

    Keghairahan atau perasaan mudah terangsang semasa haid adalah cukup normal untuk berlaku!

    Pun begitu, kondisi ini mungkin atau tidak bersangkut-paut dengan perubahan hormon anda, kerana ia bersifat unik dan berbeza-beza bagi setiap individu.

    Selagi ‘perasaan’ ini tidak menjejaskan rutin harian atau hubungan bersama pasangan anda, kalian tiada keperluan untuk berasa bimbang.

    Namun jika timbul sebarang simptom atau tanda-tanda abnormal, segera temui doktor/pakar sakit puan di klinik atau hospital yang berhampiran okey!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan