backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Apa Sebenarnya Punca Senggugut? Bagaimana Cara Ubatinya? Ikuti Penjelasan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/09/2021

    Apa Sebenarnya Punca Senggugut? Bagaimana Cara Ubatinya? Ikuti Penjelasan Ini!

    Apa sebenarnya penyebab haid sakit? Sebilangan besar penderita senggugut pasti akan menanyakan soalan ini pada suatu tahap dalam hidup mereka!

    Menstruasi, atau haid, adalah pendarahan faraj normal yang berlaku sebagai sebahagian daripada kitaran bulanan wanita.

    Kebanyakan wanita mengalami haid sakit, juga disebut senggugut atau dysmenorrhea.

    Kesakitan yang paling kerap terjadi merangkumi kekejangan, rasa sakit yang berdenyut-denyut di bahagian bawah perut.

    Anda juga mungkin mengalami simptom lain, seperti sakit belakang, mual, cirit-birit, dan sakit kepala. Pun begitu, haid sakit tidak sama dengan sindrom pramenstruasi (PMS).

    PMS menyebabkan banyak gejala yang berbeza, termasuk kenaikan berat badan, kekembungan, mudah marah, dan kelesuan. PMS juga selalunya berlaku 1 hingga 2 minggu sebelum haid bermula.

    Untuk  makluman, terdapat 2 jenis senggugut; primer dan sekunder.

    Dysmenorrhea primer berlaku pada mereka yang mengalami kesakitan sebelum dan semasa haid.

    Sekiranya anda pernah alami haid yang normal dan hanya bertukar jadi menyakitkan di kemudian hari, ini mungkin indikasi kepada dysmenorrhea sekunder.

    Keadaan itu ialah sejenis kondisi yang mempengaruhi rahim atau organ pelvis lain, seperti endometriosis atau fibroid rahim.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Haid sakit, apakah penyebabnya?

    Senggugut secara umumnya dikategorikan sebagai dysmenorrhea primer, yang disebabkan oleh peningkatan pengeluaran prostaglandin, hormon yang dihasilkan oleh rahim yang menyebabkannya berkontraksi.

    Sekiranya rahim berkontraksi terlalu kuat, ia boleh menekan saluran darah berdekatan dan memutuskan bekalan oksigen ke tisu otot.

    haid sakit

    Anda akan berasa sakit apabila sebahagian daripada otot kehilangan bekalan oksigen buat sementara waktu.

    Beberapa kajian turut menunjukkan, wanita dengan sakit haid yang teruk mempunyai kontraksi rahim yang lebih kuat berbanding sesetengah wanita semasa bersalin!

    Sebilangan orang mempunyai risiko lebih tinggi untuk alami senggugut. Risiko ini merangkumi:

    Hormon yang dikenali sebagai prostaglandin memicu pengecutan otot, yang menyingkirkan lapisan rahim.

    Pengecutan ini bertanggungjawab mencetuskan kesakitan dan keradangan! Tahap prostaglandin juga meningkat tepat sebelum haid bermula.

    Haid yang menyakitkan juga boleh diakibatkan oleh kondisi perubatan yang sedia ada, seperti:

    1. Sindrom pramenstruasi (PMS): PMS, kondisi biasa yang disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan, 1 hingga 2 minggu sebelum haid bermula. Gejalanya akan menghilang setelah pendarahan bermula.
    2. Endometriosis: Ini adalah masalah perubatan yang menyakitkan di mana sel-sel dari lapisan rahim tumbuh di luar rahim seperti, pada tiub fallopio, ovari, atau tisu yang melapisi pelvis.
    3. Fibroid rahim: Fibroid adalah sejenis ketumbuhan bukan kanser yang berupaya memberi tekanan pada rahim atau menyebabkan haid sakit dan pendarahan abnormal.
    4. Penyakit radang pelvis (PID): PID merupakan jangkitan pada rahim, tiub fallopio, atau ovari. Ia sering kali dipicu oleh bakteria melalui hubungan sekual, yang menyebabkan keradangan pada organ pembiakan dan kesakitan.
    5. Adenomiosis: Ini adalah 1 kondisi yang jarang berlaku, di mana lapisan dalaman rahim (endometrium) tumbuh ke dinding berotot rahim, lantas akibatkan keradangan, tekanan, dan kesakitan. Ia juga boleh menyebabkan haid yang lebih lama atau lebih berat.
    6. Stenosis serviks: Stenosis serviks adalah kondisi yang mewakili masalah serviks terlalu kecil atau sempit hingga melambatkan aliran haid, menyebabkan memicu tekanan di dalam rahim dan sakit haid.

    Kini, kalian sudah dapat mengenal pasti punca di sebalik senggugut. Sekarang. mari terokai pilihan-pilihan rawatan yang ada!

    Rawatan senggugut di rumah

    Rawatan di rumah boleh bantu melegakan haid yang menyakitkan. Antara tip yang boleh dicuba merangkumi:

    • Letak pek panas di kawasan pelvis atau belakang
    • Mengurut perut
    • Mandi air suam
    • Melakukan senaman fizikal secara berkala
    • Makan makanan berkhasiat
    • Mempraktikkan teknik relaksasi atau yoga
    • Mengambil ubat antiradang seperti ibuprofen
    • Mengambil vitamin dan makanan tambahan seperti:
    • Vitamin B-6
    • Vitamin B-1
    • Vitamin E
    • Asid lemak omega-3
    • Kalsium
    • Magnesium
  • Kurangkan pengambilan garam, alkohol, kafein, dan gula untuk elak kekembungan
  • Rawatan perubatan untuk sakit haid

    Sekiranya rawatan di rumah masih tidak mampu hilangkan kesakitan dialami, anda mungkin perlu beralih kepada rawatan perubatan.

    Rawatan akan bergantung pada keparahan dan penyebab kesakitan.

    Jika dipicu oleh PID atau jangkitan kelamin (STD), doktor akan memberikan antibiotik untuk membersihkan jangkitan.

    Doktor juga boleh mempreskripsikan ubat-ubatan seperti berikut:

    haid sakit

    1. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAID): Anda boleh perolehi ubat ini di kaunter atau mendapatkan preskripsi kekuatan NSAID daripada doktor.
    2. Ubat tahan sakit: Ini termasuk pilihan bebas seperti acetaminophen atau ubat penahan sakit yang lebih kuat.
    3. Antikemurungan: Ubat antidepresi kadang-kadang diberi untuk bantu mengurangkan beberapa perubahan mood yang berkaitan dengan PMS.

    Doktor juga mungkin mencadangkan agar anda mencuba hormon pencegah kehamilan.

    Alat pencegah kehamilan hormon boleh didapati dalam bentuk pil, tampalan, cincin faraj, suntikan, implan, atau IUD. Hormon mencegah ovulasi, yang dapat mengawal kekejangan haid!

    Pembedahan pula dapat merawat endometriosis atau fibroid rahim. Ini menjadi opsyen sekiranya rawatan lain tidak berjaya.

    Akhir kata, menstruasi adalah proses biologi yang normal untuk wanita. Jika ada antara kalian yang alami haid sakit, janganlah berdiam diri mengenainya.

    Seperti yang telah dikongsikan, terdapat pelbagai cara untuk ubati masalah haid yang menyakitkan.

    Jika rasa sakit menjadi semakin parah hingga tidak tertanggung, usah buang masa dan segera berjumpa doktor atau pakar sakit puan di hospital berdekatan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan