
- Pendarahan banyak berbanding sebelum bersalin
Apabila anda mula mengalami haid selepas melahirkan bayi, ia mungkin berbeza dengan haid yang pernah anda alami sebelum ini.
Haid yang berlaku mungkin akan menimbulkan pengalaman kurang menyenangkan. Ini kerana ia mungkin disertai dengan:
Keadaan tersebut mungkin berlaku kerana badan sedang menyesuaikan diri untuk proses menstruasi selepas berehat lebih daripada 9 bulan.
Jangan terkejut, kerana kebanyakan wanita menganggap kesakitan haid itu lebih menyenangkan berbanding ketika melalui proses kelahiran bayi. Itu sudah semestinya!
- Kitaran haid tidak teratur
Selepas bersalin, sama ada anda menyusu badan atau tidak, haid anda tetap akan terjejas untuk beberapa tahun pertama selepas melahirkan anak.
Dr Elizabeth memberitahu bahawa ibu yang mempunyai kitaran haid normal sebelum mengandung dan tidak menyusu badan, akan kembali datang bulan seperti biasa dalam tempoh beberapa bulan selepas bayi dilahirkan.
Manakala ibu yang menyusu badan, walaupun sudah period, mereka mungkin tidak akan mendapat tempoh kitaran selama 28 hari atau sebarang kitaran normal.
Namun tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang mendapat kitaran haid normal selepas melahirkan anak.
- Lewat? Ia adalah normal
Biasanya haid akan kembali semula selepas 8 minggu melahirkan anak, itu adalah tempoh paling awal haid bagi ibu yang tidak menyusu badan.
Walau bagaimanapun, jika anda menyusu bayi anda secara eksklusif, ia adalah normal untuk mengalami kedatangan haid lambat. Dalam erti kata lain, haid anda mungkin terhenti seketika.
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, tempoh untuk haid kembali adalah berbeza bagi wanita. Ia bergantung kepada kekerapan anda menyusukan bayi serta paras hormon dalam badan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan seseorang wanita hanya akan mengalami haid sekitar tempoh 4 hingga 10 bulan pertama selepas bersalin.
Tetapi tempoh tersebut boleh mencapai 15 hingga 18 bulan selepas kelahiran.
- Perubahan hormon punca lewat
Mesti anda perasan, kedatangan haid selepas melahirkan anak sangat berkait rapat dengan proses menyusu badan, bukan? Tetapi kenapa?
Ini kerana sewaktu menyusukan bayi, hormon prolaktin – hormon berfungsi untuk menghasilkan susu badan – boleh mengganggu penghasilan hormon reproduktif. Ia sekali gus membuatkan badan tidak berovulasi secara aktif seperti sebelum ini.
Tanpa proses ovulasi normal, wanita tidak akan kedatangan haid. Pakar-pakar turut berpandangan, semakin kerap anda menyusu badan, maka kitaran haid anda akan menjadi lebih lambat untuk kembali.

Teruskan proses penyusuan
Sekiranya anda mendapat anak dan masih belum mengalami haid, tiada apa yang perlu dirisaukan. Terus menyusukan si manja seperti biasa.
Tetapi sekiranya anda bimbang, anda boleh mendapatkan pemeriksaan dan rundingan daripada doktor untuk lebih memahami keadaan tubuh anda.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel: