backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Selalu Rasa Macam Nak Demam Setiap Kali Nak Haid, Adakah Ini Normal?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 26/09/2022

    Selalu Rasa Macam Nak Demam Setiap Kali Nak Haid, Adakah Ini Normal?

    Pernahkah anda mendengar istilah ‘period flu’? Apa itu? Ia sebenarnya membawa erti gejala seperti simptom demam apabila sudah hampir waktu datang bulan.

    Menjelang atau sepanjang haid berlangsung, sesetengah wanita boleh mengalami gejala seakan selesema, sejuk, menggigil ataupun demam. Tapi, bagaimana ia boleh terjadi?

    Apabila lapisan rahim digugurkan, tindak balas imun tercetus, lalu ia berupaya mencerminkan tindak balas badan seakan jatuh sakit, sama seperti selesema yang sebenar!

    Namun jangan bimbang, gejala demam haid ini tidak menular seperti selesema biasa, dan juga tidak berbahaya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.

    Simptom demam ketika menjelang haid

    Period flu bukan influenza, ia biasanya dikenali sebagai flu. Malah, ia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan simptom yang mereka alami sebelum haid.

    Gejala selesema period juga sama sahaja jika dibandingkan dengan selesema biasa.

    simptom demam

    Di samping itu, ia konsisten dengan gejala-gejala PMS yang lain, termasuklah:

    Tapi, apakah pemicu demam ini?

    Wanita biasanya melaporkan simptom demam haid semasa ovulasi, saat paras estrogen jatuh dan tahap progesteron meningkat.

    Pun begitu, para saintis masih belum dapat mengenal pasti pemicu gejala pramenstruasi yang spesifik. Walau bagaimanapun, ia mungkin disebabkan oleh:

    • Kepekaan terhadap bahan yang muncul saat progesteron terurai
    • Progesteron jejaskan utusan kimia di otak, yang dikenali sebagai neurotransmitter
    • Perubahan tahap neurotransmitter tertentu yang digelar serotonin

    Untuk pengetahuan pembaca, wanita muda lebih cenderung untuk mengalami episod simptom demam haid berbanding mereka yang lebih tua.

    Ia juga selalunya akan berakhir setelah wanita mengalami menopaus.

    Berapa lama ia berlangsung?

    Episod gejala ketika demam ini biasanya berlangsung tidak lebih daripada 2 minggu.

    Gejala demam juga sering kali bermula pasca ovulasi, dalam 2 minggu terakhir kitaran haid, rata-rata 28 hari.

    Usah terlalu khuatir kerana ia biasanya mereda apabila bermulanya haid dan hilang pada saat ia berakhir.

    Justeru, apakah langkah-langkah yang boleh dibuat untuk menguruskan simptom demam haid? Teruskan pembacaan ya!

    Remedi di rumah yang boleh anda cuba!

    Bagi sesetengah wanita, amalan rawatan kendiri sudah dapat melegakan simptom demam haid, dan tidur yang cukup adalah langkah pertama yang cukup mustahak!

    simptom demam

    Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), orang dewasa memerlukan sekitar 7 jam waktu tidur atau lebih setiap malam.

    Selain itu, mengambil ubat tahan sakit di kaunter (OTC), seperti ibuprofen atau aspirin juga boleh bantu meredakan kesakitan dan keradangan.

    Perubahan diet turut membantu anda mengurangkan ketidakselesaan akibat pramenstruasi. Ini turut merangkumi:

    1. Elak minum alkohol, kafein, dan tembakau.
    2. Mengurangkan pengambilan lemak, gula, dan garam.
    3. Beralih ke porsi makanan yang lebih kecil dan lebih kerap, untuk memastikan paras gula dalam darah kekal stabil.
    4. Makan makanan bijirin penuh, seperti roti gandum, beras perang, dan kekacang.
    5. Makan makanan yang kaya dengan kalsium, seperti yogurt dan sayur-sayuran berdaun hijau.
    6. Amal makanan yang mengandungi banyak polyunsaturated fatty acids, seperti ikan, kacang, dan flaxseeds.

    Menurut Office on Women’s Health (OWH), kajian saintifik mengenai keberkesanan ubat alternatif untuk PMS dan kondisi yang berkaitan telah menghasilkan keputusan yang bercampur baur.

    Walau bagaimanapun, OWH ada mencatatkan sejumlah wanita yang melaporkan peningkatan simptom dengan pengambilan suplemen herba, seperti:

    • Cohosh hitam
    • Minyak evening primrose
    • Chasteberry (tidak boleh digunakan oleh orang yang mengambil ubat hormon)

    Amalan-amalan lain yang turut dapat bantu mengurangkan demam haid termasuk:

    • Yoga
    • Berurut
    • Bermeditasi
    • Pernafasan dalam

    Bagaimana pula dengan rawatan perubatan?

    Walaupun ramai wanita mengalami demam ketika haid atau PMS pada suatu ketika sepanjang hayat mereka, namun ia telah menjejaskan sesetengah individu dengan lebih teruk berbanding yang lain!

    Pilihan rawatan untuk kes demam haid yang teruk merangkumi:

    • Ubat tahan sakit preskripsi untuk sakit otot dan sendi
    • Diuretik untuk pengekalan air (water retention)
    • Ubat hormon yang membaik pulih simptom dengan mempengaruhi paras hormon
    • Antidepresi untuk masalah psikologi yang mungkin dipicu oleh selesema

    simptom demam

    Bagaimana cara untuk elak demam haid?

    Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists, melakukan senaman seperti aerobik selama 30 minit dengan kerap akan dapat bantu mengurangkan gejala demam haid.

    Dalam banyak-banyak senaman, mengapa aerobik?

    Ini kerana ia merangkumi aktiviti yang meningkatkan kadar denyutan jantung dan menyebabkan pernafasan cepat.

    Berbasikal, berenang, berlari, dan berjalan dengan pantas kesemuanya termasuk dalam senaman jenis aerobik!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 26/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan