Lebih daripada separuh wanita mengalami haid yang menyakitkan (senggugut) selama 1 hingga 2 hari setiap bulan. Jadi, bagaimanakah cara mengatasi senggugut?
Masalah senggugut boleh jadi amat teruk sehingga doktor perlu memberikannya nama perubatan; dysmenorrhea.
Ternyata, kondisi ini sangat kerap dan banyak menimpa golongan wanita!
Majoriti wanita mengalami haid melaporkan beberapa kesakitan akibat kekejangan setiap bulan, menurut American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG).
Walaupun kekejangan ini biasanya bukanlah indikasi masalah kesihatan yang serius, kemungkinannya juga tidak boleh dipandang enteng.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.
Mengapa masalah senggugut begitu menyakitkan?
Dysmenorrhea dikatakan telah dipicu oleh sebatian dalam badan yang dikenali sebagai prostaglandin.
Sebelum haid anda bermula setiap bulan, tahap prostaglandin di lapisan rahim akan meningkat.
Untuk makluman, tahap prostaglandin wanita berapa pada kadar yang tertinggi pada hari pertama haid, lantas menjadi punca kesakitan haid yang lebih teruk berbanding hari-hari lain.
Meningkat hari, semakin lama haid anda berlangsung, semakin banyak lapisan rahim disingkirkan, tahap prostaglandin juga bakal menurun berserta rasa sakit, menurut ACOG.
Gejala-gejala kekejangan haid
Anda mungkin mempunyai masalah senggugut jika terasa:
- Rasa menyucuk di perut
- Berasa tekanan di perut
- Sakit di bahagian belakang, kawasan rahim dan paha dalam
Apabila kekejangan bertambah teruk, simptom-simptomnya mungkin merangkumi:
- Sakit perut
- Muntah
- Najis cair
Masalah senggugut, apa puncanya?
Antara beberapa kondisi yang kerap menjadi pemicu kepada masalah senggugut termasuklah:
#1 PMS
Juga dikenali sebagai sindrom pramenstruasi, PMS menjejaskan sekitar 90% wanita yang mengalami haid.
PMS akan bermula beberapa hari sebelum haid dan berterusan hingga hari pertama atau kedua haid anda.
Doktor juga berpendapat bahawa PMS disebabkan oleh tahap estrogen dan progesteron yang merosot sebelum permulaan setiap haid.
Untuk makluman, PMS mempunyai banyak gejala termasuk keletihan, mudah marah dan kekejangan haid.
#2 PMDD
Premenstrual dysphoric disorder adalah bentuk PMS yang lebih teruk dan telah menjejaskan kira-kira 5% wanita mengalami haid.
Malangnya, para pakar masih tidak dapat merungkai penyebab di sebalik PMDD.
Pun begitu, golongan wanita dengan tahap stres yang tinggi, kemurungan, atau mempunyai sejarah keluarga dengan masalah depresi akan lebih cenderung untuk mengalaminya!
Simptom-simptom PMDD mungkin serupa dengan PMS, tetapi lebih teruk, termasuk masalah kekejangan yang lebih menyakitkan!
#3 Fibroid
Fibroid rahim adalah pertumbuhan jinak yang boleh terbentuk di lapisan rahim wanita.
Mereka boleh menjadi sangat kecil sehingga mustahil dilihat dengan mata kasar, atau boleh menjadi cukup besar sehingga mengubah bentuk rahim anda.
Pertumbuhan ini juga lebih cenderung untuk terbentuk dalam lingkungan usia reproduktif dan sering menyusut atau hilang sepenuhnya usai menopaus.
Sesetengah faktor boleh meningkatkan risiko seseorang wanita terhadap fibroid seperti usia, keturunan Afrika Amerika, mempunyai sejarah keluarga fibroid dan berat badan berlebihan.
Oleh kerana fibroid sering tumbuh di lapisan rahim, ia boleh menyebabkan haid yang teruk dan senggugut.
#4 Endometriosis
Lapisan rahim, juga dikenali sebagai endometrium, tumbuh di dalam rahim wanita.
Pun begitu, jika anda mengalami endometriosis, endometrium anda bakal menumbuh di luar rahim, biasanya di bahagian lain organ pembiakan seperti ovari atau tiub fallopio.
Apabila badan anda cuba menyingkirkan tisu rahim semasa haid, endometrium yang tumbuh di luar rahim tidak mempunyai ‘jalan keluar’. Maka, memerangkapnya di dalam badan.
Kondisi ini boleh menyebabkan kekejangan yang menyakitkan, pendarahan berat, kerengsaan dan keradangan.
Dalam kebanyakan kes, endometriosis dapat diatasi dengan baik melalui prosedur dan rawatan perubatan.
Cara mengatasi senggugut
Untuk melegakan kekejangan haid yang ringan:
- Ambil ibuprofen sebaik sahaja pendarahan atau kekejangan bermula. Ibuprofen tergolong dalam kelas ubat yang dipanggil ubat non-steroidal anti-inflammatory (NSAID). Ia berfungsi mengurangkan pengeluaran prostaglandin. Sekiranya tidak dapat mengambil NSAID, anda boleh menggunakan ubat tahan sakit yang lain seperti acetaminophen.
- Letakkan pek/kompres atau botol air panas pada bahagian belakang atau perut anda.
- Cara mengatasi senggugut yang lain turut merangkumi keperluan untuk berehat.
- Elakkan makanan yang mengandungi kafein.
- Elakkan merokok dan minum alkohol.
- Urut bahagian bawah belakang dan perut.
Wanita yang kerap bersenam dikatakan mengalami masalah senggugut yang lebih sedikit.
Justeru, cara mengatasi senggugut lain yang boleh dicuba adalah dengan menjadikan senaman sebagai sebahagian daripada rutin mingguan!
Sekiranya langkah-langkah ini tidak menghilangkan rasa sakit, doktor boleh memberikan ubat-ubatan termasuk ibuprofen atau ubat anti-radang lain dalam dos lebih tinggi yang tersedia di kaunter.
Bukan itu sahaja, doktor juga mungkin mencadangkan kontraseptif oral kerana wanita yang mengambil pil perancang juga cenderung mengalami kesakitan haid.
Baca juga: