Jadi, apa yang boleh penderita menorrhagia lakukan? Kalau betul mahu tahu, teruskan pembacaan!
Perubahan gaya hidup
#1 Pakai seluar dalam haid semasa tidur
Seluar dalam haid, yang juga disebut period panties, menyerap darah seperti tuala wanita.
Tidur dalam keadaan memakai seluar dalam ‘istimewa’ ini mungkin lebih selesa berbanding tidur beralaskan tuala wanita, kan?
Anda juga mungkin tidak lagi perlu bangun dengan terlalu kerap untuk menukar pad pada waktu malam.
#2 Gunakan cawan haid @ menstrual cup
Cawan haid adalah sejenis silikon kecil berbentuk cawan yang dimasukkan ke dalam faraj dan mengumpulkan darah period di saluran faraj.
Walaupun penggunaan cawan ini tidak akan mengurangkan aliran, ia mungkin dapat bantu wanita kurang berulang-alik ke tandas.
Cawan haid juga biasanya dapat menampung lebih banyak darah berbanding tampon atau tuala wanita.
#3 Dapatkan rehat yang secukupnya!
Tubuh kita memerlukan tenaga untuk mengembalikan darah yang hilang semasa aliran haid yang berat.
Oleh itu, memastikan badan mendapat rehat yang secukupnya adalah sangat mustahak, dan ia dapat bantu mencegah keletihan.
#4 Letak pek panas
Pek panas dapat bantu mengurangkan simptom haid, seperti kesakitan dan kekejangan. Bagaimana ia dapat membantu?
Ini kerana kehangatan daripada pek panas berupaya merehatkan otot, lalu memberikan kelegaan kepada penderita.
Diet dan makanan tambahan
Tidak ada kajian yang menunjukkan perubahan diet sahaja dapat mengurangkan darah haid banyak atau simptom yang berkaitan.
Namun, dengan memastikan tubuh memperolehi nutrisi yang mencukupi dapat bantu menguruskan gejala, terutama ketika anda turut menggunakan ubat dan rawatan lain.
Tubuh tidak mampu menyerap zat besi dengan mudah, tetapi vitamin C dapat membantu!
Dengan mengambil suplemen vitamin C atau makan makanan yang kaya dengannya seperti buahan sitrus, bersama dengan suplemen zat besi dapat bantu mencegah kekurangan zat besi.
Wanita yang alami masalah darah haid banyak akan kehilangan banyak darah, yang turut merangkumi zat besi.
Badan kita pula menggunakan zat besi untuk menghasilkan sel darah baru.
Pengambilan suplemen zat besi bantu memastikan sel darah merah mencukupi di dalam badan, yang dapat mencegah anemia, kondisi yang melibatkan kekurangan sel darah merah.
Selain suplemen, anda juga boleh cuba untuk menambahkan lebih banyak makanan kaya zat besi, termasuk daging, kekacang, dan sayur-sayuran berdaun gelap ke dalam diet.
Beberapa kajian awal menunjukkan herba tertentu dapat bantu kawal menorrhagia.
Herba-herba berikut berkemungkinan dapat mengurangkan jangka masa haid dan kehilangan darah yang berat:
Tetapi, lebih banyak bukti perubatan diperlukan, dan para saintis juga meminta untuk melakukan kajian lebih lanjut untuk mengesahkan keberkesanannya.
Ubat-ubatan & prosedur
Ubat-ubatan

- Ibuprofen dapat mengurangkan rasa sakit akibat darah haid banyak, sensasi kekejangan dan juga memperlambatkan pendarahan.
- Pil pencegah kehamilan dapat menjadikan haid lebih teratur.
- Alat intrauterin (IUD) ditanamkan di rahim untuk bantu mengawal pendarahan dan mencegah kehamilan.
- Terapi hormon, termasuk estrogen atau progesteron, bantu mengurangkan pendarahan dan mengatur semula haid.
- Ubat antifibrinolitik, seperti asid tranexamic, juga dapat mengurangkan pendarahan dengan mengelakkan pembekuan darah.
Pembedahan
- Ablasi endometrium atau reseksi: Prosedur ini menghilangkan sebahagian besar atau seluruh lapisan rahim. Akibatnya, haid mungkin terhenti.
- Histerektomi: Melibatkan pembuangan rahim sepenuhnya. Ia turut menghentikan haid, membuatkan wanita tidak lagi boleh hamil.
- Histeroskopi operasi: Prosedur invasif minimum ini menyingkirkan polip dan pertumbuhan lain untuk bantu mengurangkan aliran darah berat.
- Dilation and curettage: Ini melibatkan pembuangan sebahagian lapisan rahim untuk mengehadkan pendarahan. Pesakit juga mungkin perlu menjalani prosedur lebih daripada sekali.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen