Hati-Hati Kekurangan Vitamin D Punca Mati Cepat, Ini Bahaya Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/01/2021 . 2 minit bacaan
Share now

Bukan penyakit je yang tingkatkan risiko kematian awal, tak cukup vitamin dalam badan pun boleh beri kesan. Ish, menakutkan, bukan? Tapi takkanlah sebab tak cukup vitamin D boleh bawa maut?

Kajian 20 tahun

Seramai  78,581 jumlah pesakit diabetes tanpa had umur terlibat dalam penyelidikan selama  20 tahun dari tahun 1991 sehingga 2011, yang dijalankan di General Hospital of Vienna di Austria.

Daripada kajian ini, saintis mendapati individu yang mempunyai tahap vitamin D – vitamin diperolehi daripada cahaya matahari – yang boleh menjadi antara punca risiko kematian awal. Malahan pesakit diabetes dengan kekurangan vitamin ini berdepan risiko kematian yang lebih tinggi.  

Penyelidik juga menyatakan risiko kematian akibat penyakit akan berganda apabila seseorang individu itu mempunyai masalah kekurangan vitamin ini. 

Kekurangan ini juga sering dikaitkan sebagai punca kematian bagi individu belia dan individu pertengahan usia selain daripada masalah penyakit seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan diabetes. 

Vitamin D bukan penyebab

makan vitamin D

Walau bagaimanapun, kajian yang dibentangkan pada mesyuarat tahunan di European Association for the Study of Diabetes di Barcelona itu mendapat tentangan kerana vitamin ini dikatakan tidak mempunyai kaitan sebagai punca kematian awal.

Menurut Pegawai Komunikasi Penyelidikan di Diabetes UK, Dr Faye Riley berkata, “Kekurangan vitamin akan memberikan implikasi yang tidak baik kepada tahap kesihatan anda. Ia tidak kira sama ada anda mempunyai penyakit diabetes ataupun tidak.”

“Kajian yang dilakukan tidak menunjukkan tahap vitamin ini memainkan peranan langsung sebagai punca kematian awal untuk individu dengan penyakit diabetes. Ini kerana apabila anda mengikuti diet pemakanan yang betul dan meluangkan masa di luar rumah ketika terbitnya matahari, maka vitamin D tidak diperlukan lagi.” ujar Dr Riley. 

Namun, berikutan perubahan musim seperti musim luruh dan musim sejuk, Public Health England mengesyorkan pengambilan supleman tambahan vitamin D dengan berat sekurang-kurangnya 10 mikrogram, setiap hari.

Kesimpulannya

vitamin untuk ibu mengandung

Apa yang boleh disimpulkan jika benar masalah vitamin D meningkatkan risiko kematian awal, kita sebagai individu yang tinggal di Malaysia harus bersyukur. Ini kerana kita sentiasa terdedah dengan sinaran matahari dan ia adalah salah satu punca utama vitamin D.

Tetapi dalam masa yang sama, pastikan anda tidak mendedahkan diri kepada sinaran matahari tanpa perlindungan dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Berpada-pada, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

Ada yang mengatakan jika makan vitamin D dapat membantu tubuh melawan jangkitan COVID-19. Namun adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
COVID-19, Penyakit Berjangkit 18/05/2020 . 3 minit bacaan

Jemur Kemaluan Boleh Naikkan Ghairah Intim Wanita, Fakta Atau Mitos?

Ada yang amalkan kaedah perineum sunning atau jemur kemaluan di bawah matahari untuk naikkan nafsu wanita dan lelaki. Benarkan ia tingkatkan ghairah seks?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Haid, Kesihatan Wanita 08/05/2020 . 3 minit bacaan

Nak Kulit Cantik, Ambil Suplemen Kulit- Berkesan Ke?

Setiap hari kita disogok dengan pelbagai jenis produk suplemen kulit. Tetapi adakah penggunaan produk seperti itu mendatangkan kesan baik kepada anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Ubat & Suplemen 24/02/2020 . 4 minit bacaan

Bukan Semua Vitamin Ibu Hamil Boleh Ambil, Ini 2 Jenis Yang Perlu DIELAKKAN!

Ketika hamil, keperluan ibu meningkat. Wanita perlu memberikan sepenuh perhatian kepada nutrisi terutamanya pengambilan vitamin untuk ibu mengandung.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Masalah Kehamilan, Tips Hamil 06/02/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

fungsi otot

Nak Elak Masalah Jisim Otot Hilang Masa Usia Tua Nanti? Ikut 6 Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
nutrien makanan kanak-kanak

Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan
sistem imun psoriasis

Nak Lawan Penyakit Kulit Psoriasis, Mudah Sahaja! Kuatkan Sistem Imun Badan Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
atrofi otot

Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan