backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

PMS, Selalu Dengarkan? Tapi Apa Maksud Sebenarnya? Ini Info Lengkap PMS Wanita!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/02/2023

    PMS, Selalu Dengarkan? Tapi Apa Maksud Sebenarnya? Ini Info Lengkap PMS Wanita!

    Apa itu PMS? Sindrom pramenstruasi (PMS) adalah keadaan yang menjejaskan emosi, kesihatan fizikal, dan tingkah laku wanita pada hari-hari tertentu kitaran menstruasi, sebelum haid.

    Usah risau, kerana PMS adalah 1 kondisi normal dan kerap menimpa kaum Hawa. Gejalanya turut menjejaskan lebih daripada 90% wanita haid.

    Simptom PMS pula bermula 5 hingga 11 hari sebelum didatangi haid dan biasanya akan menghilang sebaik sahaja haid bermula. Malangnya, punca PMS masih menjadi tanda tanya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

    Apa itu PMS: Simptom-simptom

    Setelah persoalan apa itu PMS dapat difahami, sekarang mari kita beralih kepada gejala-gejalanya yang boleh dikenal pasti!

    Senarai tanda dan gejala yang berpotensi untuk sindrom pramenstruasi adalah banyak, tetapi kebanyakan wanita hanya mengalami sesetengah daripada masalah berikut:

    Simptom emosi dan tingkah laku

    • Ketegangan atau keresahan
    • Mood tertekan
    • Terasa ingin menangis
    • Perubahan mood, mudah iritasi atau marah
    • Perubahan selera makan dan mengidam  makanan
    • Masalah untuk tidur (insomnia)
    • Pengasingan sosial
    • Kebolehan untuk fokus yang lemah
    • Perubahan dalam libido (rangsangan seks)

    Simptom fizikal

    apa itu pms

    • Sakit sendi atau otot
    • Sakit kepala
    • Keletihan
    • Kenaikan berat badan berkaitan dengan water retention
    • Kembung perut
    • Kesakitan payudara
    • Pertumbuhan jerawat
    • Sembelit atau cirit-birit
    • Tidak bertoleransi terhadap alkohol

    Kitaran haid seseorang wanita berlangsung rata-rata selama 28 hari. Ovulasi, tempoh masa telur (ovum) dilepaskan dari ovari, berlaku pada hari ke-14 kitaran.

    Menstruasi, atau pendarahan pula berlaku pada hari ke-28 kitaran. Simptom apa itu PMS boleh bermula sekitar hari ke-14 dan berterusan sehingga 7 hari selepas permulaan haid.

    PMS wanita, kenali punca-puncanya

    Disebab penyebab PMS wanita masih tidak diketahui, beberapa faktor dikatakan boleh menyumbang kepada keadaan:

    1. Perubahan siklik dalam hormon: Tanda dan simptom sindrom pramenstruasi berubah dengan turun naik hormon dan menghilang dengan kehamilan atau menopaus.
    2. Perubahan kimia pada otak: Perubahan serotonin, bahan kimia otak (neurotransmitter) yang dikata memainkan peranan penting bagi perubahan mood, berupaya mencetuskan gejala PMS. Jumlah serotonin yang tidak mencukupi juga mampu memicu kemurungan pramenstruasi, keletihan, craving dan kesukaran tidur.
    3. Kemurungan: Sesetengah wanita dengan PMS yang teruk mengalami depresi yang tidak didiagnosis.

    Apa itu PMS: Pilihan rawatan untuk PMS wanita

    Kadar kejayaan ubat-ubatan dalam menghilangkan simptom adalah berbeza mengikut individu. Antara ubat yang kerap diberikan untuk PMS merangkumi:

    1. Antidepresi: Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRI) yang merangkumi fluoxetine, paroxetine, sertraline dan lain-lain telah berjaya mengurangkan gejala mood. SSRI adalah rawatan first line untuk PMS atau PMDD yang teruk. Ubat ini biasanya perlu diambil setiap hari.
    2. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAID): Diambil sebelum atau pada permulaan haid, NSAID seperti ibuprofen atau naproxen sodium dapat meredakan kekejangan dan ketidakselesaan payudara.
    3. Diuretik: Apabila bersenam dan mengehadkan pengambilan garam masih tidak mencukupi untuk mengurangkan kenaikan berat badan, maka mengambil pil air (diuretik) membantu tubuh membuang lebihan cecair melalui buah pinggang.
    4. Kontraseptif hormon: Ubat-ubatan preskripsi ini bertindak menghentikan ovulasi, yang dapat menghilangkan simptom PMS.

    Perubahan gaya hidup & rawatan di rumah

    Malangnya, PMS tidak dapat disembuhkan, tetapi jangan risau kalian masih boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan gejala.

    Apa itu PMS: Perubahan diet

    • Ambil makanan dalam porsi yang lebih kecil dapat mengurangkan kekembungan
    • Hadkan makanan tinggi garam dan masin untuk elak masalah kembung dan water retention
    • Pilih makanan tinggi karbohidrat kompleks, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian

    Selitkan senaman ke dalam rutin harian

    Apa itu PMS

    Cuba unuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit brisk walking, berbasikal, berenang atau aktiviti fizikal lain beberapa kali dalam seminggu.

    Melakukan senaman harian yang berkala pastinya bermanfaat dan dapat meningkatkan kualiti kesihatan keseluruhan serta mengurangkan gejala tertentu, seperti keletihan dan kemurungan!

    Kurangkan stres

    • Dapatkan tidur yang mencukupi
    • Praktik progressive muscle relaxation atau senaman deep-breathing untuk bantu mengurangkan sakit kepala, kegelisahan atau masalah tidur (insomnia)

    Catat simptom selama beberapa bulan

    Buat rekod untuk mengenal pasti pencetus dan tempoh masa gejala yang anda alami.

    Ini akan membolehkan kalian menghasilkan strategi yang dapat membantu mengurangkan gejala dialami.

    Rawatan alternatif

    Antara rawatan alternatif yang digunakan untuk mengawal dan mengurangkan gejala sindrom pramenstruasi adalah:

    • Makanan tambahan/suplemen vitamin: Kalsium, magnesium, vitamin E dan vitamin B-6 kesemuanya dilaporkan dapat mengurangkan simptom, namum bukti agak tidak mencukupi
    • Remedi herba: Sesetengah wanita melaporkan ramuan herba tertentu berjaya melegakan gejala PMS, seperti ginkgo, halia, chasteberry, minyak evening primrose dan St. John’s wort. Tetapi, remedi herba tidak dikawal oleh Food and Drug Administration, maka tiada rekod keselamatan atau keberkesanan produk yang boleh dijadikan panduan
    • Akupunktur: Akupunktur dilakukan dengan memasukkan jarum keluli tahan karat yang telah disteril ke dalam kulit pada titik-titik badan yang tertentu. Sebilangan wanita juga dikatakan berjaya mengurangkan simptom PMS usai rawatan ini

    Konklusi

    Majoriti wanita mengalami sekurang-kurangnya 1 gejala PMS sebelum datang bulan.

    Turun naik hormon mungkin memainkan peranan yang penting dalam PMS, tetapi penyebabnya masih belum dapat dikenal pasti.

    Pengambilan ubat tahan sakit di kaunter, melakukan modifikasi diet yang bersesuaian dan menguruskan stres yang dihadapi berkemungkinan besar dapat bantu mengurangkan gejala PMS wanita.

    Pun begitu, sekiranya gejala dialami bertambah parah hingga mengganggu rutin hidup, pastikan untuk melakukan janji temu bersama doktor atau pakar sakit puan untuk didiagnosis dan mendapatkan rawatan bersesuaian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan