Tempoh haid normal wanita adalah 28 hari, tetapi ia mungkin berbeza bagi setiap individu. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lewat, bergantung pada beberapa faktor.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Tempoh haid normal wanita adalah 28 hari, tetapi ia mungkin berbeza bagi setiap individu. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lewat, bergantung pada beberapa faktor.
Period yang tidak teratur terjadi apabila tempoh kitaran melebihi 35 hari, atau jika jangka masanya berubah-ubah.
Kitaran haid tidak teratur, juga digelar oligomenorea, berlaku apabila terdapat perubahan dalam kaedah kontrasepsi, ketidakseimbangan hormon, menopaus, dan banyak lagi faktor lain.
Ikuti kupasan ini untuk fahami punca-punca di sebalik perubahan tempoh haid dengan lebih mendalam!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Kehamilan boleh menyebabkan tempoh haid terjejas atau bermasalah. Antara simptom awal kehamilan termasuk:
Sekiranya anda sedang hamil dan alami rasa sakit menyucuk di pelvis atau perut, lebih dari beberapa minit, segera temui doktor untuk menolak risiko kehamilan ektopik atau keguguran.
Pil pencegah kehamilan dan alat intrauterin yang mengandungi hormon (IUD) boleh menyebabkan pendarahan haid tidak teratur.
Selain itu, pil perancang berupaya menyebabkan spotting antara haid dan mengakibatkan pendarahan yang lebih ringan.
Prolaktin, hormon yang bertanggungjawab dalam penghasilan susu ibu.
Prolaktin juga mengurangkan hormon reproduktif, lantas menghasilkan pendarahan haid yang sangat ringan atau tidak ketika menyusu.
Usah risau, haid pastinya akan kembali normal sejurus anda berhenti menyusu!
Perimenopause adalah 1 fasa peralihan sebelum wanita memasuki peringkat menopaus. Ia biasanya bermula pada usia 40-an, namun boleh berlaku lebih awal.
Anda mungkin akan mengalami gejala yang berlangsung selama 4 hingga 8 tahun, bermula dengan perubahan pada kitaran haid.
Turun naik tahap estrogen pada fasa ini juga boleh menyebabkan tempoh haid berubah-ubah, menjadi lebih lama atau pendek.
Antara tanda perimenopause lain merangkumi:
Tempoh haid tidak teratur adalah tanda PCOS yang paling kerap dialami pesakit.
Sekiranya anda mempunyai PCOS, kalian mungkin berisiko mengalami pendarahan haid yang teruk atau tidak teratur.
PCOS juga boleh menyebabkan:
Kajian pada tahun 2015 mendapati, sebanyak 44% wanita dengan haid tidak teratur mengalami masalah tiroid.
Hipotiroidisme, atau tiroid yang tidak aktif, boleh menyebabkan tempoh haid yang lebih lama, lebih berat dan kekejangan!
Bukan itu sahaja, anda mungkin mengalami keletihan, sensitif terhadap cuaca sejuk dan kenaikan berat badan!
Tahap hormon tiroid yang tinggi, yang dikesan dengan hipertiroidisme pula, boleh menyebabkan kitaran haid menjadi lebih pendek dan ringan.
Anda mungkin juga alami:
Fibroid adalah tumor berotot yang terbentuk pada dinding rahim.
Sebilangan besar fibroid tidak bersifat kanser dan berukuran sekecil biji epal hingga sebesar limau gedang.
Fibroid ternyata berupaya memicu masalah haid yang sangat menyakitkan berserta pendarahan berat, sehingga boleh menyebabkan anemia!
Anda juga mungkin mengalami:
Endometriosis telah mempengaruhi 1 daripada 10 wanita yang berada dalam usia reproduktif.
Kondisi ini menyebabkan tisu yang melapisi rahim, tumbuh di luar rahim.
Endometriosis boleh menyebabkan rasa senggugut yang amat memeritkan dan mengganggu!
Ia juga boleh mengakibatkan pendarahan haid yang berat, lama dan pendarahan antara haid.
Simptom-simptom lain turut merangkumi:
Obesiti juga diketahui berpotensi menyebabkan tempoh haid tidak teratur.
Kajian menunjukkan, berat badan berlebihan menjejaskan tahap hormon dan insulin, lantas mengganggu tempoh haid anda.
Tambahan itu, kenaikan berat badan yang mendadak juga boleh menyebabkan haid terganggu.
Pertambahan berat badan dan haid yang tidak teratur adalah tanda biasa buat PCOS dan hipotiroidisme.
Penurunan berat badan yang berlebihan atau terlalu ekstrem boleh menyebabkan haid terhenti!
Ini kerana, kekurangan kalori boleh mengganggu pengeluaran hormon yang diperlukan untuk proses ovulasi.
Selain haid yang terhenti, anda juga mungkin bakal alami kelesuan, sakit kepala dan keguguran rambut.
Segera jumpa doktor sekiranya kalian:
Senaman yang berintensiti berat telah terbukti mengganggu hormon yang bertanggungjawab untuk kitaran haid.
Atlet dan golongan wanita yang kerap terlibat dengan senaman intensif dan aktiviti fizikal, seperti penari balet, sering mengalami amenorea (haid terhenti).
Mengurangkan intensiti senaman dan meningkatkan jumlah kalori dapat bantu memulihkan haid semula.
Kajian menunjukkan, stres berupaya mengganggu kitaran haid dengan menjejaskan bahagian otak yang mengawal hormon kitaran menstruasi, buat sementara waktu.
Bagaimanapun, haid anda akan kembali normal setelah tekanan berkurangan atau diuruskan!
Ubat-ubatan tertentu boleh mengganggu kitaran haid, termasuklah:
Kanser serviks dan endometrium mampu memicu perubahan pada kitaran haid, bersama dengan pendarahan yang berat.
Selain pendarahan semasa atau selepas bersama, keputihan yang abnormal juga boleh menjadi petanda barah ini.
Ingat, gejala-gejala ini selalunya berpunca daripada masalah lain. Dapatkan khidmat nasihat doktor segera.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen