Apabila anak mengadu mengalami ketidakselesaan perut, pastinya anda akan cuba mencari petua hilangkan sakit perut kanak kanak, betul tak?
Apabila anak mengadu mengalami ketidakselesaan perut, pastinya anda akan cuba mencari petua hilangkan sakit perut kanak kanak, betul tak?
Berita baiknya, ada ubat sakit perut kanak-kanak secara semula jadi yang boleh anda cuba di rumah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum dikongsikan petua hilangkan sakit perut kanak kanak, ayuh kita fahami secara ringkas faktor yang menyebabkan masalah ketidakselesaan perut pada si kecil.
Saluran gastrousus adalah sistem saraf dan otot yang rumit berfungsi menolak makanan melalui proses pencernaan.
Sesetengah saraf kanak-kanak sangat sensitif dan kesakitan perut dialami merupakan tindak balas kepada aktiviti usus yang normal.
Penyebab sakit perut yang paling mungkin adalah kerana tidak cukup makan, jarang ke bilik air atau gabungan kedua-duanya.
Dalam sesetengah kes, masalah tertentu seperti sembelit, pedih ulu hati atau alahan makanan boleh menyebabkan sakit perut terjadi.
Jangkitan, tekanan atau kurang tidur boleh menjadikan saraf usus lebih sensitif terhadap kesakitan. Terdapat juga keadaan di mana ia mungkin disebabkan faktor genetik untuk cenderung mengalami sakit perut ini.
Baca juga
Pengambilan makanan bergoreng secara berlebihan, alahan makanan atau intoleransi laktosa boleh menjadi punca anak mengadu sakit perut.
Usah bimbang, terdapat beberapa tip dan ubat semula jadi untuk mengatasi sakit perut yang dialami si kecil.
Salah satu petua hilangkan sakit perut kanak kanak yang paling selamat dan berkesan adalah dengan menggunakan mampatan panas atau warm compress – tidak mendatangkan kesan sampingan dan memberikan kelegaan pantas!
Jika menggunakan pad pemanas, pastikan anda memilih tahap haba paling rendah dan letakkan pada perut anak. Tetapi jangan diletakkan secara terus ke kulit mereka, sebaliknya lapik dengan tuala kecil.
Anda juga boleh menggunakan botol air yang berisi air suam dan dibalut dengan kain.
Penting untuk memastikan pad pemanas atau botol air yang digunakan adalah suam dan tidak panas! Kehangatan yang dirasai dapat membantu mengendurkan ototnya dan memberikan kelegaan.
Berikan sebarang minuman teh tanpa gula seperti teh pudina atau halia kepada anak untuk memastikan mereka terhidrasi. Ini dapat melegakan sakit saraf perutnya dan membantu meredakan kesakitan yang dirasai.
Elak daripada memberikan sebarang produk tenusu atau makanan bergoreng mahupun berminyak sehingga dia berasa lebih baik. Jika si kecil lapar, berikan mereka roti bakar.
Sekiranya sakit perut yang dialami disertai dengan muntah, elak daripada memberikan anak makanan pepejal. Sebaiknya tawarkan kepada si kecil diet cecair sehingga sakitnya berkurangan.
Makanan probiotik seperti yogurt dapat membantu melegakan sakit perut, cirit-birit dan kekejangan.
Yogurt turut dipenuhi dengan bakteria baik berperanan mengimbangi kehilangan mikrob dalam usus dan dianggap ubat sakit perut kanak-kanak yang berkesan.
Rasa sakit pada saraf dan otot perut boleh dilegakan dengan meningkatkan peredaran darah di sekelilingnya. Ia boleh dicapai dengan melakukan urutan lembut kepada si kecil.
Gunakan tapak tangan dan jari, urut perlahan-lahan dalam gerakan membulat mengikut arah jam di sekitar pusat anak. Urutan daripada dagu ke bawah perut juga dapat memberikan kelegaan.
Terdapat banyak saraf pada tangan dan kaki yang apabila dilakukan tekanan ringan boleh memberikan kesan terapeutik pada bahagian tertentu badan.
Pegang kaki kiri anak dengan tapak tangan kanan anda. Menggunakan ibu jari tangan kiri, berikan tekanan lembut dan stabil pada tapak kaki si kecil.
Ulangi langkah di atas antara 4-5 kali dalam tempoh seminit. Lakukan urutan ini sebelum waktu makan untuk kesan segera.
Madu merupakan sumber karbohidrat, gula dan antioksidan yang baik. Ia boleh diberikan kepada anak dengan menambahnya ke dalam teh atau air suam, mahupun dimakan begitu sahaja.
Namun elak memberikan madu kepada anak di bawah usia 2 tahun, kerana ia boleh menyebabkan keracunan makanan serius yang dikenali sebagai botulisme.
Walaupun ia bukanlah ubat hilangkan sakit perut anak secara semula jadi, namun petua ini tetap berkesan untuk membantu si kecil.
Sebarang gerakan yang membantu dalam merangsang saluran gastrousus amat disyorkan jika si kecil mengadu sakit perut. Aktiviti sederhana seperti berjalan dan berlari boleh memberikan kelegaan kepada perut anak.
Anda boleh menggunakan acetaminophen untuk mengawal demam. Kebanyakan doktor akan menghindari berikan aspirin kepada kanak-kanak. Antibiotik juga harus dielakkan kecuali dipreskripsi oleh doktor.
Sebaiknya sebelum memberikan sebarang ubat, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Petua dan tip semula jadi boleh membantu mengatasi ketidakselesaan perut, tetapi anda sebagai ibu bapa harus mengetahui bilakah masanya perlu membawa si kecil bagi pemeriksaan doktor.
Kebanyakan kes sakit perut yang dialami si kecil tidak memerlukan rawatan perubatan hospital, tetapi anda harus membawa anak berjumpa doktor dengan segera jika keadaan berikut terjadi:
Jika berasa ada yang tidak kena, ikutlah gerak hati anda dengan membawa si kecil berjumpa doktor untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai keadaan mereka.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen