Mereka yang sedang berbadan dua juga mungkin akan mengalami gejala seperti loya atau muntah
Pada kanak-kanak
Kebanyakan kes apendiks ini terjadi pada mereka dalam lingkungan usia 10 hingga 20 tahun.
Oleh sebab itu penting untuk mengenal pasti gejala sakit apendiks yang boleh dialami anak anda.
Sesetengah kanak-kanak, seperti bayi atau anak kecil, mungkin tidak dapat memberitahu kesakitan yang dirasai, sekali gus membuatkan apendiks sukar dikesan.
Namun beberapa tanda kesakitan bukan lisan boleh dikenal pasti ibu bapa, seperti:
- Jalan membongkok
- Berbaring pada satu sisi badan sahaja
- Selalu menyendiri
- Terlalu cerewet
- Sukar bangun atau kekal berjaga

Tanda sakit apendiks: Faktor risiko
Sesetengah individu mempunyai kecenderungan tinggi untuk mengalami masalah apendiks ini.
Antara faktor risiko yang menyumbang kepada pengembangan apendiks adalah seperti:
- Usia: Kebanyakan kes apendiks terjadi ketika berusia 10 hingga 20 tahun
- Jantina: Secara umumnya lelaki lebih cenderung mengalami apendisitis akut. Namun wanita cenderung mengembangkannya ketika berusia 14 hingga 25 tahun
- Amalan diet rendah serat: Pengambilan makanan rendah serat berpotensi menyebabkan lemak, serat tidak dicerna dan garam berkumpul pada apendiks, sekali gus menyebabkan keradangan atau penyumbatan
- Genetik: Dipercayai bahawa faktor genetik turut menyumbang kepada pengembangan apendiks
Memahami komplikasi
Masalah apendisitis yang tidak didiagnosis atau dirawat boleh mengakibatkan komplikasi serius, seperti:
Tanda sakit apendiks #Berlubang & pecah
Jika apendiks tersumbat, tisu sekitarnya mungkin mati kesan kekurangan oksigen atau pertukaran nutrien.
Tisu mati ini mudah terkoyak atau mewujudkan lubang (perforasi), yang membolehkan bakteria atau mikrob memasuki organ, sekali gus membentuk abses – bengkak bernanah.
Abses yang semakin membesar boleh mewujudkan tekanan pada apendiks. Kesannya ia boleh meletus (pecah).
Jika ini berlaku, apendiks boleh mengakibatkan kebocoran najis, nanah dan kandungan lain ke dalam aliran darah.
Antara tanda sakit apendiks pecah atau berlubang merangkumi:
- Kesakitan teruk, menyukarkan untuk berdiri tegak atau berjalan
- Rasa kelembutan (tenderness) abdomen yang melampau
- Demam panas
- Muka kemerahan
- Berpeluh atau menggigil
- Hilang kesedaran
- Muntah
- Kurang selera makan
#Abses
Kadangkala, jangkitan bakteria boleh mengakibatkan pembentukan abses di sekitar apendiks apabila ia pecah.
Komplikasi daripada pembedahan juga boleh menyebabkan wujudnya abses.
#Peritonitis
Setelah apendiks pecah atau bocor dan memasuki rongga perut, lapisan perut akan mengalami keradangan – dikenali sebagai peritonitis.
#Sepsis
Jangkitan bakteria teruk atau yang tidak boleh dirawat mungkin memasuki darah dan merebak ke seluruh tubuh. Keadaan ini boleh mengakibatkan maut!
Salah satu komplikasi tersebut adalah sepsis – keadaan apabila tubuh mempunyai tindak balas imun melampau terhadap jangkitan.
Jadi anda sudah faham mengenai apendiks, tetapi bagaimana untuk membezakannya dengan masalah kembung perut?
Masalah kembung perut
Beza gejala perut berangin dengan apendiks adalah:
Pemeriksaan doktor
Jadi anda sudah memahami beza sakit perut disebabkan masalah kembung perut dengan apendiks, bukan?
Secara mudahnya, jika anda mengalami kesakitan pada abdomen yang sukar untuk dijelaskan, simptom pencernaan mahupun gas berlebihan atau kronik, lakukan pemeriksaan doktor.
Ini kerana jika kesakitan yang dialami itu melibatkan apendiks, bermakna anda berdepan risiko komplikasi yang boleh membawa maut.
Namun, usah bimbang kerana dengan diagnosis dan rawatan awal, keadaan anda dapat dipulihkan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen